Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Lawak & Jenaka _ Esok Baru Cabut

Posted by: CekDet Sep 9 2008, 05:11 PM

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu…

Posted by: exinco Sep 12 2008, 06:33 PM

lucu juga ya. pengajaran tu penting. tapi kalau ikut cerita tu takan sampai nak tendang pintu

Posted by: ainasara Sep 16 2008, 07:29 PM

QUOTE (exinco @ Sep 12 2008, 06:33 PM) *
lucu juga ya. pengajaran tu penting. tapi kalau ikut cerita tu takan sampai nak tendang pintu


hahaha pasti bapak metuanya yg jadi kemaluan.. laugh.gif

Posted by: abdfatah Sep 20 2008, 01:44 PM

memang susah kalo berlaku silap faham sebegini lebih2 lagi kalo tersilap dengar. lain yang didengar lain yang difaham, tambahan pulak sengaja cari pasal mencuri dengar percakapan orang lain. maka jika terjadi tersalah sangka akan menyebabkan suasana yang kurang menyenangkan kepada kedua belah pihak jika keadaan menjadi haru biru... lain yang didengar lain pulak yang disampaikan kepada orang lain.... haru biru dibuatnya...

Posted by: CekDet Sep 28 2008, 11:27 PM

Tula...yang pak mentua pun kalut sangat..
biar jela anak dia nak merasainyaa...
hahaha
biasala mula2 memang la skit..

QUOTE (abdfatah @ Sep 20 2008, 01:44 PM) *
memang susah kalo berlaku silap faham sebegini lebih2 lagi kalo tersilap dengar. lain yang didengar lain yang difaham, tambahan pulak sengaja cari pasal mencuri dengar percakapan orang lain. maka jika terjadi tersalah sangka akan menyebabkan suasana yang kurang menyenangkan kepada kedua belah pihak jika keadaan menjadi haru biru... lain yang didengar lain pulak yang disampaikan kepada orang lain.... haru biru dibuatnya...


Posted by: muz Oct 22 2008, 03:17 PM

QUOTE (CekDet @ Sep 9 2008, 05:11 PM) *
Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu…



harap2 tak jd lee kat aku.....

Posted by: WaKenaBeb Nov 26 2008, 12:56 AM

la.... ku ingatkan sebatang @#$% rupanya sebatang gigi. kih..kih..kih.. gigitkuku.gif

Posted by: e_sentinel Nov 26 2008, 01:12 AM

24.gif ini cerita turun-temurun ni , aku dah dengar waktu remaja dulu .. mau senak perut le kalau betulnya cabut @#$% esok sarcastic_hand.gif

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)