IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> Tanda-tanda Kiamat
wings
kiriman Sep 23 2008, 07:59 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 70
Sertai: 19-September 08
No. Ahli: 55



aku tengak belom ada lagi topic kat sini.biar aku start la dulu.
aku nak kongsi sikit infomasi yang mungkin orang dah lupa disebabkan kesibukan harian sekarang..

cuba renung-renungkan...aku paste je ilmu yang ada dalam pc aku ni.

Renungkanlah keadaan skrg ni macam mana...




Tanda-2 Kiamat


Assalamu'alaikum wrt. wbh.

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam
kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan
dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan
fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA - TANDA
KIAMAT, di antaranya :


1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan
Komet Helly

2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),
Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkan tetapi tidak dilaksanakan
pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.

3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'

4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.

5. Cukai ditinggikan.

6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.

7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti
Siplis, Aids dan lain - lain.

8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna
alat perancang keluarga.

9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.

10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli
jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakan Islam.

11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan, menguasai
rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain - lain
lagi.

12. Banyak berlaku gempa bumi.

13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.

14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk
dan lain - lain.

15. Banyak berlaku rasuah.

16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi
Wasallam.

17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa, isteri
tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan
sebagainya )

19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa
pembelaan seperti di kem tahanan Sabra dan Syatila; dan di Bosnia)

20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.



***** peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan
menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra).


Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa
peristiwa iaitu:


1. Sembahyang ditinggalkan.

2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.

3. Orang jahat jadi pemimpin.

4. tidak amanah dan zalim.

5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.

6. perkara haram dihalalkan.

7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dari aqudah
Ahlussunnah Waljama'ah.

8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.

9. orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.

10. alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.

11. arak jadi minuman seharian (rasmi).


Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan
difikirkan


sources : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam
oleh : Prof. Muhammad As Soqhir






--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 23 2008, 11:46 PM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



QUOTE (wings @ Sep 23 2008, 07:59 PM) *
aku tengak belom ada lagi topic kat sini.biar aku start la dulu.
aku nak kongsi sikit infomasi yang mungkin orang dah lupa disebabkan kesibukan harian sekarang..

cuba renung-renungkan...aku paste je ilmu yang ada dalam pc aku ni.

Renungkanlah keadaan skrg ni macam mana...




Tanda-2 Kiamat


Assalamu'alaikum wrt. wbh.

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam
kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan
dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan
fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA - TANDA
KIAMAT, di antaranya :


1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan
Komet Helly

2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),
Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkan tetapi tidak dilaksanakan
pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.

3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'

4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.

5. Cukai ditinggikan.

6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.

7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti
Siplis, Aids dan lain - lain.

8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan mereka mengguna
alat perancang keluarga.

9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.

10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli
jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakan Islam.

11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan, menguasai
rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain - lain
lagi.

12. Banyak berlaku gempa bumi.

13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.

14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk
dan lain - lain.

15. Banyak berlaku rasuah.

16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi
Wasallam.

17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa, isteri
tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan
sebagainya )

19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa
pembelaan seperti di kem tahanan Sabra dan Syatila; dan di Bosnia)

20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.



***** peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan
menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra).


Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa
peristiwa iaitu:


1. Sembahyang ditinggalkan.

2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.

3. Orang jahat jadi pemimpin.

4. tidak amanah dan zalim.

5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.

6. perkara haram dihalalkan.

7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dari aqudah
Ahlussunnah Waljama'ah.

8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.

9. orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.

10. alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.

11. arak jadi minuman seharian (rasmi).


Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan
difikirkan


sources : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam
oleh : Prof. Muhammad As Soqhir


Alhamdulillah..akhirnya ade jugak ruangan untuk agama ni..ingat nak suggest tapi dah ada orang suggest tu alhamdulillah lah..hehe. bagus kita berkongsi dengan orang ramai bab ilmu agama ni..sebab yang kita bawak mati iaitu amal ibadah kita, ilmu yang diajarkan dan anak yang soleh..banyak pahala tu..so jomlah kita berkongsi..ni mula ngan kiamat ni bagus jugak..supaya kita sedar semua petunjuk kiamat dah terbukti berlaku di depan mata kita..cuba nyatakan ape yang belum berlaku? semua dah berlaku cuma sikit atau banyak jer


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Sep 24 2008, 01:04 AM
Kiriman #3


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Yea,renung2 kan lah dan faham2 kan lah. Suatu hari nanti kiamat pasti akan berlaku,Sebelum berlakunya kiamat allah sudah memberi kan kepada kita petunjuk tanda2 berlakunya kiamat.Semoga menjadi panduan untuk kita yang hanya hamba kerdil ini. smile.gif


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
rajakamil
kiriman Sep 25 2008, 01:06 AM
Kiriman #4


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18



tapi ruangan ni paling sedikit mendapat sambutan,huhu kenapa yea??

sini aku pon nak bg la jgk sket tanda2 kiamat mengikut dalil berdasarkan wikipedia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Penaklukan Baitulmuqaddis

“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] ”

* Zina bermaharajalela

“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

* Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

* Bermaharajalela alat muzik

“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

* Menghias masjid dan membanggakannya[perlu petikan]

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu petikan]

“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

* Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu petikan]

* Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu petikan]

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu petikan]

“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu petikan]

“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu petikan]

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

* Bulan sabit kelihatan besar[perlu petikan]

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”

* Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu petikan]

* Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu petikan]

“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”

* Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu petikan]

“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”

* Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

-hadis bawah-

* Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

-hadis bawah-

* Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

-hadis bawah-

* Orang akan melakukan homoseksual.

-hadis bawah-

* Akan terdapat ramai anak luar nikah.

- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

* Berkurangnya sifat amanah

-hadis bawah-

* Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

-hadis bawah-

* Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

-hadis bawah-

* Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

-hadis bawah-

* Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

-hadis bawah-

* Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

-hadis bawah-

* Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

[perlu petikan]

* Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

-hadis bawah-

* Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

-hadis bawah-

* Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

-hadis bawah-

* Memandang rendah kepada darah

“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

[perlu petikan]

* Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

[perlu petikan]

* Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

[perlu petikan]

* Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

[perlu petikan]

* Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”

* Banyaknya berlaku gempa bumi[2]

* Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]

* Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]

“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”

* Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

-hadis bawah-

* Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 25 2008, 07:11 AM
Kiriman #5


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



huhu..so dah terbukti yang semua tanda kiamat dah berlaku..risau tu tak yah nak cerita lah tapi kenapa kekadang hati kita ni keras? bila dengar jer cerita tentang kiamat atau mati, kita jadi takut dan mintak dilambatkan mati..sedangkan masa para nabi dulu, sahabat2 berebut untuk berjihad di medan perjuangan untuk mendapat mati syahid yang Allah telah janjikan tempat yang terpuji dan istimewa disisiNya. tapi kita sekarang ni takut untuk mati.. tulah nampaknya kita masih sayangkan dunia yang sementara ni..nasihat dan pesanan untuk kita sama-sama mengambil iktibar


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
CekDet
kiriman Sep 28 2008, 10:26 PM
Kiriman #6


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 150
Sertai: 9-September 08
Daripada: www.SyedHafidz.com
No. Ahli: 21



Yang nyata, semua tanda2 yang disebutkan dah berlaku sekarang ni..
maknanya kiamat betul2 dah dekat dengan kita...
...dan kita ni memang golongan akhir zaman sebagaimana yang disebutkan oleh nabi s.a.w..
Saya bimbang dalam kita sibuk mengejar urusan dunia sampai kita lupa yang kiamat dah begitu hampir..


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 20th April 2024 - 02:00 AM