IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> PUNCA MANUSIA MAMPU BERSABAR
Geekspro
kiriman Dec 3 2009, 08:30 AM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 56
Sertai: 20-September 08
Daripada: Semporna
No. Ahli: 67



Banyak perkara yang menimpa diri kita semasa hidup di dunia ini boleh menghakis sifat sabar yang wujud dalam diri. Hakikatnya manusia itu lemah dan tidak mampu bersabar di atas setiap ujian yang menimpa dirinya tanpa pertolongan dari Allah Taala.

Spiritual Sebagai Pusat Kawalan Emosi

Manusia akan dapat bersabar di atas setiap ujian yang menimpanya apabila mereka mempunyai nilai spiritual yang tinggi. Kekuatan rohani ini sangat penting kerana ia bertindak sebagai pusat kawalan kepada emosi setiap individu. Apabila manusia mempunyai kekuatan rohani yang kuat hasil daripada penjagaan hubungannya dengan Allah Taala maka ketika itu manusia akan melihat ujian itu adalah terlalu kecil berbanding dengan pengampunan dosa yang Allah ingin kurniakan di sebalik uian yang ditimpakannya. Di samping itu juga, apabila nilai spiritual seseorang individu itu tinggi ia akan melihat ujian itu sebagai salah satu cara Allah untuk meninggikan darjat para hambaNya.

Dengan Mengingati Allah Kita Mampu Bersabar

Nabi s.a.w menganjurkan kita untuk membaca sepotong doa setiap kali lepas mengerjakan solat iaitu :





Maksudnya : Kata Muadz r.a. Rasulullah SAW memegang tangannya kemudian bersabda yang bermaksud : “Wahai Muadz demi Allah saya kasihkan engkau. Saya berpesan kepadamu jangan kamu tinggal membaca “ Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu serta melakukan ibadat yang terbaik keranaMu” setiap kali selepas solat (Abu Daud (1522)

Atas dasar itulah untuk mencetuskan kesabaran dalam diri setiap kali diuji kita mesti sentiasa memohon pertolongan Allah untuk sentiasa menjadi hamba yang sering kali mengingatiNya dan bersyukur setiap kali ditimpa ujian kerana inilah rahsianya kita mampu bersabar setiap kali ditimpa ujian.

Apabila Hijab Yang Menutupi Hati Terangkat

Punca kita hilang kesabaran adalah disebabkan wujudnya dinding yang menghijab hati dari melihat Allah pada setiap ujian yang menimpa. Apabila kita mampu mengingati Allah pada setiap kali ujian yang menimpa diri ketika itu seberat mana sekalipun ujian yang menimpa kita mampu bersabar dengan mengucapkan kalimah “ Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Rajiun” . Atas dasar itu kita mesti menjaga hati dengan sentiasa membersihkannya dengan zikir dan membaca al-Quran supaya hati kita tidak terhijab dari melihat Allah setiap kali ditimpa ujian kerana apabila hijab yang menutupi hati itu diangkat oleh Allah ketika itu kita akan memperoleh “energy” yang sangat powerful untuk meneruskan hidup dan sentiasa mendapat reda Allah. Mudah-mudahan dengan menjaga hati ini kita akan sentiasa berjalan dalam rahmat Allah, mendapat kasih sayang Allah dan selamat kembali ke Rahmatullah apabila tiba waktunya nanti.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 03:58 AM