IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Busuknya UMNO Kerana Pemimpin
WaKenaBeb
kiriman Jan 7 2009, 09:21 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 425
Sertai: 16-November 08
Daripada: NegeriHangJebat
No. Ahli: 252



Dipetik dari mimpi-senja.blogspot.com

Tak tahulah saya apa nak jadi dengan UMNO ni. Sebuah parti yang kononnya mahu membela bangsa, negara dan agama Islam. Tapi bila direnungkan semula setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah negara bersama dua rakan sekutu utamanya MCA dan MIC, apa yang dilihat keadaan negara kita semakin gawat dalam pelbagai aspek.
Di sudut ekonominya, jenayahnya, rasuahnya dan pelbagai jenis penyakit masyarakat yang melanda. Logikkah bagi sebuah negara yang telah merdeka lebih setengah abad tetapi masih lagi "meraba-raba dalam gelap" untuk mendapatkan formula terbaik agar kedudukan ekonomi negara mantap seperti Singapura, Korea dan Taiwan.

Yang asyik kita dengar ialah bail-out sana, bail-out sini. Berapa banyak wang rakyat yang digunakan untuk menyelamatkan beberapa syarikat besar. Dah berapa ratus juta ringgit wang rakyat yang dikorek dari tabung seperti KWSP, Tabung Haji dan Tabung Tentera untuk menyelamatkan syarikat besar yang berterusan rugi seperti Perwaja Steel dan MAS.
Sejarah yang paling menjelekkan apabila Mirzan Mahathir mengadu pada ayahnya (PM ketika itu) agar menolongnya untuk menyelesaikan hutang ratusan juta syarikat perkapalannya yang hampir bankrap. Lalu si ayah menyuruhnya pergi berjumpa Anwar Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Kewangan. Maka, si anak manja Mahathir ni pergi mengadap Anwar untuk meminta wang perbendaharaan (wang rakyat) bagi menyelesaikan hutangnya. Malang bagi Mirzan kerana Anwar tidak mahu menolongnya. Lalu murkalah memanda Perdana Menteri pada Anwar. Akhirnya, Anwar dipecat dan difitnah. Inilah dia pemimpin UMNO.
Wang negara dan rakyat dijadikan macam bapak dia punya. Begitulah juga dengan Mat Taib 'Mike Tyson'. Ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia kerana membawa wang tunai berjumlah RM 2.4 juta dalam bentuk Ringgit Malaysia, Dollar Singapore dan New Zealand. Terpaksa meletakkan jawatan sebagai MB Selangor setelah Mahkamah Brisbane mendapati dia bersalah kerana tidak mengisytiharkan wang tersebut. Sehingga sekarang masih jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Anuar Musa pula pernah menggelapkan wang peruntukan PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) dan menggunakan sebahagian daripadanya untuk membeli sebuah Mercedes S-Class yang berharga hampir RM 1 juta. Yang ditahan oleh BPR hanyalah kereta Mercedes saja. Bayangkanlah, wang peruntukan untuk membantu rakyat termiskin pun boleh disapunya. Tak tahulah jenis apa punya manusia yang jadi pimpinan dalam UMNO ni. Yang pelik tu masih laku lagi dalam UMNO dan ramai penyokong.
Nor Mohamed Yakcop, seorang lagi penyamun dalam UMNO. Si mamak inilah yang menggunakan wang Bank Negara untuk dilaburkan dalam pasaran matawang antarabangsa sehingga Bank Negara mengalami kerugian puluhan bilion ringgit. Hari ini dilantik lagi sebagai Menteri Kewangan 2. Eh, tak tahulah macamana cara pemikiran pimpinan UMNO. Dah macam kartun. Rasanya budak tadika PASTI lebih cerdik.
Najib lagi rakus dan hebat. Pernah ditangkap khalwat dengan Ziana Zain di sebuah hotel di Negeri Sembilan. Semua orang tahu hal ini. Pasal duit, hampir RM 1 bilion disapunya daripada komisen pembelian pesawat pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene. Sekarang Timbalan Presiden UMNO dan TPM. Si anak Tun Razak ni memang handal. Sapu duit dah satu hal. Dilaporkan memang dia dan bininya terlibat dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Bukan alang-alang, pakai C4 lagi.
Semuanya ada dalam UMNO. Bunuh, rasuah, fitnah, skandal seks dan pelbagai lagi kebusukan dan kekejian perilaku pimpinan UMNO yang pernah didedahkan dan yang terdedah. Tak ada apa yang boleh diharapkan dengan UMNO ni. Jika Bahasa Melayu dan Hak-Hak Orang Melayu pun boleh digadainya, jangan diharaplah UMNO nak bela agama Islam dan pertahankan negara. Kalau boleh, negara ni pun nak dijualnya.
Memang benar kata para ulama'. Dalam golongan syaitan tiada manusia tetapi dalam kumpulan manusia ramai iblis dan syaitan. Jangan kita biarkan golongan manusia yang bertuhankan syaitan ini terus memerintah negara. Yakinlah, jika rakyat negara ini khususnya orang Melayu masih terus memilih mereka sebagai pemerintah, tunggulah jawapan daripada Allah SWT.
Sebenarnya Allah telah menurunkan pelbagai bala' sebagai teguran kepada kita semua. Malangnya ramai yang tak sedar dan insaf.Sanggupkah kita menerima bala' seperti yang dialami oleh rakyat Aceh dan Bosnia ? Renungkanlah. Bersegeralah kita ke arah menjadi hambaNya yang sentiasa bertaubat dan kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah.
Saya sebenarnya cukup bimbang dengan apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Takut dan bimbang Allah akan menurunkan bala' yang dahsyat. Saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tolonglah tinggalkan UMNO. Jangan dipersiakan amal 'ibadah kita selama ini hanya semata-mata mempertahankan perkara yang salah. Seikhlasnya bahawa UMNO sebuah Parti Toghut. Menyokong toghut akan membawa kita ke Neraka Jahannam.Kepada para pengundi Kuala Terengganu,

Undilah PAS.
Wassalam

Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Jan 7 2009, 09:32 PM
Kiriman #2


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,219
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



lapo pitih dok? kalu lapo pitih, naik atas dacing!


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 05:41 PM