klinik Keputihan Dr Salwa-Anda Tanya Dr Jawab |
klinik Keputihan Dr Salwa-Anda Tanya Dr Jawab |
Jun 29 2011, 12:11 AM
Kiriman
#1
|
|
Percubaan Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 8 Sertai: 1-December 10 Daripada: Kuantan No. Ahli: 2,172 |
Salam,
Berita baik untuk para wanita !!! Blog terbaru Klinik Keputihan kini dibuka di http://klinikkeputihan.blogspot.com Anda tanya Dr akan Jawab masalah Keputihan anda. |
|
|
Jan 13 2012, 08:14 PM
Kiriman
#2
|
|
Percubaan Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 8 Sertai: 1-December 10 Daripada: Kuantan No. Ahli: 2,172 |
ENTRI TERBARU DARI BLOG DR SALWA
Vaginitis - Sindrom Derita Dalam Senyap Statistik WHO tentang kesihatan reproduksi wanita menunjukkan 75% wanita di dunia pasti mengalami vaginitis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan 45% diantaranya pernah mengalaminya sebanyak dua kali atau lebih. Simptom-simptom seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, iritasi, nyeri ketika melakukan hubungan intim, sakit pada ari-ari, bau yang tidak menyenangkan dan kadangkala terjadi pendarahan dari vagina. Setiap wanita di seluruh dunia pasti pernah mengalami vaginitis walaupun hanya sekali seumur hidupnya. Ironinya, ramai wanita gagal memahami punca keadaan ini berlaku dan mula merasa tertekan, bingung, bercelaru, rasa rendah diri, marah, sebak dan bermacam-macam perasaan serta emosi yang negatif. Sementelahan lagi wanita yang sedang hamil atau remaja yang belum berkahwin dan belum pernah mendapat pendedahan seksual. Mereka cuma memahami keadaan ini sebagai keputihan. Mengapa Wanita seringkali mengalami masalah ini ? BACA SETERUSNYA http://klinikkeputihan.blogspot.com/2011_12_01_archive.html |
|
|
Jul 19 2012, 10:04 PM
Kiriman
#3
|
|
Percubaan Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 8 Sertai: 1-December 10 Daripada: Kuantan No. Ahli: 2,172 |
[size="2"]Entri terbaru diblog Dr Salwa
Dilema keputihan dikalangan gadis remaja Rata-rata jika diambilkira latarbelakang seseorang gadis remaja yang datang dari keluarga melayu Islam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan serta penjagaanya. Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang gejalanya akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan realitinya terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.Remaja dipohon supaya mengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari rawatan yang sesuai dari jangkitan yang dialami daripada membiarkanya tanpa rawatan yang boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini disebabkan oleh “prolong infection”. Apakah itu keputihan? Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini. Keputihan yang normal Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi. Keputihan yang abnormal Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk. Punca keputihan abnormal Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. Antaranya ialah: 1. Ketika terlalu letih. 2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan. 3. Jangkitan. Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.Baca selanjutnya di http://klinikkeputihan.blogspot.com/size] |
|
|
Aug 2 2012, 03:36 AM
Kiriman
#4
|
|
Percubaan Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 8 Sertai: 1-December 10 Daripada: Kuantan No. Ahli: 2,172 |
Sila baca entri terbaru artikel yang bermanfaat bertajuk - Merawat Kecantikan Semasa Kitaran haid di blog Dr Salwa
|
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 06:57 AM |