IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA, Kosmo! online
♦محمد أفيق♦
kiriman May 18 2010, 06:56 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.

Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.

Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."

Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman May 18 2010, 08:51 AM
Kiriman #2


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



ni nama jela Islam tp dah campur aduk dgn Kristian.. patutla dah masuk ratu cantik confirm kena bogel sana sini tunjuk body.


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman May 18 2010, 06:14 PM
Kiriman #3


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,225
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



RIMAU betul la ...... pasai apa boley menang? boleh jadi saja nak "JERBEH" sama ISLAM. dari segi kontes, RIMAU ni menang kira logik arrr... tengok bentuk muka rimau ni, tengok bentuk mulut dia sama bentuk saiz 'lip' dia, bentuk jari dia, GUNUNG dia sama bodi slim, kira memang RIMAU la...... 99.99 markah!


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman May 19 2010, 09:46 PM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



Astaghfirullahalazim, tak patut sangat2. Sanggup gadaikan maruah Islam kerana pertandingan ni? Apa nak jadi dengan masyarakat Islam dalam dunia ni? Hanya pada nama saja ke Islam tu?
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 25th April 2024 - 10:24 AM