Penculik bunuh, bakar mayat tebusan |
Penculik bunuh, bakar mayat tebusan |
Sep 17 2008, 08:18 AM
Kiriman
#1
|
|
Bukan Eksekutif Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 26 Sertai: 12-September 08 No. Ahli: 34 |
Sekumpulan remaja menculik pelajar perempuan berumur 16 tahun, membunuh mangsa dan membakar mayatnya di Kulai Jaya malam Jumaat lalu.
Penculik berkenaan kemudian menuntut wang tebusan RM33,000 daripada keluarga Lai Ying Xin bagi “membebaskan” pelajar itu. Keluarga itu membayar tebusan itu — tidak sedar yang mayat mangsa yang sudah mulai reput dibuang di kawasan semak di Taman Putri. Difahamkan mayat Lai dibakar bagi tujuan memusnahkan sebarang petunjuk yang mungkin dapat mengenal pasti pembunuhnya yang memang dikenali oleh keluarga mangsa. Polis percaya pelajar itu dibunuh dalam tempoh 24 jam selepas dia diculik di depan sebuah pasar raya, tempat dia bekerja sambilan. Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata bertindak atas maklumat, pasukan polis menahan seorang remaja berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah dan dua lelaki dalam sebuah Perodua Kembara di Kulai pada 6.15 petang semalam. Beliau berkata dua pertiga daripada wang tebusan itu dirampas daripada suspek. -------------------- |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 20th September 2024 - 11:00 PM |