IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Sidang DUN Perak - 3/3/2009
ganazz
kiriman Mar 3 2009, 02:44 PM
Kiriman #1


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,219
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



koleksi gambo sidang...







--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Mar 3 2009, 02:47 PM
Kiriman #2


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,219
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223









**sumber- Pahang Daily Online**


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
padaiyappa©
kiriman Mar 3 2009, 03:10 PM
Kiriman #3


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



BN perak bacul ....


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
padaiyappa©
kiriman Mar 3 2009, 04:09 PM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



Sidang DUN dah selesai.
Konon2 Umno dah habis ikhtiar
lalu dikuncinya dewan yang sepatutnya
menjadi tempat persidangan DUN itu.
Tetapi kebodohan mrk terserlah
kerana tidak membaca perlembagaan.
Sidang DUN boleh diadakan di mana2
sahaja di Negeri Perak dan syarat2nya
sudah dipenuhi oleh Speaker.
Apa lagi ikhtiar Umno ada?


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WaKenaBeb
kiriman Mar 3 2009, 04:15 PM
Kiriman #5


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 425
Sertai: 16-November 08
Daripada: NegeriHangJebat
No. Ahli: 252



hal ni akan selesai jika dun dibubarkan dan pilihanraya diadakan. PR dari awal setuju tp BN keparat mmg x nak. sepatutnya kuasa rakyat yg menentukan halatuju pentadbiran negeri perak. bukan kuasa raja atau parti. BN mmg parti xde telur. cakap mmg berapi tp hampeh.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Mar 3 2009, 05:55 PM
Kiriman #6


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Mengikut pendapat ramai pakar undang2...YB Ir. Nizar masih MB yang sah
Itu mengikut perlembagaan dan MB hanya akan jatuh dengan undi x percaya
Kalo berlaku keadaan mcm ni sepatutnya Sultan menyelesaikan masalah bkn menambahkan lg kekusutan
Seelok2nya beri mandat balik pada rakyat & bubarkan DUN
Buat pilihanraya semula
Dan kalo ikut perlembagaan pun...hanya 3 DUN sahaja yang sepatutnya dibuat pilihanraya semula
Hanya Speaker yang ada kuasa utk memutuskan status ketiga2 DUN tersebut
Xder pulak dalam perlembagaan SPR ada kuasa nak tentukan
Aku harap sangat kuasa perundangan di Malaysia ni ada separation of power
Kalo xder benda ni...sampai bila2 badan kehakiman kita x dihormati sebab akan nampak x telus


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Mar 3 2009, 09:29 PM
Kiriman #7


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



susah kalau institusi istana sendiri pon tak bebas... institusi kehakiman dah lama dah kena rogol sama BN... SPR, SPRM pon sama... 2 kali 5 termasuk media arus perdana.. semua nya tadak teloq.


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Mar 4 2009, 10:42 AM
Kiriman #8


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



QUOTE
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.
Iklan




"Jika di atas pokok pun ia sah", Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam.

Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, yang juga seorang penganalisis poltik berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

"Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.

"Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan," tambah beliau.


SOURCE


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aina_sara
kiriman Mar 4 2009, 11:10 AM
Kiriman #9


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 418
Sertai: 12-July 08
No. Ahli: 5



aku pelik la sultan azlan ni, dia tu bukan tatau undang2.. background pun undang2, penah jd hakim lagi. tp wat tindakan cam org buto undang2.. x baca perlembagaan ke?

bubar je lah.. wat pilihanraya. biar rakyat perak sendiri yang tentukan. apa la yg BN takut sgt?? takut kalah la tu.. sbb mmg terang2 rakyat perak takkan sokong BN dah. Taktik kotor betul!


--------------------
www.tupperclick.com
Simply good living solutions!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Mar 4 2009, 11:18 AM
Kiriman #10


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,219
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



aper da... perak ni.... ini macam, reseki pun miss mashuk!



