IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Arsenal penentu nasib United
♦محمد أفيق♦
kiriman May 15 2009, 01:04 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



Arsenal penentu nasib United


WIGAN - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberi amaran kepada pemainnya agar berwaspada apabila bertemu Arsenal dalam saingan Liga Perdana England esok.

Kelmarin, skuad Red Devils itu meraih tiga mata berharga selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Wigan 2-1.

Kemenangan itu meletakkan United pada kedudukan terbaik dan hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir untuk mengesahkan kejuaraan liga buat musim ketiga berturut-turut.

Biarpun ramai beranggapan United sudah boleh meraikan kejuaraan itu malam esok, Ferguson tetap mahu anak buahnya fokus menghadapi Arsenal sebelum menamatkan musim ini dengan menentang Hull City pada aksi terakhir 24 Mei depan.

"Kami akan hadapi perlawanan ini (menentang Arsenal) sama seperti kami hadapi mereka sebelum ini. Kami akan cuba meme- nangi perlawanan ini dengan menurunkan barisan terkuat kami," jelas Ferguson yang mahu menghadiahkan gelaran ke-18 buat kelab itu.

"Kami tahu sejauh mana hebatnya mereka dan kami perlu bersiap sedia serta mempamerkan persembahan terbaik Sabtu ini (esok) dan diharap kami mampu melakukannya," kata Ferguson.

Pada perlawanan kelmarin, Wigan mengejutkan United apabila mendahului menerusi jaringan Hugo Rodallega pada minit ke-28 selepas pertahanan United, Nemanja Vidic gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Namun, sentuhan menarik daripada penyerang gantian United, Carlos Tevez pada minit ke-61 dan rembatan Michael Carrick pada minit ke-87 memastikan tiga mata penuh buat pasukan pelawat itu.

"Kami berdepan pasukan Wigan yang bersungguh-sungguh tetapi kami berjaya mempamerkan aksi menakjubkan pada separuh masa kedua." - AFP

sumber kosmo
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th April 2024 - 01:13 AM