Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, Exam Pada 12.05.2012 |
Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, Exam Pada 12.05.2012 |
Apr 24 2012, 05:17 PM
Kiriman
#1
|
|
Percubaan Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 4 Sertai: 24-April 12 No. Ahli: 2,382 |
Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang digelar sebagai Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh pihak British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang senang. Ini kerana ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada tahap yang tersendiri. Prosedur pemilihanya merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu bergelar pegawai PTD harus menempuhi 3 tahap ujian yang bertujuan menguji kemahiran dan ilmu yang dimiliki. rujukan link : www.spa8online.com |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 25th September 2024 - 11:43 AM |