IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> APAKAH IMPLIKASINYA !!!!!!!, Jika Ramai Remaja Yang Tidak Solat 5 Waktu.
Abe.Najay
kiriman Jan 30 2009, 04:35 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 30
Sertai: 4-November 08
Daripada: Shah Alam
No. Ahli: 163



Apa jadi pada ISLAM jika ramai remaja-remaja tidak solat 5 Waktu, Tidak tahu baca Quran, Tulisan Jawi, Fardzu Ain dan Lain2. Mari kita Motivasi.
Sila hubungi : Pondok Penyayang Al- Raudah TEMPAT ANAK YATIM JUGA ANAK2 MISKIN & REMAJA2 YG BERMASALAH di batu 11 Gombak - 013-2442381 / 03-61852048 ( Tuan Guru Mokhtaruddin Haji Mohd Said )

Cara mudah untuk tolong Anak2 Yatim. Setelah anda membaca datanglah melawat bantu dan bersatu, harmoni. Kami menjemput media massa, tv, ahli2 korprat, ketua2, ustaz, imam, cikgu dll datanglah melawat beri pendapat, kongsi pahala.

FIKIRKANLAH...
Jangan biarkan remaja lebih parah, JANGAN MALU SEGAN,
JUMPA BELIAU, ADA CARA MUDAH, BERKESAN UNTUK SELAMATKAN AKHLAK REMAJA,
BELIAU SEORANG YANG PRAKTIKAL, ADA KEM DAN BERPENGALAMAN DIDIK DAN MENYELAMAT REMAJA.
sila rujuk : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtaruddin

BERMASALAH, DADAH, GAM, ROKOK, LARI SEKOLAH, BOHSIA DLL ROSAK AKHLAK
Semuanya boleh dirawat di Pondok Penyayang Al- Raudah. InsyaAllah.

KONGSI PAHALA - Moga2 bila Allah tanya di akhirat ada jawabnya kita pernah tolong anak2 yatim. Insaflah hidup ini sementara. mati datang tiba2, pahala belanja di akhirat, duit belanja di dunia FIKIRLAH...
SEDIA TERIMA BAJU TERPAKAI, BERAS DLL. KITA KASIH ORANG, ALLAH KASIH KITA. INSYAALLAH. ALLAH JADIKAN ANAK2 YATIM, CACAT DLL NAK UJI KITA, NAK BANTU ATAU TIDAK , FIKIRLAH...
BANTULAH KAMI WALAUPUN RM1 SEBULAN. NO AKAUN MAYBANK : 564221610787 Segala sumbangan cek, sila tulis atas nama PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH dan hantar ke : Pondok Penyayang Raudhah, Batu 11, Gombak, 53100 Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-6185 2048


--------------------
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.(HR. Muslim)
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 30 2009, 09:48 PM
Kiriman #2


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



jika ada yang tidak menunaikan solat 5 waktu..
itu semua berpunca dari diri sendiri..org lain tidak dpt mengubah diri kita melainkan kita mengubahnya sendiri..
pokok utama iman dalam diri...
kurang didikan agama pon jadi punca jugak.
org itu akan berubah dgn sendiri pabila musibah menimpa diri..
baru la nak ingat Yang Maha Esa..baru terkeluau perkataan insaf dan taubat..taubat nasuha lagi..
moga2 umat islam skrg ni patut akan suruhan Yang Maha Berkuasa....Amin
aku mengingatkan diriku sendiri...taat perintah Allah swt.. rolleyes.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
semak
kiriman Feb 18 2009, 01:01 PM
Kiriman #3


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 301
Sertai: 11-January 09
Daripada: Perigilama
No. Ahli: 562



masalah solat ni tak leh nak cakap apa...aku pun kenkadang terlepas waktu.....ada kala sengaja ,,adakala lupa....
ampuni la dosa aku ya tuhan ku...amin


--------------------
hai leh ngorat?
x leh?
nak juga nak juga
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Feb 18 2009, 09:48 PM
Kiriman #4


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (semak @ Feb 18 2009, 01:01 PM) *
masalah solat ni tak leh nak cakap apa...aku pun kenkadang terlepas waktu.....ada kala sengaja ,,adakala lupa....
ampuni la dosa aku ya tuhan ku...amin

kadang2 kita leka..kadang kita alpa dengan ape yang terhidang didepan mate..sedangkan benda itu sementara..
aku pon same gak...mase aku f2 dulu..setiap hari ustazah akan tanya siapa solat subuh???satu per satu dia akan tanya..dengan agak malu dengan kwn2...dari situ lah..aku mula solat penuh...dulu solat kerna malu bile ustazah tanya...
skrg..solat bukan kerana paksa..tapi dengan rela hati...hanya untuk YANG MAHA ESA...alhamdulillah..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ganazz
kiriman Feb 19 2009, 11:18 PM
Kiriman #5


