IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Kisah Benar Bertemu Jin Nenek Kebayan di Gunung Ledang
Aliahzakaria
kiriman Apr 24 2011, 10:38 PM
Kiriman #1


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 8
Sertai: 1-December 10
Daripada: Kuantan
No. Ahli: 2,172



Ceritanya panjang sikit kalau sudi boleh baca ye......

Banyak telah cerita yang kita dengar tentang mitos Puteri gunung ledang dan penjaga peribadinya si nenek kebayan yang jalanya bongkok udang serta bertongkat.Kalau nak dihitung sejak dari kecil lagi entah berapa kali telah diceritakan oleh pakcik/makcik sebelah ibu yang secara kebetulanya berasal dari negeri Melaka bersempadankan johor.Itu tak termasuk membaca buku di perpustakaan sewaktu di sekolah rendah lagi.Tak sangka pula bila dah dewasa ini berpeluang menyaksikans sendiri salah satu watak utama cerita tersebut iaitu nenek kebayan yang berdagu panjang dan berhidung bengkok……
Kisah ini berlaku lebih kurang 15 tahun dahulu,sewaktu itu kami tinggal di bdr baru bangi yang secara kebetulan waktu itu didiami oleh majoriti pasangan keluarga dari IPTA yang berada tidak jauh seperti UKM.UPM ,UNITEN dsb.

Pada setiap hari khamis,seorang ustaz kawan kepada asben akan datang kerumah biasanya selepas waktu Insyak untuk mengajar tajwid alquran kepada asben saya.Pada suatu malam,secara kebetulan jiran sebelah rumah en aziz namanya,seorang bekas pensyarah UKM datang kerumah untuk bersembang.Cerita punya cerita tiba2 timbul kisah batu,salah satu topik favorite bagi Ustaz dan juga asben yang juga meminati batu delima.En aziz mendakwa ia ada kepakaran bagi mendapatkan apa sahaja jenis batu dan sebagai contoh en aziz pulang kerumah mengambil seketul batu sebesar ibu jari dan menurut katanya batu tersebut didapati dari pokok serai wangi yang berbunga tetapi perlu ada cara2 tertentu bagi mendapatkanya….pada waktu itu rasa pelik pulak bunyinya..ada ke batu yang datang dari pokok serai??

Olehkerana minat ustaz dan asben kyusuk mendengar cerita bab batu ni,satu ketika asben bertanyakan pada en aziz tentang batu delima dan boleh ke en aziz membantu mendapatkanya sebab asben dah lama teringinkan membuat cincin dari batu tersebut.”Kalau batu delima ni mahal harganya tetapi boleh diusahakan”.kata en aziz dengan nada serius.En aziz meyakinkan asben dan juga ustaz kalau betul2 nak batu delima sila berjumpa beliau di tingkat kedua gunung ledang pada malam jumaat nanti.Persetujuan telah dibuat saya akan mengikut asben dan ustaz pada malam jumaat nanti.

Tepat pukul 8 malam kami bertolak dari Bdr Baru bangi sampai tol tangkak lebih kutang jam 9.30mlm.Tiba di sagil,kami tidak berlengah lagi mula memanjat anak tangga sehingga tingkat kedua.Disana en aziz telah sedia menunggu dengan beberapa orang lelaki yang berjubah dan berserban.Dalam hati rasa terkejut jugak,sejak bila pula en aziz ni dah jadi lebai..tak pernah lak nampak dia berpakaian begitu sejak tinggal di bangi.Kumpulan ni saling tak tumpah macam kumpulan kultus ala alqaeda bila diperhatikan betul2.

Suasana malam peringkat kedua nyaman sekali dengan deruan aiterjun yang mengashikan di bawah cahaya lampu2 pelita yang dibawa.Kami melakukan solat berjemaah di imamkan ustaz Azhan dalam keadaan cahaya yang malap tetapi nyaman kerana tiada langsung nyamuk atau gangguan binatang kecil lain…misteri jugak kemana perginya binatang2 ini…. Selepas solat dan berwirid,kami diberitahu upacara mendapatkan batu delima akan dijalankan tepat 12mlm nanti,sementara menunggu kami juga dibekalkan nasi bungkus dan air mineral oleh salah seoarang dari kupulan tersebut.Ketika itu jam ditangan menunjukkan pukul 11.30mlm…hmmmmm…setengah jam aje lagi makan lah dulu.

Tepat jam 12 mlm,kami dipanggil ketempat yang lebih sunyi dan agak jauh juga dari tempat perkemahan tadi.Kawsaan ini hanya diterangi oleh cahaya bulan yang kebetulan agak bercahaya,pendek kata boleh juga lah nak lihat wajah seseoramg.Disitu duduknya seorang lelaki yang berjubah putih dan berserban menjemput kami bertiga duduk untuk memulakan upacara mendapatkan batu delima yang dijanjikan.Suaranya macam biasa dengar,ooohhh en aziz rupanya.Ketika itu saya mencuit asben untuk mengatakan hajat kami,asben pula mencuit ustaz untuk memulakan bicara.Ustaz menyampaikan hajat kedatangan kami dan dibalas dengan nada yang jelas sekali ooooohh nak batu delima ye..hmmmm nanti saya panggil nenek dulu ya.Laaaaa…nenek mana pula ni?…hati saya mula berdebar,asben seperti biasa cool aje,ustaz pula nampak ok juga lah…mungkin puas berwirid tadi kot.

