IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Hidup Tenang Walaupun Berhutang
emmalisa
kiriman May 19 2009, 06:27 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 24
Sertai: 15-April 09
Daripada: putrajaya
No. Ahli: 909



Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Tip-tipnya seperti berikut:

- Simpan duit secara berterusan
- Kawal nafsu
- Hidup dalam kesederhanaan
- Belanja ikut belanjawan
- Bagi dahulu, baru terima
- Gunakan pinjaman secara bijak

1. Simpan secara berterusan

Dengan mempunyai simpanan, anda dapat membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan adanya wang simpanan, ia mengelakkan dan mengurangkan risiko anda berhutang kerana anda tiada keperluan berhutang.

Tidak kira sekecil mana anda menyimpan setiap kali mendapat gaji, ia mengajar anda menyimpan. Ini memberikan ketenangan dan semangat setiap kali anda melihat duit tabungan anda semakin bertambah.

Sekiranya anda menyimpan sebanyak RM25 sebulan bagi 30 tahun dengan kadar faedah 7 peratus setahun, anda mempunyai RM30,000. Bagi simpanan RM25 seminggu dalam masa 30 tahun, anda mempunyai lebih RM122,000. Berapakah yang anda miliki sekiranya menyimpan RM200 sebulan bagi 30 tahun? Lebih daripada RM 245,000. Itu baru 7 peratus kadar faedahnya. Sekiranya anda menyimpan dalam simpanan yang kadar keuntungan lebih daripada 10 peratus, berapa?

2. Kawal Nafsu


Anda perlu kenal pasti dan faham perbezaan antara kehendak dan keperluan. Keperluan adalah perkara asas atau paling penting sebelum kehendak. Ini bukan bermaksud anda tidak boleh memenuhi kehendak anda, tetapi anda perlu memberikan keutamaan kepada keperluan dalam setiap langkah pada setiap hari dan masa.

Sekiranya anda memberikan keutamaan pada kehendak dalam berbelanja, anda terpaksa meminjam ataupun berhutang bagi memenuhi keperluan kerana duit gaji sudah habis. Apabila mendapat gaji dan sesudah ditolak simpanan dan perbelanjaan keperluan, sekiranya ada lebih gunakan bagi memenuhi kehendak naluri anda.

Seperti yang kita bincang sebelum ini, setiap kali anda ingin membeli sesuatu, tanyakan kepada diri anda soalan-soalan seperti di bawah:-

-Mampukah saya mendapatkannya ataupun membelinya?
-Adakah saya perlu memilikinya?

3. Hidup Dalam Kesederhanaan

Berbelanja jangan sampai boros, berjimat jangan sampai kedekut. Kaki peminjam pun tidak, kaki belanja pun tidak. Mabuk belanja pun tidak, mabuk berjimat pun tidak. Sentiasa mengutamakan keperluan berbanding kehendak.


4. Belanja mengikut belanjawan

Pastikan anda menambahkan ilmu berkaitan cara-cara hendak membuat belanjawan supaya kesilapan membuat hutang tidak berlaku lagi. Walau sebaik mana belanjawan dirancang, ia tinggal belanjawan sekiranya anda tidak memastikan ia diikuti. Jangan berbelanja melebihi yang ditetapkan kerana apa yang dirancang itu menjadi sia-sia.

5. Beri dahulu, baru terima


Gunakan konsep memberi duit dahulu sebelum menerima barang, bukannya mengambil barang dahulu dan selepas sebulan baru hendak mula membayar sedikit-sedikit (ansuran). Ingat, beri duit sebelum mengambil barang, bukannya memberi kad kredit.

6. Gunakan pinjaman secara bijak

Sebelum membuat pinjaman, fikir dahulu adakah anda mampu membayar balik? Sekiranya tidak mampu, jangan pinjam. Jangan menyalah guna duit pinjaman dan menyebabkan bebanan hutang anda bertambah. Jangan terikut-ikut dengan konsep lagi lama tempoh pembayaran balik, lagi rendahlah ansuran bulanan.

Memang benar sekiranya jumlah ansuran yang dibayar bagi sebuah rumah yang dibeli dengan pembayaran balik selama 20 tahun adalah dua kali ganda harga rumah itu. Tetapi, bagaimana dengan ansuran selama 30 tahun ? Duit siapa yang habis? Anda membeli rumah berharga RM 100,000 tetapi membayarnya dengan RM 300,000. Adakah ia berbaloi?

Go to the top of the page
 
+Quote Post
dawos
kiriman May 20 2009, 04:26 PM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 180
Sertai: 18-November 08
No. Ahli: 281



ini boleh jadi menteri kewangan nie.. pandai menguruskan kewangan .. bagus lar.. biggrin.gif

tapi tue la kadang-kadang terikut-ikut.. nak wat macam manakan.. sleep.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
navy
kiriman Nov 28 2009, 11:13 AM
Kiriman #3


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 29
Sertai: 23-November 09
No. Ahli: 1,896



Belanja ikut rentak sendiri..
jgn terikut-ikut rentak orang lain..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Dec 1 2009, 02:04 PM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Wah, tips yang bagus, TQ. smile.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Steven
kiriman Mar 21 2013, 11:20 AM
Kiriman #5


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 3
Sertai: 21-March 13
No. Ahli: 2,439



QUOTE (eskep @ Dec 1 2009, 02:04 PM) *
Wah, tips yang bagus, TQ. smile.gif

cakap senang..... tetapi sebenarnya bukan begitu senang
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 06:51 PM