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,221
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Betapa Allah s.w.t berkehendaknya akan umat Nabi Muhammad s.a.w. supaya masuk syurga, maka dibagiNya semua pahala ibadat sekelian para malaikat hanya dengan mengerjakan ibadat sembahyang 2 rekaat umat Nabi Muhammad s.a.w. Tapi sayang.... bukan sikit umat islam melakukan dosa besar termudah (tinggal sembahyang dengan sengaja) saban waktu setiap hari.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Geekspro
kiriman Apr 10 2009, 11:34 AM
Kiriman #6


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 56
Sertai: 20-September 08
Daripada: Semporna
No. Ahli: 67



Kebetulan Saya Telah Menaip Mengenai Kesan Yang Akan Terjadi Bila Tidak Solat..
Jadi saya ambik n paste balik kat sini buat tatapan semua..
sama-sama ambik iktibar..


MUDAH DIINTAI KESESATAN ANDAI TIDAK SOLAT




Sungguh mudah kita yang hidup pada generasi yang moden pada hari ini terdedah dengan kesesatan demi kesesatan ekoran soal agama tidak dititikberatkan dalam kehidupan malah apa yang dikejar hanyalah kehidupan dunia semata-mata. Selama lebih kurang dua minggu menjalani latihan mengajar atau disebut praktikum di salah sebuah sekolah dalam kawasan Selangor ini banyak perkara yang membuatkan saya rasa kecewa.

Apa yang membuatkan saya kecewa bukanlah kerana keadaan murid yang agak nakal kerana saya yakin jika kena caranya mereka pasti boleh dilenturkan menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat.

Apa yang menyebabkan saya kecewa ialah tidak adanya penekanan terhadap solat kepada murid-murid di waktu persekolahan bermula iaitu pada pukul 1.10 petang sampai waktu persekolahan berakhir iaitu pada pukul 6.30 petang. Saya lihat tidak ada langsung murid-murid di suruh solat apabila masuknya waktu zuhur dan asar malah pembelajaran berlangsung seperti biasa tanpa henti kecuali berhenti rehat selamat 20 minit pada pukul 4.10 petang sebelum pembelajaran disambung kembali sehingga pukul 6.30.


Saya sangat kesal dengan sistem sebegini yang langsung tidak mementingkan soal solat kepada murid. Mungkin apabila diusulkan perkara ini kepada pihak tertentu mereka menjawab ? apa nak risau mereka tu baru budak-budak darjah 1-3, lagipun solat masih tidak wajib untuk mereka ?. Jawapan sebegini langsung tidak boleh diterima kerana dari mana datangnya minat untuk bersolat jika dari kecil kita tidak menitikberatkan soal solat.


Hebatnya Tarbiyah Yahudi

Pernahkan kita bertanya kepada diri kenapakah bangsa yahudi sangat jahat kepada umat Islam seolah-olah langsung tidak mempunyai perasaan kasihan dalam melanyak umat Islam. Jawapannya kerana anak-anak yahudi dari kecil sudah ditarbiyah dengan iedologi Yahudi di mana mereka mengajar kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi bahwa bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling mulia dan selain bangsa yahudi adalah seumpama binatang. Sebab itulah apabila membesarnya anak-anak Yahudi ini mereka langsung tidak mempunyai perasaan belas kasihan kerana sejak dari kecil mereka sudah ditarbiyah dengan ideologi Yahudi yang merosakkan.


Kita sepatutnya sedar dan belajar bagaimana hebatnya tarbiyah bila dimulakan sejak dari kecil dan jika kita inginkan anak-anak kita menjadi generasi yang mementingkan solat maka penekanan terhadap solat perlu diberikan semasa mereka masih kecil supaya apabila mereka meningkat dewasa mereka menjadi generasi yang mementingkan solat walau dalam apa jua keadaan sekalipun.


Jangan Cuba Memutuskan Talian Hayat

Tidak menitikberatkan soal solat kepada murid-murid ibarat menyuruh dan menggalakkan mereka memutuskan talian hayat dengan Allah Taala. Apabila penekanan terhadap solat tidak diberikan kepada murid-murid smenjak mereka masih kecil maka akan lahirlah pengganti kepada generasi kita ini suatu golongan yang mengabaikan solat yang mana kesannya boleh membawa kepada kesesatan. Firman Allah Taala



Kemudian datanglah setelah mereka, pengganti yang mengabaikan solat dan mengikut hawa nafsunya, maka mereka kelak akan tersesat.[Maryam 19:59]


Penyakit yang boleh membawa manusia kepada kesesatan ialah pertama mencuaikan solat dan yang kedua mengikut hawa nafsu. Nampaknya penyakit ini sudah wujud dalam diri muda-mudi sekarang ini di mana kesannya nanti mereka pasti tersesat. Soal inilah yang patut kita risaukan dan fikirkan bersama bagaimanakah caranya untuk mengembalikan manusia supaya tidak memutuskan talian hayatnya dengan Allah kerana seandainya talian hayat ini diputuskan manusia pasti menemui kesesatan.


