IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Sila waspada dengan kontraktor kabinet penipu ini !!
eskep
kiriman Apr 24 2010, 01:07 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Aku telah ditipu oleh kontraktor penipu ni, harap korang berwaspada jika mencari orang untuk membuat kabinet atau apa sahaja pengubahsuaian rumah.


Begini ceritanya, awal bulan Februari 2010, aku dan bini aku diperkenalkan oleh seorang kawan kepada si penipu ini (masa tu tak tau lagi sikap sebenar dia). Pada awal pertemuan segalanya nampak ok, kata2nya kedengaran meyakinkan. Perjanjian dipersetujui bersama untuk membuat kabinet dapur berharga RM3350 dan wardrobe dalam bilik RM900. Setelah dijumlahkan kesemuanya, dicampur dengan lain-lain, jumlah kos dalam perjanjian ialah RM4910. Dia memberitahu tempoh 22 hari diperlukan untuk menyiapkan semuanya, maknanya 27/28 Feb, semuanya sepatutnya siap. Aku telah membuat pembayaran beberapa kali, dan jumlah yang telah diberikan kepadanya adalah RM2030.

Beberapa hari sebelum 27 Feb, dia meminta tempoh seminggu lagi, kami tak kisah sangat pasal seminggu je lewat tapi kemudian segalanya semakin lewat, dari seminggu ke seminggu, bermacam alasan diberikan. Ada antara alasannya ialah pemandu lori terpaksa membawa semua barang yang telah siap ke Perak kerana ada ahli keluarga pemandu lori meninggal dunia. Waktu ini kami bersabar lagi, ingatkan alasan itu betul, tapi nampaknya kini itu hanyalah alasan. Kalau betul dah siap, mesti dah siap pasang pun sekarang. Satu lagi alasan yang aku ingat ialah ketika dia membawa contoh papan kabinet yang dan siap dicat ke rumah, tapi tak sempurna kerana catnya tidak rata. Masa ini aku marah betul, dia macam mencari alasan untuk melengahkan masa. Dia meminta panjangkan tempoh lagi, aku cuba bersabar lagi dan terpaksa jugak berikan dia masa.

Setelah beberapa kali berjanji, dan dia sendiri mungkiri janjinya, dia berjanji lagi untuk pasang semuanya pada 20 Mac. 19 Mac, aku telefon untuk tahu perkembangan, tapi dia tak angkat2, hantar SMS pun tak jawab. 20hb Mac, aku ke bengkel dia dengan rakan untuk meninjau sejauh mana kebenaran katanya (tanpa beritahu dia), sebab sebelumnya dia kata tak banyak lagi yang tak siap. Rupa-rupanya memang banyak lagi yang tak siap, cuma beberapa bahagian sahaja yang ada. Di bengkelnya, aku berjaya dapatkan perjanjian bertulis, yang dia persetujui, yang mana aku boleh ambil tindakan jika dia tidak menyiapkan kesemuanya pada 25hb Mac, jam 7.00 petang.

Petang 25 Mac, masa balik dari kerja aku dapati dia memang tidak menyiapkan seperti yang dia janjikan (dia dah balik masa ni). Malamnya aku telefon dia dan setelah bertegang urat, dia tercakap yang dia boleh kembalikan duit aku kalau aku nak (perkataan inilah yang aku tunggu2), dan aku terus bersetuju. Kami kemudiannya bersetuju yang dia perlu kembalikan semua duit aku sebanyak RM2030 dan kemudian dia boleh ambil semula segala barang dia kat rumah aku. Dia berjanji untuk memasukkan jumlah tersebut pada hari Isnin, 29hb Mac secara tunai. Nak keluarkan duit ASB katanya... (piiirahhh !! macam banyak duit, tapi lakonan semata).

29 Mac, dia beritahu yang dia tunggu gaji isterinya, ok aku sabar lagi. 30 Mac, dia minta akaun bank pula untuk dia masukkan duit tersebut, aku bagi no akaun Maybank aku. 31 Mac, dia minta tangguhkan lagi, atas bermacam alasan dan aku masih dapat bersabar, aku bersetuju untuk panjangkan tempoh sehingga Isnin, 5 April. 6 April, aku semak baki akaun dan dapati tiada apa2 dimasukkan, aku telefon dia dan bertanyakan duit yang sepatutnya dia masukkan ke akaun aku, dan kami bertengkar lama masa ni (lebih 10 minit). Aku cuba mendapatkan duit aku, aku desak dia, dan dalam pertengkaran itu bermacam kata kesat dia gunakan (antaranya dia kata aku "tutt!"... "bangsat", sebab mungkin tertekan dengan desakan aku), tapi aku masih boleh kawal kata-kata aku (tak macam dia) sebab aku masih cuba dapatkan duit aku yang masih berbaki RM930 dari dia. Kalau aku kata melampau kang, mungkin aku langsung tak berpeluang nak dapatkan balik duit tu.

