IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Motosikal Tanpa Bateri & Petrol, Motor Guna Elektrik
B@zSh™
kiriman Mar 26 2009, 09:22 PM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54





KUALA LUMPUR - Bidang permotoran negara ini memasuki lembaran baru apabila teknologi Sel Fuel yang menggunakan sepenuhnya gas hidrogen hasil ciptaan saintis tempatan kini sedia untuk dipasarkan.

Kejayaan itu hasil kajian Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diterjemahkan melalui prototaip motosikal Sel Fuel Serindit I dan Serindit II yang menarik minat pihak industri permotoran antarabangsa untuk dikomersialkan.

Motosikal prototaip tersebut yang tidak menggunakan bateri dan petrol itu mampu memecut sehingga 35 kilometer sejam dengan kuasa elektrik 5 kilowatt yang dijana melalui gas hidrogen.

Pengarah Institut Sel Fuel, UKM, Prof. Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud berkata, kapasiti kelajuan motosikal itu boleh dipertingkatkan melalui penjana kuasa sel fuel yang dipertingkatkan.

"Setakat ini, kita hanya menggunakan kapasiti penjana yang mampu menjana 5 kilowatt tetapi ia boleh dipertingkatkan dengan mudah bergantung kepada saiz enjin motosikal.

"Teknologi sel fuel ini mendapat perhatian pihak permotoran antarabangsa yang berminat untuk membeli tetapi kita lebih berbesar hati jika pihak industri tempatan sendiri yang memasarkannya,'' katanya ketika ditemui pada Seminar dan Pameran Sel Fuel 2009 di sini semalam.

Menurut beliau, perbincangan dengan pihak industri tempatan telah dimulakan dan buat masa ini hanya teknologi ciptaan mereka di negara ini yang sedia untuk memenuhi permintaan pasaran.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
B@zSh™
kiriman Mar 29 2009, 08:28 PM
Kiriman #2


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Maybe sel ni kena topup air sahaja (coz biasanya hidrogen dihasilkan daripada air melalui proses hidrolisis)
Lepas tu hidrogen akan digunakan utk menghasilkan elektrik kot
And maybe sel ni mempunyai jangka hayat tertentu before kena replace yang baru


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 16th May 2024 - 01:40 PM