'Mat Gian' tipu penziarah kubur, Kosmo! online |
'Mat Gian' tipu penziarah kubur, Kosmo! online |
Aug 15 2010, 04:17 PM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
PETALING JAYA - Kegiatan menipu orang ramai yang datang menziarah kubur ahli keluarga di tanah perkuburan Islam di Kampung Tunku di sini dikesan berlaku sejak beberapa tahun lalu dan semakin aktif pada bulan Ramadan. Ia dikatakan dilakukan oleh penagih dadah yang didakwa menawarkan khidmat membersih dan memasang jubin kubur. Selepas menerima wang daripada mangsa, mereka lesap begitu sahaja tanpa melakukan kerja-kerja seperti dijanjikan. Seorang mangsa, Normah Baba, 58, mendakwa, dia telah ditipu oleh seorang lelaki tidak dikenali beberapa tahun lalu. "Dia membuat tawaran untuk melakukan kerja memasang kayu di sekeliling kubur ibu saya sebelum pemasangan jubin dapat dibuat. "Tanpa berfikir panjang saya membayar wang deposit berjumlah RM250 seperti diminta," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu semalam. Kosmo! |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 22nd September 2024 - 02:52 PM |