Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Keluarga & Rumahtangga _ Lelaki Islam Kahwin Perempuan Kristian

Posted by: ganazz Jun 21 2009, 10:01 PM

Soalan:

Adakah seorang lelaki Islam dibenar oleh syarak berkahwin dengan gadis yang beragama Roman Katholik seperti yang ada di negeri kita hari ini? Jika dibenarkan berkahwin seperti itu adakah walinya terpulang kepada wali hakim syar’ie (kadi). Di sini ada juga yang berfikir tidak harus lelaki Islam berkahwin dengan gadis Roman Katholik kerana mereka tidak termasuk dalam golongan kitabi yang tersebut dalam Quran?

Jawapan:

Tiap-tiap perempuan Nasrani (Kristian) yang datuk moyangnya telah masuk agama Nasrani (Kristian) sebelum bangkit Nabi Muhammad S.A.W harus bagi lelaki Islam berkahwuin dengannya, walinya itu bapa perempuan atau saudaranya lelaki dan jika tidak ada maka boleh dikahwinkan oleh kadi negeri Islam jika ada kadi di negeri itu. Berkahwin dengan perempuan seperti itu hukumnya makruh dan setengah ulamak mengharamkan kerana orang-orang Nasrani itu telah menggantikan dan mengubah agama mereka yang asal. Dan lagi jika perempuan itu iktikadnya seperti iktikad orang-orang Madiyyin atau tabiin dan seumpamanya iktikad wujudiah dan lain-lain kepercayaan daripada agama baru di Barat bukanlah agama Nasrani. Tetapi mudah-mudahan bagi orang-orang Islam membuat syarat dengan perempuan Nasrani yang dikahwini itu di hadapan peguam iaitu jika mereka dapat anak adalah anak itu orang Islam isterinya tidak berhak memelihara dan mendidik anak-anaknya itu menurut didikan dan jagaan Nasrani kerana jika lelaki Islam yang berkahwin dengan perempuan Nasrani itu redha anaknya menjadi Nasrani nescaya jadilah ia murtad kafir.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe Tahir Al-Hadad
Tarikh Diisu : 1936-1961
Hantar artikel ini kepada rakan

p/s - sebagai panduan untuk tidak terkeliru!

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=847&mode=thread&order=0&thold=0

Posted by: ganazz Jun 21 2009, 10:09 PM

Manakala bab mandi hadas, wajib mandi ke atas bini bernasrani itu hatta secara paksa sekali pun tetapi tidak harus niat bagi diri dia untuk bermandi. Dari segi ibadat, bini ikut agama dia la....laki cara islam. Itulah kelebihan ahli kitab asal dari keturunan asli pada zaman Nabi Isa a.s.

Posted by: sH@m Jul 16 2009, 02:06 PM

Ermmm .. haaa .. ermmm .. iskhhh 106.gif

Posted by: aina_sara Jul 16 2009, 02:47 PM

mana bleh dah zmn skrg ni.. itu untuk pempuan ahli kitab je lah.. skrg dah takde.

Posted by: ganazz Jul 16 2009, 03:08 PM

coba bayang yg dulu2 punya org lelaki islam kawin ngan ahli kitab, lepas romen, kena wajib hatta paksa untuk mandi bagi bersuci ni.... berdegil, melawan, boleh kasi ikat kat tiang, sembur ngan paip BOMBA!!!! hface.gif

Posted by: ctz Aug 21 2009, 12:12 PM

QUOTE (ganazz @ Jul 16 2009, 03:08 PM) *
coba bayang yg dulu2 punya org lelaki islam kawin ngan ahli kitab, lepas romen, kena wajib hatta paksa untuk mandi bagi bersuci ni.... berdegil, melawan, boleh kasi ikat kat tiang, sembur ngan paip BOMBA!!!! hface.gif

ai encik ganazz ni ayat mmg ganazz...

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)