IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> Topic: Tips Menguatkan Daya Ingatan
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 7 2009, 10:40 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

(thanks to aziela)
Go to the top of the page
 
+Quote Post
missnariza
kiriman Jan 9 2009, 10:24 AM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: klang
No. Ahli: 264



mmm...bagus juga amalan2 ni...di amalkan
sebabnya ...yang muda2 lagi pun skrang mudah jadi pelupa
apatah lagi yang dah.......tua

mega_shok.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 9 2009, 11:53 AM
Kiriman #3


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (missnariza @ Jan 9 2009, 10:24 AM) *
mmm...bagus juga amalan2 ni...di amalkan
sebabnya ...yang muda2 lagi pun skrang mudah jadi pelupa
apatah lagi yang dah.......tua

mega_shok.gif

makan tak ponah lupo...tapi..
sembyyg...selalu lupo..
alhamdulillah....skrg tak pernah lupo..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
missnariza
kiriman Jan 14 2009, 09:59 AM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: klang
No. Ahli: 264



dengar org kata...makan kismis bebanyak,
elok untuk daya ingatan... rolleyes.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Jan 14 2009, 10:13 AM
Kiriman #5


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



betul tu miss, amalkan makan kismis dlm bil ganjil spt 7 biji sehari sambil baca selawat, makan coklat, makan kurma...

elakkan makanan yg melemahkan fikiran spt organ2 dalaman(hati,limpa,perut.. etc), kepala ikan dan makanan2 lama dan berbau busuk(pekasam, jeruk.. etc)


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
missnariza
kiriman Jan 14 2009, 05:15 PM
Kiriman #6


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: klang
No. Ahli: 264



QUOTE (mat.g @ Jan 14 2009, 10:13 AM) *
betul tu miss, amalkan makan kismis dlm bil ganjil spt 7 biji sehari sambil baca selawat, makan coklat, makan kurma...

elakkan makanan yg melemahkan fikiran spt organ2 dalaman(hati,limpa,perut.. etc), kepala ikan dan makanan2 lama dan berbau busuk(pekasam, jeruk.. etc)


klu ske makan kismis....
pastu....ske makan jeruk...
macam mana ek....
105.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 14 2009, 06:54 PM
Kiriman #7


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (missnariza @ Jan 14 2009, 05:15 PM) *
klu ske makan kismis....
pastu....ske makan jeruk...
macam mana ek....
105.gif

makan la angin kalau cm tu..
mesti kuat daya ingatan..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Jan 15 2009, 08:33 PM
Kiriman #8


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Ada doa untuk diamalkan .. errr , siapa boleh bagi rujukan , apa ayatnya ... kalau ada source lagi bagus ...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 16 2009, 09:25 AM
Kiriman #9


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (e_sentinel @ Jan 15 2009, 08:33 PM) *
Ada doa untuk diamalkan .. errr , siapa boleh bagi rujukan , apa ayatnya ... kalau ada source lagi bagus ...

rujuk sini
amalan tok kuat ingatan
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Jan 16 2009, 05:02 PM
Kiriman #10


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Alhamdulillah ....... terima kasih Cisqo ....
Go to the top of the page
 
+Quote Post
teaMMaya
kiriman Jan 19 2009, 09:26 AM
Kiriman #11


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 10
Sertai: 19-January 09
Daripada: Kajang
No. Ahli: 592



Bagus petua ni...

Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Jan 30 2009, 09:14 PM
Kiriman #12


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Jadikan sebagai amalan baru lah berguna .. jika sekadar petua tanpa amalan , jadi petua aje lah rolleyes.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Jan 31 2009, 08:06 PM
Kiriman #13


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Hehe...kalo sape yang dok kat Kelantan
Boleh cuba minum Jus Tok Guru wink.gif
Tp memang betul sebenarnya petua2 tu...even dalam sabda Rasullullah s.a.w. pun ada sebut pasal mcmn nak kuatkan daya ingatan


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 23rd April 2024 - 08:33 PM