IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Wakil rakyat BN Sarawak diminta tunai segala janji, UtusanOnline
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 18 2009, 12:33 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



18/06/2009 12:15pm

KUCHING 18 Jun — Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sarawak telah diingatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memenuhi segala janji kepada rakyat sejajar dengan konsep "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diilhamkan oleh beliau.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan berkata, dalam pertemuan satu jam dengan pemimpin-pemimpin dan wakil rakyat BN Sarawak di sini hari ini, Perdana Menteri juga memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat di negeri ini.

“Pesanan utama beliau ialah agar kita turun padang menemui rakyat kerana kerajaan BN adalah sebuah kerajaan untuk rakyat,” kata Chan kepada pemberita selepas pertemuan itu yang turut dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk William Mawan dan Presiden Parti Rakyat Sarawak, Datuk Seri Dr. James Masing. - Bernama
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 04:19 PM