IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> 2 gelaran dari Jakarta, Kosmo
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 22 2009, 07:26 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373





SKUAD negara meraih kejuaraan berganda pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia yang berakhir di Jakarta, semalam.

Jaguh pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui beraksi cemerlang apabila muncul juara selepas menang straight set ke atas lawan masing-masing.

Chong Wei yang juga juara 2007, menewaskan satu-satunya pemain harapan tuan rumah, Taufik Hidayat 21-9, 21-14 untuk meraih kejuaraan ketiganya tahun ini selepas terlebih dahulu menjuarai Terbuka Malaysia dan Switzerland.

Selepas saling bertukar servis di awal permainan, Chong Wei meraih sembilan mata berturut-turut untuk menang set pertama.

Taufik yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004, mula bangkit apabila mendahului 7-1 di set kedua sebelum Chong Wei kembali menguasai permainan selepas meraih enam mata berturut-turut sebanyak dua kali sebelum menamatkan permainan dalam masa 31 minit.

"Saya gembira dengan kemenangan ini," kata Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing tahun lepas.

"Sebelum perlawanan, saya sangkakan peluang kami 50-50 tetapi saya kekal fokus sepanjang perlawanan.

"Taufik melakukan beberapa kesilapan. Pukulan smash yang dilakukannya sering terkeluar. Sasaran saya selepas ini adalah untuk menjuarai Kejohanan Dunia."

CHONG WEI tidak berdepan masalah menewaskan Taufik pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Jakarta semalam.

Dalam pada itu, Pei Tty-Eei Hui meraih kejuaraan pertamanya selaku beregu No. 1 dunia selepas menundukkan beregu pilihan kedua dari China, Cheng Shu-Zhao Yunlie 21-16, 21-16.

Pei Tty-Eei Hui tidak pernah berjaya melepasi pusingan separuh akhir sejak mula menduduki ranking pertama dunia Februari lalu.

Sementara itu, Saina Nehwal muncul juara perseorangan wanita sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain India pertama yang menjuarai kejohanan Super Series.

Pada aksi semalam, Saina menewaskan pemain No. 3 dunia, Wang Lin 12-21, 21-18, 21-9.

"Ini merupakan sesuatu yang hebat dan saya memang tidak pernah sangka mampu menang di sini," kata Saina yang juga pemain No. 8 dunia.

Acara beregu lelaki pula dimenangi oleh pasangan Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae yang menewaskan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18 manakala Zheng Bo-Ma Jin dari China pula mengungguli acara beregu campuran selepas menundukkan Yong Dae-Lee Hyo Jung dari Korea Selatan 21-17, 8-21, 21-16.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 05:58 PM