Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Lawak & Jenaka _ Saya Jual Dadah..

Posted by: titaniumhijau Sep 12 2008, 09:54 AM

Aku teringat kisah lucu masa aku kecil dulu. Bapa aku dan aku selalu buat lawak. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lawak baru yang aku dan bapa aku gelakkan. Jika ada orang bertanya pada aku apakah perkerjaan bapa aku. Aku akan jawab, “bapak saya adalah Mekanik Sukan. Dia boleh membetulkan gelanggang boxing dan gelanggang kuda.

Dan nak dijadikan cerita, pada satu hari. Cikgu sekolah rendah aku bertanya padaku. APakah pekerjaan bapak aku? Jadi aku pun bagitaulah ” “bapak saya adalah Mekanik Sukan. Dia boleh membetulkan gelanggang boxing dan gelanggang kuda.

Cikgu aku terkejut dan tidak puas hati. Mungkin kerana tidak percaya. Dia telah muncul dirumahku pada hari sabtu. Semua ahli keluarga terkejut dan pelik. Rupa-rupanya, cikgu aku mahu siasat betulkah pekerjaan bapaku itu seperti yang aku katakan.

Jadi, terpaksalah bapa aku menerangkan bahawa itu sebenarnya adalah lawak keluarga. Haha..

Selepas itu, cikgu sekolah rendah aku pun tanyalah pada bapa aku. “Sebenarnya, encik ni kerja apa?”

Bapa aku sebenarnya adalah jurujual disebuah kompani farmasi. Jadi dia pun cakaplah..

“Saya jual dadah..”

Dub!!

Setengah jam kemudian, cikgu aku terjaga dan mendapati dirinya di hospital. Rupanya-rupanya cikgu aku ni pengsan dengan lawak bapa aku tu..

Posted by: ijamidayu Sep 12 2008, 10:02 AM

hahahha.. Baca kat blog ko.. memang boleh jadi gila cikgu tue.. smile.gif

Posted by: abdfatah Sep 20 2008, 01:54 PM

hahaaa.... nak melawak nih kena hati-hati. silap haribulan terhenti jantung orang lain. kira bukannya jadi lawak lagi dah. kalo lawak tahap pengsan takper... kalo lawak tahap terbujur kaku nasib badan ler... kita saje2 je nak buat lawak dan bergurau senda, namun orang yang mendengar tersebut tetiba mengambil seriuos akan perkara lawak yang telah kita buat... kes naya kalo jadi camgitu... kan tak pasal2 ada yang telefon polis suruh datang tengok ada atau tidak dadah sebagaimana yang didakwa... lawak bertukau serius laa pulak...

Posted by: wanmus Sep 20 2008, 03:22 PM

bengong..bapak ape cmtu..ajar kalau anak wat yang baik xperlah..nih wat lawak bodoh..lawak bodoh ni sendiri2 pun boleh blaja..xyah ajar pun dia reti nak wat sendiri. sekarang aku tengok ramai ibu bapa lebih suka ajar yang buruk kepada anak2 berbanding ajar yang baik..sebab yang buruk ni x yah ajar xper diorang akan reti sendiri..

Posted by: CekDet Sep 28 2008, 11:11 PM

nasib baik pengsan jek...lawak ayah ko dah sampai tahap boleh memudaratkan dah..heheh


QUOTE (titaniumhijau @ Sep 12 2008, 09:54 AM) *
Aku teringat kisah lucu masa aku kecil dulu. Bapa aku dan aku selalu buat lawak. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lawak baru yang aku dan bapa aku gelakkan. Jika ada orang bertanya pada aku apakah perkerjaan bapa aku. Aku akan jawab, “bapak saya adalah Mekanik Sukan. Dia boleh membetulkan gelanggang boxing dan gelanggang kuda.

Dan nak dijadikan cerita, pada satu hari. Cikgu sekolah rendah aku bertanya padaku. APakah pekerjaan bapak aku? Jadi aku pun bagitaulah ” “bapak saya adalah Mekanik Sukan. Dia boleh membetulkan gelanggang boxing dan gelanggang kuda.

Cikgu aku terkejut dan tidak puas hati. Mungkin kerana tidak percaya. Dia telah muncul dirumahku pada hari sabtu. Semua ahli keluarga terkejut dan pelik. Rupa-rupanya, cikgu aku mahu siasat betulkah pekerjaan bapaku itu seperti yang aku katakan.

Jadi, terpaksalah bapa aku menerangkan bahawa itu sebenarnya adalah lawak keluarga. Haha..

Selepas itu, cikgu sekolah rendah aku pun tanyalah pada bapa aku. “Sebenarnya, encik ni kerja apa?”

Bapa aku sebenarnya adalah jurujual disebuah kompani farmasi. Jadi dia pun cakaplah..

“Saya jual dadah..”

Dub!!

Setengah jam kemudian, cikgu aku terjaga dan mendapati dirinya di hospital. Rupanya-rupanya cikgu aku ni pengsan dengan lawak bapa aku tu..


Posted by: masyuk21 Oct 9 2008, 03:15 PM

lawak tu memang la lawak. nak taip ni pun aku tekekeke gelak lagik.. harap ini lawak je la. cuma bab dadah ni yang tak best.. macam seronok lak wat main2 keje antar dadah.

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)