IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Tiket bas masih banyak, Kosmo! online
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 17 2010, 08:51 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





KUALA LUMPUR - Suasana terminal bas di sini pada tahun ini agak berbeza kerana tiket-tiket bas ekspres untuk warga kota pulang berhari raya masih banyak belum terjual meskipun kaunter jualan dibuka sejak seminggu lalu.

Tinjauan Kosmo! di terminal bas sementara di Bukit Jalil di sini mendapati kaunter jualan tiket untuk hari raya masih lengang.

Seorang kerani kaunter tiket yang mahu dikenali sebagai Fatin berkata, kebanyakan tiket hari raya pada masa ini dibeli oleh pelajar institut pengajian tinggi.

"Golongan pekerja biasanya suka membeli pada saat akhir. Mungkin cara itu lebih mudah bagi mereka. Tarikh balik kampung yang menjadi tumpuan ialah pada 6, 7 dan 8 September," katanya.

Seorang kerani kaunter tiket bas ekspres yang mahu dikenali Rosli berkata, syarikatnya telah menjual tiket bas hari raya bermula 1 Ogos lalu.

"Pada tahun-tahun lepas, sejak 1 dan 2 Ramadan lagi orang sudah berebut-rebut membeli tiket, tetapi tahun ini jualan agak perlahan. Mungkin ramai yang tidak tahu tiket bas hari raya sudah mula dijual," katanya.

Seorang pengurus syarikat swasta, Kamal Sulaiman, 45, pula berkata, cuti persekolahan yang bermula awal memberikannya banyak pilihan masa untuk balik beraya pada tahun ini.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 04:31 AM