IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

Profil
Foto Personal
Bintang
 
Pilihan
Pilihan
Pernyataan Personal
Adakah anda mempunyai kemusykilan atau pertanyaan tentang masalah kewangan yang anda hadapi? Masalah hutang? Atau hanya ingin tahu cara dan kaedah paling berkesan merancang serta mengurus kewangan anda? Mahu tahu teknik bagaimana untuk menyimpan 100% dari pendapatan anda? Layarilah:
Maklumat Personal
Razif
Bukan Eksekutif
34 tahun
Lelaki
Penang
Lahir Ogo-12-1983
Minat
Forumz...
Statistik
Sertai: 8-September 08
Profil Dilihat: 3,365*
Kemunculan Terakhir: 10th May 2009 - 02:21 AM
Masa: Feb 26 2018, 10:58 AM
42 kiriman (0 per hari)
Maklumat Perhubungan
AIM Tiada Info
Yahoo ajib1205
ICQ Tiada Info
MSN Tiada Info
Contact Sulit
* Paparan profil terkemaskini setiap jam

Razif

Member Rasmi

*


Topik
Kiriman
Komen
Kawan
setakat ini..
12 Sep 2008
Salam,

Ingin berkongsi, kes rasukan sekarang terus menjadi-jadi,
lebih-lebih lagi di sekolah-sekolah. Erm... Sedikit ilmu untuk panduan...

Ata' bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya,
"Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"

Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"

Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."

Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu,

"Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar
aku akan mendoakan engkau supayaaaaaaaaaaaaaaa engkau pulih segar."

Jawab perempuan itu,
"Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.


===

Kesabaran amat penting dalam hal ini...

Erm.. aku dengar selalu yang jadi camni bila sesuatu tempat itu merupakan pertemuan dua dimensi..
Contoh: laut dan sungai, musim sejuk dan musim panas, utara dan barat...
12 Sep 2008
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

SELAMAT BERPUASA WARGA CAKAP.NET tongue.gif
12 Sep 2008
PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.


Pemegang saham terdiri daripada:

Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:

Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tanjung Malim, Perak

Sejarah Proton
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahu 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM)bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Garis masa
7 Mei 1983: Penubuhan PROTON.
23 Mei 1983: Upacara menandatangani:
Perjanjian usahasama;
Perjanjian bantuan teknikal;
Perjanjian pinjaman;
Kontrak untuk bekalan dan pembinaan loji pembuatan kereta;
Kontrak untuk bekalan bungkusan KD dan alatganti.
25 Jun 1984: Menandatangai perjanjian kakitangan.
27 Jun 1984: Pengumumam nama model bagi kereta nasional (Proton Saga).
1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula.
29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat pengesahan dan persetujuan.
1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam.
26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai.
1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga.
9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON).
15 Januari 1986: Pengeluaran 10,000 unit Proton Saga.
25 Julai 2005: Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff ditamatkan kontrak sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
29 November 2005: Proton Holdings Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sebagai Pengarah Urusan baru syarikat kereta nasional itu, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Anda pengguna proton??? rolleyes.gif
12 Sep 2008
Ingatkah Misteri Tahun 1996: (Pendedahan Metro)!!!

Kali ni aku bukan nak share cerita mengenai pengalaman aku macam yg sudah, tapi lebih kepada misteri yang sentiasa berlegar2 kat kpala otak aku dr dulu sampailah sekarang ni, ianya mengenai peristiwa yg pernah mengegarkan Malaysia sekitar pertengahan 90-an dulu.. aku dah try cari info mengenai cerita ni, tp aku hampa sebab x jumpa walaupun dah selak semua page dan search kat forum ni..

Ianya adalah mengenai pendedahan surat khabar metro pada sekitar tahun 1996, seorang ibu membuat pendedahan mengenai anaknya iaitu seorang wanita yg berasal dari pantai timur yg kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..

Wanita tersebut kononnya berumur dalam lingkungan 20-an, dan kononnya juga adalah seorang penuntut ipta di sekitar lembah klang.. juga kononnya berasal dari negeri pantai timur.. info mengenai yg lain aku dah lupa, tp yg aku masih ingat (maaf kalau tersilap) yg mak si wanita tersebut ada membuat pengakuan di metro yang kononnya anaknya telah melanggar pantang bersusuk.. akibatnya mukanya menjadi hodoh dan mengerikan, dan wanita tersebut kononnya lagi sedang mencari ikhtiar untuk memulihkan mukanya yang hodoh tu..

