Kakitangan TM bekerja dari rumah, langkah mengurangkan kos operasi |
Kakitangan TM bekerja dari rumah, langkah mengurangkan kos operasi |
Apr 3 2009, 07:39 PM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
Bestnya bekerja dari rumah ni, bebas trafik jammed, tol, petrol, masa.. jauh drp bos.. etc..
QUOTE KUALA LUMPUR 27 Mac - Telekom Malaysia Bhd. merancang untuk melaksanakan sistem bekerja dari rumah untuk sebilangan kakitangannya sebagai salah satu langkah mengurangkan kos operasi.
Selain mengurangkan kos, sistem bekerja dari rumah juga didapati lebih menjimatkan masa, meningkatkan keberkesanan kerja dan juga hubungan kekeluargaan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, pihaknya masih memerlukan tempoh sebulan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan itu. TM juga mengarahkan setiap ketua jabatan memberi kertas cadangan dan maklum balas mengenai konsep tersebut. Ketua-ketua jabatan itu juga, jelas beliau, dikehendaki membuat percubaan sistem itu dengan memilih beberapa kakitangan di bawah pengurusan masing-masing. ''Ini merupakan projek perintis yang membolehkan syarikat meningkatkan keberkesanan kerja kakitangan selain mengurangkan kos operasi,'' katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen Waktu Bumi 2009 (Earth Hour) di ibu pejabat TM di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengarah Kanan Operasi Sokongan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), Sudeep Mohandas. Kempen Waktu Bumi 2009 berlangsung selama sejam mulai pukul 8.30 malam melibatkan lebih lima bilion penduduk dunia bertindak memadamkan lampu sebagai tanda simbolik usaha menyelamatkan bumi daripada pemanasan global. Di Malaysia, lebih 23,000 kakitangan TM di seluruh negara dijangka turut serta dalam kempen berkenaan di mana setiap pejabat dan bangunan milik TM akan bergelap sepanjang tempoh berkenaan. Zamzamzairani memberi jaminan bahawa operasi perniagaan syarikatnya tidak akan terjejas dengan kempen Waktu Bumi 2009 tetapi sebaliknya menawarkan penjimatan bil elektrik selama tempoh berkenaan. Dalam perkembangan lain, Zamzamzairani berkata, para penggerak industri diberi tempoh selama dua minggu mulai hari ini untuk memberi maklum balas kepada TM tentang terma dan syarat struktur harga yang ditetapkannya bagi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB). Menurut beliau, tindakan itu penting sebelum pihaknya menetapkan harga perkhidmatan baru, bulan depan. Katanya, terma dan syarat HSBB untuk pemain industri adalah kompleks dan ia memerlukan pemahaman yang betul. -------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Apr 3 2009, 07:54 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Hmm...kerja dari rumah
Menaip jer ke kerja? Ke kena wat programming etc -------------------- |
|
|
Apr 3 2009, 08:10 PM
Kiriman
#3
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
Hmm...kerja dari rumah Menaip jer ke kerja? Ke kena wat programming etc Bule keje mcm kat ofis gak B@zSh, leh guna mcm Cisco System VPN Client.. syarat ada broadband je leh bukak PC kat rumah mcm kat opis access LAN semua.. tp lebih sesuai kpd keje teknikal spt developer, system admin, designer.. etc.. kalo keje line marketing/sales tak praktikal lah sbb kena jumpa org.. Meeting pon boleh buat secara e-conference je.. tp biasanya mestilah ada masa gak kena pergi ofis bila ada event tertentu. -------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Apr 5 2009, 07:09 AM
Kiriman
#4
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,328 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
last2 tuan tidoq, main pakai mesin otomatik je yg kerja
-------------------- |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 21st September 2024 - 12:17 PM |