IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Mengubati penyakit rohani
♦محمد أفيق♦
kiriman Mar 6 2009, 08:03 AM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



  1. Riak - bangga dirinya melebihi orang lain, suka memuji diri, bangga dengan kemuliaan diri, harta, ilmu dan keturunannya.
  2. Suka menonjol diri kepada orang lain.
  3. Memandang rendah orang lain.
  4. Minta dirinya dipuji di majlis keramaian.
  5. Bermulut keji, suka mencela atau mengkritik orang lain secara berlebihan dan melampau.
  6. Berlagak angkuh ketika berjalan.
  7. Memaling muka ketika bertemu dengan seseorang.
  8. Berlagak dalam berbicara.
  9. Membantah teguran orang lain.
  10. Tidak mengendahkan nasihat dan teguran orang lain.
  11. Berlagak pandai walaupun tidak tahu.
  12. Berpakaian terlalu menonjol dan berlebih-lebihan.
  13. Suka menindas orang Islam yang lemah dan miskin.
  14. Berlagak dirinya sahaja betul dan tidak pernah salah.
  15. Suka membazir harta benda sama ada milik sendiri atau orang lain.

Cara yang baik untuk menghalang penyakit rohani dan takbur ialah dengan menguatkan diri dan mengawal segala perbuatan lahir dan batin.

Untuk memperbetulkan sikap buruk itu, hendaklah menyedari kelemahan diri sendiri dan segerlah bertaubat.

Individu yang bersikap sedemikian perlu memohon keampunan Allah dan meminta dijauhkan dari sifat-sifat yang tercela itu dan gantikan dengan sifat-sifat mahmudiah (terpuji).

Sifat terpuji ialah lawan kepada sifat takbur seperti merendah diri, kasih sayang dan bersopan santun sesama manusia dan tolong menolong sesama insan, lebih-lebih lagi yang beragama Islam.

-myMetro-
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 11:44 PM