IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Penyokong merusuh bukan kerana kalah., Bola Sepak: Kelantan 0, NS 1.
eskep
kiriman Apr 9 2009, 12:02 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



'Penyokong merusuh bukan kerana kalah'

QUOTE
KUALA LUMPUR 8 April - ''Penyokong merusuh bukan kerana Kelantan kalah tetapi kerana tidak berpuas hati terhadap insiden tertentu di luar stadium."

Itu penjelasan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengenai kejadian penyokong penyokong pasukan tuan rumah merusuh selepas perlawanan separuh akhir Piala FA di antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, kelmarin.

Pada masa yang sama, Annuar turut mengumumkan KAFA menggantung serta-merta penjaga gol Mohd. Halim Napi kerana menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abd. Razak.

Menurut Annuar, rusuhan penyokong yang melibatkan perbuatan membakar kereta dan memecahkan cermin kenderaan tiada kaitan dengan keputusan perlawanan.

''Penyokong kecewa dengan kekalahan ini tetapi segala-galanya terkawal di dalam stadium. Malahan, perlawanan kelmarin adalah yang paling aman, pengadil bertugas dengan baik, kawalan keselamatan juga begitu baik.

''Ketika lebih 20,000 penonton keluar stadium, tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah tercetus insiden tertentu di luar stadium yang menyebabkan penyokong tidak berpuas hati lalu merusuh.

''Apa yang saya perhatikan penyokong dapat menerima kekalahan 0-1 kepada Negeri Sembilan. Kita bukan tidak pernah kalah sebelum ini tetapi tidak berlaku kekecohan seperti ini.

Annuar juga kesal dengan kejadian itu setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mencegahnya.

''Kita sudah melakukan yang terbaik terutama dari aspek kawalan keselamatan tetapi ia tetap berlaku,'' katanya.

Annuar juga menafikan dia terperangkap di dalam stadium akibat kekecohan tersebut sebaliknya menjelaskan dia berada di stadium untuk membantu mententeramkan keadaan.

''Takkan saya meninggalkan stadium sedangkan keadaan ketika itu berlaku kekecohan,'' katanya.



Sumber: Utusan Malaysia Online


Memang tak sangka dapat lihak aksi2 camni kat TV smalam.
Biasanya tengok orang2 luar negara jer yang berkelakuan camni.
Habis reta benda rosak, apa nak jadi diorang ni...
Berperangai macam **tuuu**. mad.gif


Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 07:38 AM