IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> JPJ keluar 10,000 saman sehari, myMetro
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 24 2010, 03:27 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak sesuka hati menyaman pengguna jalan raya, sebaliknya tindakan menyaman adalah satu kaedah untuk mendidik pengguna jalan raya supaya berbudi bahasa dan bersopan santun semasa menggunakan jalan raya.
“Saman adalah langkah untuk mewujudkan kesedaran pengguna jalan raya supaya menghormati undang-undang kerana sikap pemandu dikenal pasti menjadi punca utama nahas di jalan raya yang meningkat setiap tahun. “Apabila mereka mematuhi peraturan, kita tidak akan mengeluarkan saman sesuka hati atau mengeluarkan kompaun.


“Kami juga dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecederaan dialami pemandu,” kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan kepada Bernama.


Beliau berkata JPJ mengeluarkan kira-kira 10,000 saman sehari di seluruh negara, kebanyakannya berpunca daripada sikap ambil mudah pengguna jalan raya dan suka melanggar peraturan jalan raya. Katanya, beberapa inisiatif baru, termasuk membuat pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dilakukan untuk memantapkan tindakan penguatkuasaan JPJ.


Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata peranan pihak penguatkuasa adalah untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya supaya tidak melanggar peraturan, memastikan pesalah akan serik dengan kesalahan mereka dan tidak mengulanginya lagi. - Bernama

=> banyaknya kesalahan yang dibuat. tak serik
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 30th April 2024 - 11:33 PM