En aziz mula membaca mentera dan ayat yang kedengaran macam bahasa arab,menurut ustaz itu bahasa parsi lama…laaa sejak bila pula jiran kita ni berbahasa parsi lama.Selang beberapa minit kemudian kami terasa seakan2 ada sesuatu kelainan..saya dah mula rasa takut,saya pegang tangan asben kuat2.Asben masih macam tu juga selamba je,ustaz pun steady lah juga.Angin mula bertiup kencang dan dalam tak disedari ,kami bertiga berada di sebuah pondok kecil dan en aziz telah bertukar rupa menyerupai seorang nenek kebayan dalam sekelip mata,serban yang tadi terikat dikepala dah bertukar menjadi selendang pula,mukanya putih,krepot seribu,hidungnya bengkok dan dagunya panjang.Biar betul!! Siapa sebenarnya en aziz ni ye,boleh bertukar2 rupa pulak…ini illusi ke tau benar2 berlaku,detik hati saya.Ingat david copperfield je yang boleh buat illusi ni.Kami bertiga duduk bersila menghadap nenek kebayan,Melihatkankan asben dan ustaz tak berganjak,saya pun turut memberanikan diri juga.Kalau lah depa berdua cabut lari …tak ke haru jadinya

En aziz@nenek kebayan dengan suara terketar2 memperkenal kan diri sebagai nenek kebayan puteri gunung ledang dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kami.Kami menyambut salam nenek kebayan dengan perasaan curiga.Siapa kah gerangan nenek ini sebenarnya ye?entah2 jin kot?
Apa hajat cucu datang ke teratak nenek ni cu,Tanya nenek kebayan dengan suara yang persis macam lakonan di TV yang pernah saya tengok dulu.Apalagi cuit mencuit lah jawabnya,akhirnya ustaz juga yang kena Tanya.Kami datang untuk dapatkan batu delima nek,Tanya ustaz dan kami pun mengiyakanya.Oooooh..batu delima ye..boleh2 tetapi kena tunggu sebentar nenek akan membaca mantera dan selepas itu cucu ikut giliran untuk ambil batu delima didalam tasbih yang akan nenek letak ditelapak tangan.Saiz batu mengikut nasib masing2 ye.ya terima kasih nek,kami bertiga menyahut.Nenek pun kumat kamit mulutnya mula membaca ayat2 yang kami tak faham langsung…nak kata bahasa jepun pun tak bahasa urdu agaknya.Selang membaca mantera selama beberapa minit,nenek mula bersuraa..nah ambil lah ditdalam gulungan tasbih ditelapak tangan nenek ini..mula dengan ustaz dulu kemudian asben dan akhir sekali saya.Wah!!bayangkan betapa gembiranya bila mendapatkan sesuatu yang tidak diduga….macam dapat durian runtuh pulak rasanya.Tanpa melihat betul2 saiz atau warna ketulan batu yang kami terima ,kami pun menyimpanya dalam saku lalu bersimbang sebentar dengan nenek bertanyakan kisah kehidupan puteri.Kebetulan ustaz yang dulunya menuntut di Jordan boleh berbahasa arab/parsi.Katanya puteri ini berasal dari parsi..entah betul ke tidak…itu sebab nenek fasih berbahasa parsi..rupanya nenek ini memeng fasih berbahasa tersebut…hairan..hairan sungguh hairan,.sementara ustaz dan nenek becakap dalam bahasa alien pada saya dan asben.saya mengambil kesempatan untuk melihat dari dekat wajah nenek …hmmm..betul2 bengkok lah hidungnya,dagunya pun betul2 panjang,sah ini bukan make up atau illusi.Tapi apa eh?

Hampir pukul 1 pagi,kami pun bergegas turun anak tangga gunung ledang dan memulakan perjalanan pulang dari sagil ke Bandar baru bangi..Banyak persoalan yang bermain difikiran sepanjang perjalanan pulang..siapa sebenarnya en aziz,nenek kebayan dan ahli2 kultus yang kami temui tadi.Menurut ustaz,kita sebenarnya tadi bersemuka dan berdailog dengan jin yang mendampingi en azizi sejak sekian lama.Jin itu lah yang menyerupai nenek perantaraan en aziz untuk meyakinkan kita tentang ujudnya cerita mitos puteri gunung ledang ini.MasyaAllah,apa benar ke aku berdailog dengan jin?ajaib memang sesuatu yang tak pernah aku lakukan sehingga usia sebegini.Kami tiba kerumah hampir 3.30 pagi.letih tetapi puas dengan pengalaman yang tak pernah dirasai sebelum ini.

Keesokanya,kebetulan asben ada seorang kawan berbangsa cina pengurus kedai emas poh kong di Warta bdr baru bangi.Kami membawa batu tersebut kesana untuk mengetahui ketulinan batu delima yang kami terima.Selepas membelek batu tersebut,william nama pengurus tu bertanyakan,” mana you dapat ini batu”?adalah jangan banyak tanya. kata asben.ini kalau you mau tahu BUKAN BATU DELIMA ASLI..ini batu sintetik RM20 boleh beli,kalau delima asli harganya paling kurangpun Rm5ribu.Kami berdua ketawa berdekah2….william kehairanan i…JIN TIPU KITA RUPA NYA!!!.

Apapun kami tidak pernah menyesal kerana pengalaman itu boleh kami bawa sehingga ke akhir hayat dan mungkin juga boleh diceritakan kepada anak cucu kami.Nasibi batu delima pemberian Jin telah selamat masuk ke longkang besar.Takut kalau2 ada kada
m…..hihihi…serammmmm
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eza
kiriman Oct 28 2012, 11:06 AM
Kiriman #2


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 4
Sertai: 27-October 12
No. Ahli: 2,419



cerita yang menarik.. rolleyes.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Mar 3 2013, 01:49 PM
Kiriman #3


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



saya suka cerita seram


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eza
kiriman Mar 30 2013, 04:05 PM
Kiriman #4


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 4
Sertai: 27-October 12
No. Ahli: 2,419



cerita yang menarik smile.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 19th March 2024 - 05:54 PM