Lady Gaga makin menyeramkan, Kosmo! online |
Lady Gaga makin menyeramkan, Kosmo! online |
Jun 24 2010, 03:12 PM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
LOS ANGELES - Keanehan Lady Gaga tidak mengenal batasan. terbaru, penyanyi berkenaan mahu berkongsi pentas dengan mayat supaya konsertnya tampil lebih unik, lapor sebuah akhbar semalam. Bergabung tenaga dengan pengawet dan pengumpul mayat terkenal, Gunther Von Hagens bagi menyeramkan lagi suasana konsert jelajah Monster Ball, Lady Gaga sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyimbah 'darah' sebagai hiasan latar konsertnya. Kini, dia mahu pengawet mayat tersebut mereka set untuk konsertnya di Las Vegas pada Mac tahun depan. "Dia (Lady Gaga) terpesona dengan kerjaya dan kehidupan Gunther. Lelaki itu membesar di Jerman, negara yang disukainya," kata seorang rakan penyanyi itu. "Tambahan pula, idea sebegitu belum pernah dicuba sebelum ini. Ia akan memberi keunikan pada konsert jelajah Lady Gaga kali ini," tambahnya. Lady Gaga, 24, atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta popular menerusi lagu-lagu seperti Just Dance dan Poker Face. - Agensi |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 06:39 PM |