Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Politik _ Akhirnya PAS Menang

Posted by: Clement Jan 18 2009, 12:06 AM

Sewaktu pilihanraya kampus baru2 ini ramai kawan2 (pelajar2) yg mengatakan mrk akan bertukar arah@angin kali ini. Maksudnya mrk akan mengundi Pro-mahasiswa (pembangkang?). Wpun nampaknya pro-aspirasi itu kawannya....sampai mcm itu sekali? Tapi tak tau lah apa keputusannya....

Beralih kpd PRK di KT....mmg persaingan sengit. Wpun Pas menang tapi BN tetap memiliki pengundi yg ramai (tapi klu tak silap saya, pengundi pos yg membuat mrk dpt undi banyak kan?) Atau ada pengundi hantu? Maaf ini pemikiran saya shj rolleyes.gif

Pertanyaan saya, adakah ini petanda bhw BN sudah berada dlm era pemerintahannya yg terakhir? 105.gif Tunggu & lihat......




http://www.4shared.com/file/81110474/9d719263/PRK5.html






Apa kata Raja Petra rolleye0012.gif
http://www.apasaje.net/2009/01/terjemahan-artikel-rpk-bagaimana-kehidupan-pemimpin-terengganu/#more-842



Posted by: WaKenaBeb Jan 18 2009, 12:23 AM

Insyaallah.., BN satu hari nti pasti akan terkubur. suara rakyat adalah suara keramat. Takbir...!!! biggrin.gif

Posted by: mat.g Jan 18 2009, 01:21 AM

Majoriti 2631 adalah kemenangan agak besar memandangkan kerusi KT sebelum ini milik BN yg terbubar slps kematian mengejut Allahyarham Dato' Razali Ismail yg menang majoriti tipis 628 keatas Mat Sabu dlm PRU12 yg lepas.

Posted by: ganazz Jan 18 2009, 07:26 AM

undi pos pun ada sokong pas, dok makan cekak dah BEE ENg ni

Posted by: wandisini Jan 18 2009, 10:55 PM

aku tengok news arini tak banyak pun citer pasal PAS menang..same situation masa permatang pauh dulu...sekit je news kalu pembangkang menang

masa berkempen tu bukan main banyak..naik menyampah tengok berita dekat2 pilihan raya

Posted by: Padaiyappa Jan 19 2009, 09:47 AM

itulah,,, BE END dari dulu lagi tak sedar-sedar,,, bila rakyat dah semakin tertekan ..... ( atas dasar dasar BN ) rakyat akan mula mencari alternatif lain

Posted by: mat.g Jan 19 2009, 09:59 AM

BN mungkin menang jika pengundi luar balik mengundi

MELAKA 18 Jan. - Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, faktor tersebut menjadi antara penyebab kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau berkata, pada pilihan raya kecil kali ini, peratusan yang keluar mengundi hanya 79 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 2004.

"Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 24 Jam St. John Ambulans Malaysia cawangan Melaka di sini hari ini.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar.

Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Mohd. Ali menambah, faktor lain yang menjadi punca kekalahan ialah BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu.

"Pas sebenarnya mahukan pembangunan tetapi mereka suruh orang BN yang buat dan nampaknya pembangunan bukan lagi menjadi perkara terbaik perlu dilakukan BN," katanya.

Dalam nada menyindir Mohd. Ali berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya.

Posted by: WaKenaBeb Jan 19 2009, 11:11 AM

walaupon aku satu kampong dgn Datuk Ali, tp aku x setuju kata2 beliau. x akui yg umno sedang tenat. pengundi skrg x mcm pengundi dulu. pengundi skrg x makan dgn janji2 bn yg dr dulu asyik2 janji yg sama je. wink.gif

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)