Bagaimanakah caranya?, kononnya caranya hanyalah dengan meminum darah 20 orang anak gadis yang masih dara barulah mukanya kembali kepada asal.. dan lebih mengemparkan pada masa tu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah.. selain tu gak, si wanita ni kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yg hodoh tu.. cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu..

Maka hebohlah kat sekolah2 waktu tu, hinggakan menjadikan pelajar perempuan yg duk di asrama kecut perut jadinya, aku rasa semua sekolah berasrama terkesan dengan cerita ni walaupun kebenarannya x pasti.. yg lebih membingungkan, kononnya si wanita tersebut telah melarikan diri ke Sabah dan Sarawak untuk mencari mangsanya apabila kisahnya telah diketahui umum, dan ianya juga telah dilaporkan oleh akhbar2 keluaran di negeri2 ini yg menambahkan lagi ketegangan dan kerisauan ibu bapa yg mempunyai anak2 gadis belasan tahun walaupun ianya hanyalah sekadar khabar angin sahaje.. di tambah lagi dengan cerita mulut ke mulut yang menakutkan oleh orang ramai, menambahkan lagi rencah dan misterinya cerita ni..

Aku x tau apa penyudah cerita ni sebenarnya, tiba2 kisah ni terus lenyap dan terhenti macam tu aje selepas keluar kenyataan dari seseorang dr pihak kerajaan rasanya (x ingat dan x pasti).. tapi aku ada dengar jugak yg kononnya cerita ini hanyalah sebuah cerita spekulasi yg saja direka oleh pihak2 tertentu dan kemudian diprovok oleh akhbar metro untuk mencari keuntungan.. tujuan mereka buat macam tu adalah untuk menakut2kan para remaja terutamanya anak2 gadis pada masa tu, pada masa ni isu bohsia dan bohjan menjadi2 dan sangat teruk hinggakan x dapat di kawal lagi.. kononnya..

So sapa2 ada pengalaman or cerita mengenai kisah ni bolehlah sharekan.. kalau dah ada thread pasal ni, boleh mergekan je ye.. aku terpaksa mengatakan kononnya kerana aku sendiri x pasti dengan cerita ini dan aku teragak2 untuk publish thread ni sebenarnya, sebab tu la aku banyak gunakan perkataan kononnya supaya x mengundang kemarahan forumer lain yg menganggap cerita ni murahan dan mengarut.. adakah cerita ni betul ataupun palsu, aku berbelah bagi..!


share la sini..... nak tau gak... unsure.gif
12 Sep 2008
Dari sebua blog, mungkin ada betulnya juga kata-katanya....
Kaji bersama!!! tongue.gif


1. Lin Dan no 1 world player - lee choong wei no 2.

2. Lin Dan main dekat kampung dia… kampung lee chong wei kat penang.

3. sorakkan untuk lin dan lagi kuat kat stadium dari sorakan untuk chong wei. tapi most malaysian memang dok depan tv sokong chong wei.

4. kalau tgk baju lin dan die pakai sleeveless shirt - chong wei asik betulkan sleeve die jek. cam mane nk focus.

5. sometimes kaler boleh membuatkan kita bertenaga tgk baju lin dan kaler gold and red - lee chong wei kaler itam cam gi funeral.

6. kalau tgk badan lee chong wei kurus jek… tak macam atlit.. - lin dan tgk lengan pon tau die work out.

7. kat tengkuk lee chong wei penuh ngan rantai… jari ade cincin… lin dan ade satu rantai jek… byk sgt maybe macam azimat kut tapi kalau dah byk macam mengganggu jek.

8. kalau tgk muke lee chong wei, macam tak hepi jek… die patut more relaks sebab dah comfirm dpt satu medal.

9. maybe die asik teringat dpt RM300k, die nk buat ape ngan duit tuh… blom dpt RM1 juta lagi.

10.ala dapat silver medal pon boleh dpt pangkat datuk.. buat pe susah susahkan


Camne??? Betul ke???
Pelawat terakhir


18 Apr 2009 - 14:19


4 Dec 2008 - 0:21


23 Nov 2008 - 1:03


11 Nov 2008 - 8:58


13 Oct 2008 - 15:43

Komen
Ahli lain tidak buat sebarang komen untuk Razif.

Kawan
Tiada kawan untuk dipaparkan.
Versi Ringkas Masa sekarang: 26th February 2018 - 10:58 AM