IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Doktor Temui Pokok Di Dalam Paru-Paru
B@zSh™
kiriman May 4 2009, 10:50 AM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Doktor Temui Pokok Di Dalam Paru-Paru





QUOTE
IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.
Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.
"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.
Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya..
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.


Betapa hebat kekuasaan Allah


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman May 8 2009, 09:09 PM
Kiriman #2


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



cam mane leh tumbuh nya...ape kesan2 pada org tu mase pokok ni tumbuh dlm perut..rase2 senak ke
Go to the top of the page
 
+Quote Post
B@zSh™
kiriman May 9 2009, 01:13 PM
Kiriman #3


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,830
Sertai: 19-September 08
Daripada: New Castle
No. Ahli: 54



Yang ni bukan dalam perut Muhammad Afiq
Ni dalam paru2
Kalo dalam statement tu dia cakap batuk berdarah & rasa sakit yang teramat sangat di dada


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 03:51 PM