IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Misteri Kerusi Bergerak
rajakamil
kiriman Sep 22 2008, 02:12 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 68
Sertai: 9-September 08
No. Ahli: 18



Hujan lebat berserta kilat telah membuat kami berempat basah kuyup. Tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah joran kami. Kami pulang ketika hari hampir gelap. Kami singgah dan berehat untuk mengeringkan pakaian di kaki lima kedai yang sudah tutup. "Black Out" telah menyebabkan suasana malam dan persekitarannya bertambah gelap .Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu berhampiran kami . Seorang rakan segera menyiasat . Laaaaaaa .... ada seekor anak lembu yg terlepas dari ikatan sedang makan rumput. Aku segera ambil hujung talinya lalu mengikatnya di kaki bangku panjang yang kami duduki.

Tujuannya agar anak lembu tak boleh lari jauh . Tidak lama kemudian seorang rakan kami Abu namanya singgah untuk berteduh. Dia pun berehat sama di bangku tersebut. Selang seketika dia terasa bangku itu bergerak-gerak .... bingkas dia bangun ....
ABU : Weiiii ... korang rasa tak sesuatu ??
AKU & ALI : Eh .. mana ada ... tak adalah !
HARUN : Alahhh Abu ... kami ikattt...(aku segera cuit peha rakan itu supaya diam)
REMY : Ko ni abu ... penakutlah .. mana ada apa-apa ! ABU : Iya.. betulllll.. aku rasa tadi ! Bangku nie bergerak-gerak ... AKU : (sambil bangun) Ko jangan main-main Abu ... ni malam jumaat ni .. hujan gerimis + kilat lagi ... (aku mula buat cerekarama)
ALI : (bangun jugak) Kitaorang dari tadi kat sini ... takde apa-apa pun yang berlaku.. (mula main wayang) Tiba-tiba bangku bergerak lagi. Aku dan Ali buat-buat terperanjat. Harun terus bangun konon terkejut. Bangku bergerak agak lama. Remy buat-buat melompat . Kami berempat bangun buat-buat terperanjat !! Tiba-tiba ... si Abu ....
ABU : (spontan & kuat ) ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR.. ALLAHHHHH ... ALLAHUAKBAR ALLAHHHU... AKBAR..(laungan azan)

Kami berempat punyalah sakit perut dengan AKSI spontan si ABU tuu ... lalu kami tunjukkan dia tali lembu yang kami ikat kat bangku tuu ... so ... bangku gerak-gerak pasal anak lembu tu tarik ! Si Abu .. terus gi tengok anak lembu tu .. lepas tu dia BELAH ghitu ajer meninggalkan kami yang tergolek-golek ketawa !!!


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 23 2008, 01:18 AM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



hahahahaha..sengal punye abu..tapi kalau aku pun seram..dahlah tanyer member2 semua tak rasa dan aku sorang jer rasa..hahahhaa..tapi yang penting cukup lawaklah lawak ko ni raja. tapi kuat tu anak lembu boleh tarik kerusi yang tiga orang duduk atas kerusi tu..mesti budak bertiga tu kecik2 lagi kan..kalau tak, takkanlah bergerak2 kerusi tu.kerusi tu pun dah berat..hahha..itulah misteri kerusi bergerak..macam2


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
exinco
kiriman Sep 24 2008, 07:41 PM
Kiriman #3


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 44
Sertai: 8-September 08
No. Ahli: 11



lawak.. habis kena si kawan. mungkin dia nak balas dendam tu


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 29th March 2024 - 02:56 AM