--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Mar 4 2009, 12:09 PM
Kiriman #11


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



BN takut sebab dah 2 kali pilihanraya kecil diadakan before this sume berpihak pada PR
Sebab tu guna cara rampasan kuasa yang x beretika mcm ni
Takdak teloq


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Mar 5 2009, 11:15 AM
Kiriman #12


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



QUOTE
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.
Iklan




Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.


SOURCE


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aina_sara
kiriman Mar 5 2009, 03:16 PM
Kiriman #13


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 418
Sertai: 12-July 08
No. Ahli: 5



kdg2 aku kesian gak pada pak2 polisi kita ni. bukan pe.. depa ni sema dpt arahan dr org atas. sbb motto org gomen kalu sign surat gini "Aku Yang Menurut Perintah". Haa.. diorang ni cuma ikut arahan saja. yang x berguna tu yg kepala dok atas skali tu.. yg dok goyang punggung je, bukan buat kije pun. kije dia bg arahan saja. Yg kena maki hamun ni org2 bawah yg sekadar mengikut arahan.. kata depa ni anjing UMNO lah, kuda tunggangan lah.. cuba kalu kita dok di tempat polis2 tu, ada berani ka mau bantah ckp ketua? silap haribulan kena pecat la plak.. kena pindah dok hulu plak.. dpt warning letter plak sbb x ikut arahan... anak bini mau kasi makan apa..?? ontah lahhh... ni sekadar pandangan 1 sen ku saje...

seandainya PR memerintah plak lps ni (mudah2an jadi kenyataan) pak2 polisi ni sudah tentunya akan ikut arahan PR plak.. maklumlah.. "Aku Yang Menurut Perintah"!


--------------------
www.tupperclick.com
Simply good living solutions!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Mar 5 2009, 06:55 PM
Kiriman #14


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Betul cakap aina
Memang polis ni mengikut arahan sahaja
Sebab tu la kalau boleh kena ada separation of power
X boleh ada campurtangan politik
Polis kena neutral...mahkamah kena neutral....SPRM kena neutral
Semua2 badan2 ni sepatutnya diletakkan direct di bawah DYMM Agong
Tak perlu melalui birokrasi kerajaan....kalo x memang sampai bila2 pun orang x kan respect


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Mar 5 2009, 08:04 PM
Kiriman #15


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,219
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



polis chap ayam nampak!...... kitab undang2 depa makin muktabor.......

Polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V Sivakumar, berhubung persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram, lapor Sin Chew Daily.

Dalam sidang tergempar itu yang diadakan di tempat letak kenderaan tidak jauh dari bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), mereka meluluskan tiga usul, termasuk membubarkan dewan.

Mereka berbuat demikian apabila gagal memasuki bangunan rasmi DUN setelah dihalang oleh polis.

Adun DAP Pasir Pinji, Thomas Su Keong Siong semalam dipanggil ke balai polis Ipoh selama dua jam untuk siasatan berhubung perhimpunan tersebut.

Beliau, yang juga exco kerajaan Perak bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, hadir bersama lima peguam.

Polis juga mencari enam orang yang terlibat dalam satu perhimpunan di pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, Selasa lalu, sewaktu 28 orang wakil rakyat itu cuba memasuki DUN.

Enam orang ini dipercayai kehendaki berhubung dakwaan maki-hamun polis sewaktu pihak berwajib itu cuba menyuraikan perhimpunan tersebut.

Polis setakat ini membuka 31 kes siasatan sejak krisis politik di negeri itu awal bulan lalu, melibatkan 12 kes perhimpunan haram, dua (Akta Hasutan), tiga (Akta Penerbitan dan Mesin Cetak) dan 14 (Kanun Keseksaan).

Semua siasatan kes ini sekarang di peringkat akhir dan akan diserahkan kepada pendakwaraya dalam waktu terdekat, kata Zulkifli.


##kalo ada kematian, nak gi melawat, berhimpun, kena gi balai dulu ambik permit....


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman Mar 5 2009, 08:10 PM
Kiriman #16


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Aku x nampak ada kes yang boleh didakwa
Kelakau betul la polis ni


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 03:01 PM