IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Maestro Bungkus
sHäm
kiriman Mar 29 2009, 01:59 AM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Maestro tutup kedai

KOSMO 28 Mac 2009


KAKITANGAN Maestro mengosongkan pejabat syarikat itu di Damansara, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai operasi syarikat rakaman dan pengurusan artis terkenal Maestro Talent Management Sdn. Bhd. (Maestro) akan dihentikan pada 1 April ini bakal menjadi kenyataan.

Walaupun Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez (gambar) dan Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah tidak memberi sebarang kenyataan mengenai status operasi syarikat itu, namun pejabatnya di Bukit Damansara di sini sudah bersiap untuk ditutup.

Tinjauan Kosmo! di pejabat Maestro semalam mendapati semua kakitangan syarikat itu sibuk mengemas barang-barang untuk meninggalkan pejabat mereka.

Kosmo! turut difahamkan, semua 19 kakitangannya juga telah menandatangani surat berhenti kerja yang berkuat kuasa 31 Mac ini atas alasan syarikat mengalami masalah kewangan.

Freddie bersama Zainir juga dilihat hadir ke pejabat berkenaan sekitar pukul 4.30 petang dan mereka dikatakan menemui setiap pekerja secara individu untuk memberi penjelasan serta surat berhenti kerja dan meminta mereka mengosongkan premis itu.

Zainir yang keluar dari pejabat Maestro kira-kira pukul 7.25 malam bagaimanapun enggan mengulas mengenai penutupan operasi syarikat itu.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan. Buat masa ini saya tidak boleh beri sebarang kenyataan,'' kata Zainir yang terkejut melihat kehadiran wartawan di pejabat itu.

Maestro ialah sebuah syarikat bersekutu milik Astro yang ditubuhkan pada 24 Julai 2003 dan kini menaungi lebih 40 orang artis, kebanyakannya bekas peserta program Akademi Fantasia dan Raja lawak.

Dalam pada itu, Freddie turut enggan mengulas mengenai perkara itu dengan alasan semuanya akan diuruskan oleh pihak Astro.

"Saya memohon maaf dan harap anda faham bahawa saya tidak boleh komen,'' kata Freddie.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
eskep
kiriman Mar 30 2009, 09:54 AM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Inilah penangan krisis ekonomi sekarang ni. artis2 pun terkena gak, huhu...
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 1st June 2024 - 01:25 AM