Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Dunia Hiburan _ Heidi obses pembedahan plastik

Posted by: ♦محم Jun 2 2010, 08:44 AM



PELAKON program realiti TV, The Hill, Heidi Montag menyatakan dirinya berasa lebih seksi, gembira dan menakjubkan semenjak melakukan pembedahan plastik. Dia telah melakukan beberapa pembedahan kosmetik di bahagian muka dan badannya tahun lalu.

Maka, pelakon itu tidak kisah dengan pandangan orang lain yang mengkritik tindakannya. Heidi telah menulis pada laman sosial Twitter: "Saya cintakan diri saya dan kehidupan ini. Setiap momen akan saya hargai!

"Pembedahan terakhir saya adalah keputusan terbaik dalam kehidupan saya. Semua orang menasihatkan saya untuk tidak membuang duit. Mereka menipu saya dengan menyatakan saya sudah cukup cantik.

"Saya tidak pernah berasa begitu menarik dengan diri saya sendiri. Saya kelihatan seperti apa yang saya idamkan selama ini. Saya sukakan Amerika Syarikat dan kebebasan. Anda akan menyaksikan diri saya yang baru tidak lama lagi."

Heidi yang berkahwin dengan pelakon dalam siri sama, Spencer Pratt juga menggunakan akaun Twitter miliknya untuk membalas semula serangan kawannya yang membantah dia daripada melakukan pembedahan plastik.

Tulisnya: "Saya tidak mempunyai kawan. Mereka yang berpura-pura menjadi kawan atau keluarga ialah mereka yang gila, marah dan suram. Sebab itulah mereka tidak berada dalam hidup saya. Penipu."

Baru-baru ini, ayah Heidi, Bill mendedahkan bahawa dia tidak mendengar daripada penyanyi dan pelakon berusia 23 tahun itu sejak Mac lalu.

Katanya: "Jika saya tidak mendengar daripada dia

dalam masa terdekat, saya akan membawa keluarga saya dan keluarga mentua untuk mencari mereka berdua.

"Mereka boleh menelefon polis jika mereka mahu. Saya cuma mahu memastikan mereka berdua selamat."

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)