IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Kelahiran Google Chrome, Browser Dari Google...
Razif
kiriman Sep 8 2008, 10:42 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14



Salam, laugh.gif

Google baru sahaja melancarkan web browser mereka sendiri yang dikenali sebagai Google Chrome.
Ianya masih lagi berada dalam peringkat percubaan.
Namun jika anda ingin mencubanya, anda sudah boleh mula download Google Chrome sekarang juga (untuk Windows Vista dan Windows XP)

"Kata orang ianya mmg power, berdesup!!!"





Antara berita berkaitan Google Chrome:

Google Lancar Pembaca Sumber Terbuka Yang Baru

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Google Inc hari ini melancarkan pembaca sumber terbukanya yang baru, Google Chrome, yang bertujuan mewujudkan pengalaman web yang lebih baik bagi pengguna.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Google menyatakan Google Chrome itu boleh didapati dalam lebih daripada 40 bahasa.

Naib Presiden bagi Pengurusan Produknya, Sundar Pichai, berkata sama seperti laman utama Google klasik, Google Chrome mempunyai antara muka pengguna mudah dengan teras canggih bagi membolehkan pelayaran web moden.

"Pembaca diolah untuk menyediakan satu pengalaman sesawang yang menyenangkan bagi pengguna. Pada terasnya terdapat platform pelbagai proses yang membantu menyediakan pengguna dengan kestabilan dan keselamatan yang dipertingkatkan.

"Ia direka bagi memudahkan pengguna mencari dan mengemudi web untuk mencari kandungan yang mereka perlukan," katanya.

Sundar berkata bagi memudahkan lagi proses melayari keterbukaan web, Google Chrome dikeluarkan sebagai satu projek sumber terbuka.

-- BERNAMA

rolleyes.gif rolleyes.gif rolleyes.gif

Bisnes Dunia: Pelayar web Google saingi IE Microsoft

Syarikat hasilkan Chrome sasar pecah penguasaan enjin carian Internet Explorer

GOOGLE Inc melancarkan pelayar webnya sendiri, langkah yang disasarkan untuk memecah penguasaan Internet Explorer yang dibangunkan Microsoft Corp serta memastikan akses lebih mudah kepada enjin cariannya.

Syarikat berpangkalan di California itu mengambil langkah luar biasa dengan mengumumkan produk barunya itu pada cuti Hari Buruh selepas ia melancarkan buku komik bagi menandakan kedatangan pelayar baru itu.

Pelayar percuma itu, yang dipanggil ‘Chrome’ sepatutnya boleh dimuat turun semalam di kira-kira 100 negara untuk komputer yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows.

Google berkata, ia masih mengusahakan versi yang sesuai dengan komputer Mac keluaran Apple Inc dan sistem operasi Linux.

Pelayar Google itu dijangka menjengah pasaran seminggu selepas Microsoft memperkenalkan versi ujian kemas kini pelayar terkininya, Internet Explorer 8.

Walaupun Google menggunakan pendekatan karikatur untuk mempromosikan Chrome, pelayar baru itu menunjukkan persaingan Google dengan Microsoft dengan Internet Explorer digunakan kira-kira 75 peratus pelayar Web.

Google menerajui pasaran carian internet dengan enjin cariannya memproses hampir dua pertiga daripada permintaan dalam Web.

Sejak beberapa tahun lalu, Google mencuba mengambil kesempatan daripada populariti enjin cariannya untuk melonggarkan kekuatan Microsoft dalam cara pengguna berinteraksi dengan komputer peribadi mereka.

Google sudah mencuba menjadikan alternatifnya lebih menarik dan diterima dengan menjadikannya percuma berbanding cara Microsoft yang memerlukan penggunanya membayar yuran pelesenan untuk memasang perisian itu ke dalam komputer mereka.

Bagaimanapun, Microsoft cuba menghalang Google dengan melabur berbilion dolar untuk membangunkan enjin cariannya sendiri dan membuat cubaan yang tidak berjaya untuk membeli Yahoo Inc bernilai AS$47.5 bilion.

