IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Jangan malukan kaum bapa
aina_sara
kiriman Apr 14 2009, 03:32 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 418
Sertai: 12-July 08
No. Ahli: 5



TERPUKUL saya apabila membaca e-mel yang dikirim seorang lelaki yang saya namakan Bapa Prihatin kepada saya minggu ini. Untuk kepastian saya membalas e-melnya dan mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi ceritanya dengan kita.
Isu yang bapa prihatin ajukan juga menarik, kisah bapa-bapa di Malaysia yang lepas tangan dalam memenuhi tanggungjawab mereka terhadap anak-anak selepas berlaku perceraian.
Masyarakat menghormati pengorbanan ibu, tetapi tidak bapa. Peranan mereka seolah-olah dilupakan, malah langsung tidak ada anugerah tokoh Bapa atau bapa Soleh seperti mana yang diberikan kepada kaum ibu dengan pengisytiharan Hari Ibu setiap tahun.
Bukan cemburu kata bapa Prihatin tetapi sepatutnya kaum bapa diberi sama hak untuk dinobat seperti ibu kerana anugerah sedikit sebanyak menyedarkan kaum bapa akan tanggungjawab yang perlu mereka lakukan terhadap isteri, anak-anak dan rumah tangga.
“Saya juga geram dengan pelbagai isu yang timbul dalam media mengenai bapa yang suka mempertikaikan sumbangan nafkah yang mereka berikan kepada anak-anak.
“Saya amat marah dengan sikap lelaki seperti itu. Pada hal mereka harus menerimanya dengan penuh rasa insaf dan rasa tanggungjawab. Itu anak mereka, harta yang Allah SWT kurniakan untuk dijaga dan diberi didikan cukup di dunia dan akhirat,’’ demikian kata-kata Bapa Prihatin yang menyebabkan saya terpanggil menyentuh isu ini minggu ini.
Sesekali saya rasa tidak salah memberi ruang kepada kaum lelaki berkongsi pandangan dan idea mereka di ruangan ini.
Apa kata kita ikuti kisah Bapa Prihatin yang juga seorang bapa tunggal yang membesarkan sendiri dua anaknya setelah bercerai dengan isterinya.
“Saya juga merupakan bapa tunggal yang menjaga sepenuh masa dua orang anak remaja yang masih bersekolah. Saya bekerja di dalam peringkat pengurusan di sektor swasta, berumur 47 tahun.
“Saya bercerai hidup dengan bekas isteri kerana tiada persefahaman dan reda dengannya kerana saya yakin penuh dengan qadak dan qadar.
“Selama lebih kurang 4 tahun menduda saya abadikan hidup saya untuk kebajikan anak-anak seramai dua orang, yang bongsu dijaga bekas isteri.
“Kami sepakat dengan peraturan ini tanpa ke mahkamah. Kami serahkan pilihan kepada anak-anak.
“Oleh kerana kedudukan kerja saya yang agak baik, ramai wanita yang baik berminat untuk menjadi isteri saya. Akan tetapi, memikirkan ada kemungkinan yang saya akan terlalai dengan kebajikan anak-anak, saya tidak tergesa-gesa untuk berumah tangga lagi.
“Kerana sayangkan anak-anak dan demi masa depan mereka, saya hantar anak-anak ke sekolah swasta yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
“Ini bermakna sebahagian besar pendapatan saya dibelanjakan untuk mereka. Untuk anak bongsu saya, sejak mula bercerai sampailah sekarang saya tidak pernah gagal bagi duit nafkah sebanyak RM500 untuk dia seorang sebulan.
“Malah tiap-tiap awal tahun semua pakaian dan buku akan saya sediakan tidak termasuk perbelanjaan rawatan kesihatannya. Saya tanpa ragu dan banyak soal akan memasukkan wang yang diperlukan ke dalam akaun bekas isteri saya setiap kali dia memerlukannya.
