IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Peniaga tuntut ganti rugi, Bharian
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 4 2009, 08:40 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Nor Azma Laila
bhnews@bharian.com.my

Penganjur demonstrasi perlu bayar RM500,000

KUALA LUMPUR: Peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini yang mengalami kerugian besar berikutan perhimpunan haram pada Sabtu lalu akan menuntut ganti rugi daripada penganjurnya.

Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman yang mendakwa kerugian kira-kira RM500,000 bercadang mengemukakan tuntutan itu daripada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang menganjurkan perhimpunan itu.

Pengerusinya, Kamarudin Ibrahim, berkata pendapatan kira-kira 200 ahli terjejas teruk kerana kebiasaannya kawasan berkenaan dikunjungi ramai pelanggan pada hujung minggu.

"Perniagaan mereka biasanya meningkat pada hujung minggu, terutama menjelang musim perayaan tidak lama lagi. Kita akan membuat tuntutan tetapi tidaklah yang keterlaluan," katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, persatuan akan berjumpa dengan ahli yang terbabit sebelum menemui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah bagi meminta bantuan Biro Pengaduan Awam (BPA) untuk menyaman GMI.

Murugiah berkata peniaga dan orang ramai yang mengalami kerugian boleh menuntut ganti rugi daripada penganjur perhimpunan itu.

"Mereka yang terbabit boleh membuat aduan kepada pejabat BPA terlebih dulu di Jalan Sentul di ibu negara. Kita akan mencari cara supaya kerugian peniaga dapat dituntut daripada organisasi yang menganjurkan perhimpunan itu.

"Kita akan mengambil tindakan terhadap penganjur tidak bertanggungjawab yang mengabaikan kesejahteraan dan pendapatan rakyat," katanya kepada Bernama.

Perniagaan lain yang terjejas ialah dua pasar raya borong Mydin di Jalan Masjid India.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin mendakwa kerugian kira-kira RM300,000 akibat pengurangan 50 peratus jualan yang sepatutnya diperoleh dua pasar raya itu.

Beliau juga mendakwa menanggung kerugian pada Jumaat dan Ahad, iaitu sehari sebelum dan selepas perhimpunan kerana nilai jualan merosot 20 hingga 30 peratus.

Jurucakap pusat belah belah Kompleks Pernas Sogo pula berkata pengurusan syarikat akan mengadakan mesyuarat esok bagi menilai anggaran kerugian dan sebarang tindakan lanjut akan diambil selepas mesyuarat.

Kelmarin, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata perhimpunan itu menyebabkan peniaga kecil dan pusat beli-belah serta sektor pengangkutan awam dan pelancongan mengalami kerugian sehingga RM200 juta.

Sementara itu, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Pembela Negara (Magaran) mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi membantu peniaga dan orang awam menyaman serta menuntut ganti rugi daripada GMI.

Penasihat Undang-Undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, berkata peniaga serta orang awam yang terjejas dan mengalami kerugian, sama ada dalam bentuk kerosakan harta benda atau kecederaan fizikal boleh menyalurkan maklumat kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengumpulkan semua maklumat yang boleh disalurkan melalui emel ke alamat demorugi@gmail.com atau hubungi telefon 012-9770412.

"Kita mahu mengumpulkan semua data kerugian dan akan melantik peguam. Kita akan menyaman penganjur di mahkamah, menuntut ganti rugi setiap sen yang peniaga serta orang awam rugi pada hari itu. Kita akan saman GMI di mahkamah," katanya.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Aug 4 2009, 08:56 AM
Kiriman #2


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,225
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



boikot trus peniaga jenis ni. Penyembah AMNOW


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Aug 4 2009, 09:41 PM
Kiriman #3


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



bukan ker makin ramai org mai.. makin besar prospek perniagaan nyer.. hehe

biasalah tu depa ni dicucuk oleh pihak2 yg ambik kesempatan.


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Aug 5 2009, 01:13 AM
Kiriman #4


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



tgh ramai2 org tu la jualan boleh laku...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
semak
kiriman Aug 5 2009, 03:34 PM
Kiriman #5


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 301
Sertai: 11-January 09
Daripada: Perigilama
No. Ahli: 562



bagi aku keje bodo je demontrasi ni....sebab kita akan memburuk negara,silap kita juga masjid tak datang tapi demontrasi bukan main.kalau sapa ada baca buku-buku majalah agama ,masjid kat malaysia ni dah tahap parah..sembahyang fardu sikit je ada kala tak sampai 5 orang.sedangkan kita asik fikir benda yang lain.

tapi penah tak kita wat demontrasi bila harga barang naik? minyak naik?kalau ditanya nenek kampung apa tu isa?dijawab oleh nenek tu: entaklah cu nenek tahu gula je dah takda sekarang,hidup pun dah susah tak macam zaman nenek dulu.

tapi aku bangga bila orang melayu sanggup mati sebab kesah natrah tu


--------------------
hai leh ngorat?
x leh?
nak juga nak juga
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WaKenaBeb
kiriman Aug 5 2009, 05:18 PM
Kiriman #6


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 425
Sertai: 16-November 08
Daripada: NegeriHangJebat
No. Ahli: 252



jgn tny nenek tp tny pd org muda. sbb nenek tahu isa tu utk komunis tp org muda tahu isa tu utk kepentigan bn umno. laugh.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 25th April 2024 - 08:37 AM