Ketegangan antara Microsoft dan Google kelihatan berpanjangan dengan kemasukan Google ke dalam perniagaan pelayaran Web.

Buat masa ini, ia sedang cuba untuk menjejaskan Internet Explorer dengan menyokong Firefox, pelayar Web yang dibangunkan oleh Mozilla Foundation.

Disokong kerjasama pengiklanan dengan enjin carian Google, Firefox kini menjadi pelayar web kedua paling popular dengan penguasaan pasaran kira-kira 10 peratus.

Baru-baru ini, Google melanjutkan pakatan pengiklanannya dengan Firefox sehingga 2011. - AP
==================

Anda dah cuba??? Cubalah!!!

Dapatkan Disini:

http://www.google.com/chrome






--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini
- Razif   Kelahiran Google Chrome   Sep 8 2008, 10:42 PM
- - bluzz   Aku dah cuba browse nie.. sekarang tengah pakai ...   Sep 9 2008, 10:32 AM
|- - wanmus   QUOTE (bluzz @ Sep 9 2008, 10:32 AM) Aku ...   Sep 9 2008, 05:36 PM
|- - Razif   QUOTE (wanmus @ Sep 9 2008, 05:36 PM) add...   Sep 9 2008, 05:39 PM
- - PakciQue   Yup..aku pun dah guna..Tp kadang2 aku switch denga...   Sep 9 2008, 12:57 PM
- - surfaddict   Saya masih belum mencuba browser ni..aduh sudah di...   Sep 9 2008, 05:41 PM
- - exinco   aku dah try pelayar ni. cuma untuk kegunaan utama ...   Sep 12 2008, 06:20 PM
- - taukey   aku rasa aku takkan pakai ni. sebab secara tak lan...   Sep 14 2008, 04:52 PM
|- - hexagold   QUOTE (taukey @ Sep 14 2008, 04:52 PM) ak...   Sep 22 2008, 12:27 PM
- - jasmanjunid   Salam hormat, JJ dah download tapi still belum gun...   Sep 22 2008, 04:07 PM
- - taukey   salah satu yang aku lihat dari tujuan google buat ...   Sep 24 2008, 12:22 PM
- - wanmus   Aku dah try beza guna google chrome dan mozilla fi...   Sep 30 2008, 12:07 PM
- - mat.g   Mmg dok compare guna Firefox vs Chrome ni, nampak ...   Oct 6 2008, 11:46 AM
- - lankutu   kalau chrome ada plugin macam firefox..aku sokong ...   Oct 7 2008, 01:03 AM
- - B@zSh   Aku tgh tunggu version final GC Mana tahu kot2 aka...   Oct 7 2008, 07:46 AM
- - eskep   Aku rasakan Chrome lagi best berbanding Firefox se...   Jun 8 2010, 12:42 AM
|- - ganazz   >>Google Chrome Speed Tests<<   Jun 8 2010, 07:26 AM
- - ♦محم   mmg GC lebih laju. aku sendiri pon dah guna. lagi ...   Jun 8 2010, 09:54 PM
- - B@zSh™   Aku guna GC especially kalo nak tgk website jer Ka...   Jun 12 2010, 12:16 PM
- - ♦محم   harap FF lepas ni xde la mkn memory byk sgt..kalau...   Jun 13 2010, 03:52 PM
- - sH@m   Satu aje tak berkenan dengan Google Chrome ni iait...   Jun 27 2010, 08:51 PM
- - ♦محم   dia mmg laju la dari musang berapi tu... nak updat...   Jun 27 2010, 11:13 PM
|- - sH@m   QUOTE (♦محم @ Jun 27...   Jun 29 2010, 12:46 PM
- - ♦محم   eh..bukan ade blog ke sebelum ni..sh@m...tgh tungg...   Jun 29 2010, 06:12 PM
|- - sH@m   QUOTE (♦محم @ Jun 29...   Jun 29 2010, 08:58 PM
- - ♦محم   tu la..GC boleh dikatakan lebih baik dari mozilla ...   Jun 30 2010, 12:04 AM


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 12:49 AM