“Malah setiap hujung minggu, saya akan belikan sayur dan lauk dan hantar ke rumah bekas isteri kerana saya mahu apa yang di makan oleh dua orang anak yang saya jaga dapat di nikmati juga oleh anak bongsu yang di jaga oleh bekas isteri.
“Kadang-kadang saya belanjakan lebih RM1,000 sebulan hanya untuk seorang anak. Jadi saya tidak nampak kenapa kaum bapa dan lelaki yang telah bercerai gagal melaksanakan tanggungjawab mereka malah sanggup mempertikaikan wang yang dihulur untuk anak-anaknya yang dijaga oleh bekas isteri.
“Saya pelik bagaimana ada lelaki yang melupakan tanggung jawab mereka terhadap anak-anak apabila berlaku perceraian lebih-lebih lagi apabila anak-anak dijaga oleh bekas isteri. Tidak kira sama ada bekas isteri itu bekerja atau tidak.
“Hairannya saya, ada juga jenis manusia macam ini. Yang tidak tahu atau sengaja tidak faham akan hukum hakam agama. Saya tak dapatkan bayangkan sama ada saya dapat tidur nyenyak atau tidak sekiranya saya tidak bertanggungjawab sebagai bapa terhadap anak-anak saya.
“Saya harap puan dapat menulis banyak artikel untuk menyedarkan kaum adam supaya lebih bertanggungjawab pada anak-anak selepas berlaku perceraian.
“Sebagai seorang ayah kita wajib laksanakan tanggung jawab kita pada setiap masa dan situasi kerana kita punca mereka lahir di dunia. Ini akan dituntut di padang mahsyar kelak.
“Saya sedih kerana terlalu banyak cerita tentang kaum bapa yang tidak bertanggung jawab sekarang ini. Malunya saya sebagai lelaki dan bapa dengan fenomena ini.
“Seperkara lagi yang saya ingin kongsi ialah betapa pentingnya pasangan yang telah bercerai berbaik baik demi masa depan anak-anak.
“Pengalaman saya mungkin boleh dikongsi dengan pembaca. Saya hanya menceraikan isteri setelah lebih tiga bulan dia keluar rumah tanpa izin. Dia tinggalkan semua anak termasuk yang kecil yang pada masa itu berusia lima tahun dengan saya.
“Kerana sudah terbiasa menguruskan kebajikan anak-anak, saya tidak ada masalah. Makan pakai mandi, berak anak-anak semenjak mereka kecil saya yang uruskan kerana mereka adalah permata hidup saya.
“Dalam masa tersebut, apabila salah seorang anak demam panas dia langsung tidak menjenguk walaupun diberitahu. Barangkali masa itu dia di kawal oleh nafsu-nafsi dunia.
“Setelah bercerai pun, hampir setahun saya jaga semua anak. Bukan pilihan saya tetapi kerana isteri tidak mahu menjaga mereka. Tidak tahu apa alasannya, barangkali kerana dia tahu bersama saya, kebajikan mereka akan terbela.
“Atau barangkali dia sedar hidupnya amat kucar- kacir kerana membuat pilihan yang salah meninggalkan rumah dan saya. Barangkali duit yang saya amanahkan kepadanya, yang sebenarnya untuk masa depan anak-anak mungkin telah mengalpakan dia.
“Bila hidupnya dah agak stabil dia pun ambil anak bongsu dari sekolah tadika. Katanya teringin nak melepaskan rindu. Malangnya dia tidak pulangkan anak bongsu kepada saya selepas itu. Sebagai orang ada sedikit iman, saya relakan kerana saya tahu dia ibunya dengan harapan saya dapat menjaganya pada hujung minggu atau di musim cuti sekolah.
“Malangnya dalam masa seminggu anak saya sudah tidak mahu langsung bermalam di rumah saya. Agaknya di racun oleh ibunya ataupun barangkali kelebihan ibu berhak mendapat keutamaan kasih sayang anak yang di lahirkan.
