IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> ~ manusia yg dpt doa para malaikat ~
WebZone-_-Attack
kiriman May 1 2009, 02:01 AM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



>Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba -
>hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan
>mereka
> mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu
>yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak
>memberikan syafa'at
> melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu
>berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)
>
> Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para
>malaikat:
>
> 1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
>
> Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa
>Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka
>malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga
>malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam
>keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At
>Targhib wat Tarhib I/37)
>
> 2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
>
> Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW
>bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu solat,
>selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan
>mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim
>no. 469)
>
> 3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
>
> Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa
>Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
>berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf – saf terhadapan"
>(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud
>I/130)
>
> 4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
>
> Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al
>Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,
>"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang -
>orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al
>Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib
> I/272)
>
> 5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
>
> Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW
>bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh
>dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa
>ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni
>dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)
>
> 6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
>
> Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW
>bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara
>kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia
>belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan
>sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith
>ini)
>
> Semoga bermenfaat!
>
>
> "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan,
>Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat
>dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka,
>lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas
>mereka.
>
> Amin, ya Rabbal A'lamin."


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 08:51 PM