Sehingga kini, hanya RM1100 dia masukkan ke akaun aku (setelah banyak kali aku desak, itupun sedikit-sedikit dia masukkan), dan aku masih lagi menanti RM930 tu. Banyak dah SMS aku hantar untuk minta baki tu (sebab aku tak nak dah jumpa dia atau dengar suara dia lagi, dah benci sangat aku dengan dia yang berciri-ciri orang munafik ni). Kabinet tak siap yang masih ada kat rumah aku ni dahlah tak ikut plan asal, tak cantik pulak tu (korang boleh tengok sendiri gambar2 kat bawah). Aku dan bini aku sebenarnya boleh terima kalau dia jelaskan masalah dia terus terang, kami boleh terima dan bagi dia masa, tapi bukan pelbagai alasan dan penipuan sebagai penyedap cerita.

Tujuan aku ceritakan pengalaman aku ni ialah untuk memberitahu orang lain supaya tidak tertipu (atau terpedaya dengan kata-kata manis) dengan si penipu ni, macam aku sekeluarga. Dah banyak dah masa, tenaga, wang ringgit aku terbuang dalam menanti kabinet dan wardrobe yang tak siap2 ni. Sampaikan aku demam seminggu hari tu, samalah jugak dengan bini aku (tak tahulah pasal hal ni atau pun kebetulan). Tertekan memang tertekan, tengok dapur bersepah dengan kabinet yang tak siap. Isk isk, harap korang dapat ambil pengajaran/ikhtibar dari kisah aku ni.


Maklumat diri si penipu:

Nama: Aidil Azri Bin Azlar
No KP: 800831-10-5301
Nama syarikat: Selasih Furniture Renovation.
Alamat: Batu 8, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.


* Sila klik utk paparan lebih besar.



Gambar Lain1
Gambar Lain2
Gambar Lain3
Gambar Lain4
Gambar Lain5
Gambar Lain6


* Laporan polis telah dibuat.
* Ini kisah benar, bukan rekaan.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Apr 24 2010, 05:26 PM
Kiriman #2


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



tula sepatutnya deposit hanya 10% drp jumlah kos.. lps depa buat siap dan kita berpuas hati baru bayar full.

saya buat dgn skillwood, amat puas hati sbb harga murah dan menggunakan kayu solid sepenuhnya.. bukan guna material habuk kayu.

www.skillwood.com.my, tp website depa tak maintain.


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Apr 25 2010, 11:52 PM
Kiriman #3


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Thanks 4 the comment mat.g

Aku memula dulu deposit mmg nak bagi RM500 jer, aku dah kata aku tak kenal dia lagi, jadi boleh bagi banyak tu jer. Tapi lepas tu dia kata dia perlukan duit untuk buat itu ini, aku dengan harapan untuk menolong bangsa sendiri, bagilah duit tambahan. Tup2 jadi camni, memang akan jadi pengajaran lah pada aku sekeluarga pasni.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Apr 26 2010, 12:11 AM
Kiriman #4


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,221
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



tengok ngan gambo, macam gaya bisnes atas angin, tukang tangkap mai je..... saya suka buat sendiri je bende gini.... cukup seronok buat keje pakai kayu yg rega dia rm10000 satu tan!!!! hehehe...cerita je. Kerja kontrek tukang, selalunya banyak auta. tp yg banyak auta lagi lebih..... tau saper? Nakal tul!


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman May 3 2010, 11:11 PM
Kiriman #5


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Aku rasa aku sebagai mangsa pertama yang dia gunakan buat projek ni. Kalau jadi, jadilah, kalau tak meranalah (akulah tu). Kira macam pilot test, prototaip kata mat2 enginer. tongue.gif

Sehingga kini, aku masih menanti baki yang sepatutnya dia pulangkan tu. Janjinya, masih tinggal janji, bak buih2 di lautan, mudah hilang dilanda ombak. no.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman May 18 2010, 01:01 PM
Kiriman #6


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



kasi santau.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman May 19 2010, 09:48 PM
Kiriman #7


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Ganas jugak ko ni ek WA?
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 04:27 AM