IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> Petua bahagia
♦محمد أفيق♦
kiriman Dec 25 2008, 09:46 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373




Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga. Moga keluarga lebih aman dan bahagia



1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan pasangan.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut I love you sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(cool.gif Emosi

© Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(cool.gif Hobi

© Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
missnariza
kiriman Dec 27 2008, 07:57 AM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: klang
No. Ahli: 264



[quote name='Cisqo87' date='Dec 25 2008, 09:46 PM' post='6108']
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga. Moga keluarga lebih aman dan bahagia

mmm....tapi susah juga nak buat tu...semua tu...
skit2 bleh la 105.gif
klu kita je buat...tp respon pasangan tu kurang.. doh.gif
macam mana ???
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Dec 27 2008, 12:22 PM
Kiriman #3


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



mmg susah nak buat byk2 tu..kita amik yang mane mudah bagi kita. dan juga fikir ikut logik pon boleh..
macam jgn terlalu mengongkong..siapa ske di kongkong..
pasal pasangan tu plak.pada pendapat aku.. kita ajar dia..bagitahu dia..mungkin dia boleh terima
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 27th April 2024 - 08:47 PM