IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Jangan Boikot Kepci
Lady
kiriman Jan 29 2009, 11:51 AM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 110
Sertai: 9-December 08
Daripada: Sailor of Dream
No. Ahli: 435



Timbang-timbangkan dulu dan siasatlah kebenarannya sebelum membuat apa-apa keputusan.



Wassalam…




BOIKOT KFC


Salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan mas yar akat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak s yar ikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia . tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel . KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya memba yar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak s yar ikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak s yar ikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua s yar ikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika mas yar akat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.


sekian.


Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443


p/s: mod,klo x sesuai tolong delete @ adjust ye...


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 29 2009, 11:54 AM
Kiriman #2


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



pergi boikot semua2..pastu anak melayu keje situ pon kena lah buang..
kesian kat mereka...
boikot punya pasal
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Jan 29 2009, 03:21 PM
Kiriman #3


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



QUOTE (qifa_87 @ Jan 29 2009, 11:54 AM) *
pergi boikot semua2..pastu anak melayu keje situ pon kena lah buang..
kesian kat mereka...
boikot punya pasal

kita kena boikot jugak atas dasar kemanusiaan sbb tgk mcm mana yahudi bunuh/cederakan anak2 palestin yg tidak berdaya,

KFC ni dah namanya pon Kentucky.. US mari, lain lah kalau dah tukar brand jadi Kulim Friend Chicken

Keje pon jgn main keje je.. sama jugak kalau bekerja dikedai jual alkohol... sendiri mau ingatlah kan...

sbb kita kena tentang kezaliman terlampau drp musuh Islam ini.. buat apa yg termampu, kalau tidak berdaya dgn tindakan keluarkan kata-kata.. kalau masih tidak mampu jeritkan dalam hati tanda penentangan... dan ingat boikot tetap boikot.


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Lady
kiriman Jan 29 2009, 03:53 PM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 110
Sertai: 9-December 08
Daripada: Sailor of Dream
No. Ahli: 435



Aku updated sikit pasal Kepci ni.... aku copy je, saja nak share ngan ko owg



"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta ke*****an yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan ke*****an kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sekun
kiriman Feb 3 2009, 12:10 AM
Kiriman #5


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 18
Sertai: 2-February 09
Daripada: kelantan
No. Ahli: 657



akum...ad betul jgk lah lah ape y LADY tulis 2...tapi ape y nk d tegaskn kn kt sini biar lah 19000 org islam y kena buang keja 2 drpada lagi ramai rakyat islam y kt gaza nu kne sembelih kn??sbb ape pn KFC 2 ttp ade kne mengena ng israel jgk kn...lain laa dh ambil alih sepenuh nyer kn....cmni lah contoh nyer klu org islam 2 kaje wt panutup botol arak,penutup je xsentuh arak mau pon botol just penutup,berdosa x die.... berdosa tau,sebab ad kena mengena jgk wlpn sikit kn...melainkn die xtau penutup 2 utk ape!!!!tp mst lah kite tau kn xkn main keja je...so kne pikir2 lah same2 ye...ni hnylah pendapt utk d kongsi bersama..wasalam... da.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Lady
kiriman Feb 3 2009, 10:31 AM
Kiriman #6


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 110
Sertai: 9-December 08
Daripada: Sailor of Dream
No. Ahli: 435



QUOTE (sekun @ Feb 3 2009, 12:10 AM) *
akum...ad betul jgk lah lah ape y LADY tulis 2...tapi ape y nk d tegaskn kn kt sini biar lah 19000 org islam y kena buang keja 2 drpada lagi ramai rakyat islam y kt gaza nu kne sembelih kn??sbb ape pn KFC 2 ttp ade kne mengena ng israel jgk kn...lain laa dh ambil alih sepenuh nyer kn....cmni lah contoh nyer klu org islam 2 kaje wt panutup botol arak,penutup je xsentuh arak mau pon botol just penutup,berdosa x die.... berdosa tau,sebab ad kena mengena jgk wlpn sikit kn...melainkn die xtau penutup 2 utk ape!!!!tp mst lah kite tau kn xkn main keja je...so kne pikir2 lah same2 ye...ni hnylah pendapt utk d kongsi bersama..wasalam... da.gif



bukan aku tulis la, aku dapat artikel ni dari forum lain...
saja nak share ngan ko owg....


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
semak
kiriman Feb 19 2009, 12:45 AM
Kiriman #7


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 301
Sertai: 11-January 09
Daripada: Perigilama
No. Ahli: 562



jgn la sebab 1 jari ko dah potong semua jari kaki...betul jgn la kita boikot kfc tapi kita yang rugi....kita boikot barangan mesir ...sebab dia yang melarang bantuan masuk


--------------------
hai leh ngorat?
x leh?
nak juga nak juga
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 08:03 PM