IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Batal lesen serta-merta, Kosmo! online
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 2 2010, 11:59 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail memberi amaran akan membatalkan lesen tapak bazar Ramadan mana-mana peniaga yang didapati menjual tapak mereka kepada pihak ketiga.

Tegas beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandang serius aktiviti menjual tapak bazar Ramadan tersebut dan akan mengerahkan anggota penguat kuasa turun padang mulai hari pertama puasa.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik lesen tidak bertanggungjawab itu. Pihak ketiga yang membeli tapak itu bakal berputih mata.

“Kalau kita temui sebarang bukti, DBKL akan terus rampas dan batalkan lesen pemilik terbabit serta-merta, tiada kompromi lagi,” tegasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Ahmad Fuad memberikan reaksi keras itu sebagai mengulas pembongkaran Kosmo! Ahad semalam berhubung taktik licik segelintir peniaga yang diundi mendapat tapak bazar Ramadan tetapi dikatakan menjualnya pada harga sehingga RM30,000 kepada pihak ketiga. Sewa tapak itu cuma RM500 sebulan.

Bagaimanapun, setakat ini, menurut Ahmad Fuad, tiada aduan rasmi yang diterima oleh DBKL berhubung penyelewengan itu.

Pada masa yang sama, beliau turut menyelar mereka yang dilabelkan sebagai pihak ketiga kerana sanggup membeli tapak bazar Ramadan meskipun pada harga yang sangat mahal.

“Ada orang gila nak beli tapi bukan semuanya nak berniaga,” ujarnya.

Bagi mengatasi masalah tersebut daripada terus berulang, DBKL bakal memperkenalkan beberapa kriteria yang lebih ketat dalam pemberian lesen tapak bazar Ramadan mulai tahun depan.

Salah satu kriteria baru itu ialah pemohon yang dipilih akan diambil daripada mereka yang berpengalaman serta mempunyai reputasi yang baik dalam perniagaan.

Kosmo
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 20th April 2024 - 12:22 PM