“Saya tidak kecewa dan tidak juga membawa kes ke mahkamah kerana saya fikir anak saya perlukan ibunya melebihi saya, walaupun sudah di abaikan oleh ibunya dalam jangkamasa yang lama.
“Kini saya jarang menemui anak bongsu saya. Alangkah baiknya kalau bekas isteri menghargai pengorbanan saya selama ini dan mendidik anak bongsu kami agar dapat meluangkan masa bersama saya pada hujung minggu.
“Inilah ujian Allah yang Maha Besar bagi saya.
“Tapi saya tidak pernah melatah. Saya selalu berdoa anak bongsu saya akan hidup bahagia di sisi ibunya. Saya juga selalu mengambil kira kebajikan bekas isteri. Alasan saya ialah kalau dia susah ia akan mempengaruhi dia di dalam menjaga anak bongsu saya. Dengan kedudukan yang ada, saya telah berjaya mendapatkan kerja yang lebih baik untuk dia.
“Saya pinjamkan kereta kedua saya kepada dia yang kini telah masuk dua tahun sebab kereta dia sudah rosak. Saya juga mengupahnya RM500 sebulan untuk dia beri tuisyen kepada dua orang anak yang saya jaga bila dia mengeluh duit tidak cukup.
“Ini bermakna dia boleh keluar masuk rumah saya tanpa had. Beruntung betul dia kerana dapat jumpa anak-anak lebih daripada lima kali seminggu manakala saya hanya dapat berjumpa anak bongsu barangkali hanya sekali dalam masa dua bulan. Itu pun di kompleks membeli-belah bila dia perlukan barang keperluan.
“Saya pun tidak tahu macam mana saya boleh sabar hingga sekarang. Saya bersyukur kerana saya diberi kekuatan dan kesabaran itu, semuanya kerana anak-anak. Barangkali juga kerana saya sandarkan semuanya pada ketentuan Allah.
“Anak hanyalah pinjaman Allah. Setinggi mana kasih kita kepada anak, ia tidak boleh di bawa mati. Harapan saya kepada kaum bapa, bertimbang rasa kepada bekas isteri selagi mereka tidak mengabaikan tanggungjawab mereka menjaga anak-anak kita.
“Kelemahan mereka yang lain adalah ketentuan Allah SWT. Dan satu perkara lagi, kenanglah mereka yang mengandung dan melahirkan zuriat untuk kita. Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Berpeganglah kepada jodoh, maut dan pertemuan itu di tangan Allah.’’ kata Bapa Prihatin menamatkan ceritanya.
Aduhai! tersentuh hati saya dengan cerita Bapa Prihatin. Seingat saya sejak mengendalikan ruangan ini, inilah kali pertama seorang lelaki berkongsi cerita rumah tangganya secara telus dengan saya dan pembaca.
Syabas Bapa Prihatin, anda layak digelar lelaki dan bapa contoh. Saya pasti jika ada 100 lelaki dalam masyarakat kita seperti anda, alhamdulillah. ...
Selamatlah institusi keluarga kita.
Namun apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Kebanyakan lelaki yang telah bercerai dengan isteri mereka melupakan tanggungjawab membela nasib anak-anak sehingga bekas isteri dan anak-anak terpaksa hidup susah dan naik turun mahkamah bertahun-tahun.
Ada juga yang tidak mengikut perintah mahkamah dan ada pula yang mengungkit-ungkit pemberian mereka sehingga keadaan menjadi lebih kalut. Keaiban bekas pasangan di jaja merata-rata.

Menutup catatan, sepatah kata daripada saya: Wanita itu ibarat kaca, telus dan mudah pecah sementara lelaki seperti api, membara dan mudah terbakar. Namun tanpa ego, pastinya kebahagiaan sejati akan tercapai.


--------------------
www.tupperclick.com
Simply good living solutions!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Apr 14 2009, 03:56 PM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Thanks aina sara, artikel camni boleh buatkan semua orang berfikir banyak kali. cayalah Bapa Perihatin tu. Well done.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 02:15 AM