IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Penipuan Jurutera Komputer
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 11 2009, 06:41 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.

Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut.

Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-


* 1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.

* 2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.

* 3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.

* 4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.

* 5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.

Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.

Beringat-ingatlah..



-credit 2 www.zaharuddin.net-
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Aug 11 2009, 08:07 AM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Baru2 ni laptop aku rosak kena petir , gara2 wayar network intenet lah ni.

Sampai skrng aku tak bawak laptop tu ke kedai, takut diorang transfer FAIL atau semua maklumat yg aku ada tu ke pc peribadi diorang.

Walapun aku tak penah kena benda mcm ni, tapi aku mmg yakin , segelintir atau kebanyakkan jurutera komputer atau pembaiki komputer mana2 menyediakan perkhidmatan mcm ni, memang akan membuat mcm perkara kat atas.


Apakah cara lain yg boleh kita lakukan sebelum menghantar laptop atau PC kita ke kedai utk di perbaiki jikalau rosak ? ? Utk keselamatam.

Takkan nak tnggu kat situ sampai baru siap baiki kot.. 24.gif

Adakah mencabut HD tersebut dan pasang HD baru ? atau mcm mana ?




--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Aug 11 2009, 08:57 AM
Kiriman #3


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,221
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



PC Respek Repair - Saja je untuk suka2.... seronok baiki barang orang yg rega mahal2.... original.... bagi penerangan sejelas2nya..... bagi cadangan .... dengar keputusan....


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Aug 22 2009, 06:02 PM
Kiriman #4


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



QUOTE
Baru2 ni laptop aku rosak kena petir , gara2 wayar network intenet lah ni.

Sampai skrng aku tak bawak laptop tu ke kedai, takut diorang transfer FAIL atau semua maklumat yg aku ada tu ke pc peribadi diorang.

Walapun aku tak penah kena benda mcm ni, tapi aku mmg yakin , segelintir atau kebanyakkan jurutera komputer atau pembaiki komputer mana2 menyediakan perkhidmatan mcm ni, memang akan membuat mcm perkara kat atas.


Apakah cara lain yg boleh kita lakukan sebelum menghantar laptop atau PC kita ke kedai utk di perbaiki jikalau rosak ? ? Utk keselamatam.

Takkan nak tnggu kat situ sampai baru siap baiki kot.. 24.gif

Adakah mencabut HD tersebut dan pasang HD baru ? atau mcm mana ?

Ahai....macam2 dunia skang
9/10 yang buat mcm tu...
Kat Malaysia pun xder beza sangat
Hehe...mmg susah nak cari penyelesaian
Kalo lock folder pun senang2 jer boleh bukak kalo google kat net
Maybe boleh transfer file2 peribadi/penting ke external HDD then guna file shredder utk delete file2 tersebut
Haha...baru la diaorang x dapat nak recover


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 12:09 AM