Menggadaikan Kejayaan Akhirat Dengan Dunia

Penting sangatkah waktu belajar sehingga langsung tidak ada usaha untuk memberikan sedikit waktu kepada murid untuk bersolat hanya kira-kira 10 minit. Adakah urusan dunia lebih besar dari mematuhi perintah Allah?? Tidak malukah kita mengadakan kem solat tiba-tiba apabila tiba waktunya untuk bersolat kita langsung tidak memberi peluang kepada murid menyuruh mereka mengerjakan solat?? Tindakan sebegini tidak lain hanyalah ingin melihat murid-murid berjaya hanya setakat dunia tapi menjadi manusia yang gagal di akhirat. Didiklah mereka mengejar kejayaan dunia dengan tidak melupakan akhirat kerana sebesar-besar kejayaan adalah apabila kita diijazahkan oleh Allah untuk memasuki syurganya.



Kewajipan Membetulkan Sistem Yang Rosak

Sudah menjadi tanggungjawab kita selaku manusia yang menjawat jawatan muslim mencari jalan untuk sama-sama membetulkan sistem yang rosak ini ke arah sistem yang mengutamakan perintah Allah lebih dari perintah manusia apabila bertembungnya perintah Allah dengan perintah manusia agar masyarakat yang bakal menjadi pengganti kepada generasi kita pada hari ini tidak menyalahkan kita di akhirat nanti ekoran membiarkan mereka tersesat dari Jalan Allah. Segala usaha perlu dibuat agar kita dapat membetulkan kembali keadaan ini kerana masyarakat yang mengabaikan solat akan mudah diintai kesesatan.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman Apr 10 2009, 04:49 PM
Kiriman #7


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



salam....

harap ramai org baca thread ni...amin


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman Apr 15 2009, 12:58 AM
Kiriman #8


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



Harini terlepas maghrib...alangkah lemahnya iman...
sibuk antar anak gi klinik....harap2 ALLAH ampunkan aku...ALHAMDULILLAH sudah Qada'


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 15 2009, 01:25 AM
Kiriman #9


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Artikel kat bawah ni, aku terima dari seorang lelaki, yg PM aku,

Aku dpt artikel ni lama dah, tak silap aku, masa tahun 2005 mcm tu la, lepas aku baca thread ni,
aku terus godek2 aku punyea laptop sebab teringat satu artikel yg penah di kirim kat aku,

bleh dikatakan, sesualah dgn tajuk thread ini, sila lah baca... Semoga ia menberi sejuta keinsafan







Assalamualaikum wbt....



First of all, saya nak mintak maaf kalau email ini menyinggung perasaan awak atau ia menyebakan awak marah dan tidak selesa. Tujuan saya menulis email ini kerana saya telah diberitahu oleh kawan2 awak, yang awak jarang bersolat. Actually sapa la saya nak menegur orang. Saya sendiri pun banyak berbuat salah, tapi sebagai orang islam saya rasa menjadi tanggujawab saya untuk nasihat menasihati. tapi yang ni pun bukan la nasihat sgt, lebih kepada pengalaman saya sendiri.



semenjak 2005, saya mula fikir2 kan agama. itu pun masa belajar islamic studies. actually saya tak rasa dalam sangat islam saya dulu. saya cuma rasa islam tu macam status je. takde kepentingan lain. tapi semenjak 2005, semasa amek islamic studies ia banyak tukar saya menjadi lebih tahu kepada islam. dan saya mula kagum dengan islam. antara yang saya masih ingat lagi mengenai hukuman bunuh. dalam islam hukuman bunuh dijalankan dengan pancung kepala. kalau kita tgk, mmg nampak sakit tapi sebenarnya hukuman pancung adalah hukuman paling cepat & paling tidak menyakitkan. kenapa macam tu? sebab pancung ni berlaku dgn laju dan tempat dipancung tu kat belakang leher. actually, belakang leher la tempat paling dekat dengan saraf. so orang yang kena pancung tu rasa sekejap sangat sakit compare dgn teknik2 lain. kat dunia ni hukuman ke 2 paling cepat mati is gantung. konsep gantung pun sama jgk, mematahkan tulang vetebra supaya terputus saraf. tapi gantung ni tak semua smooth. kalau ada problem, orang tu suffer jgk. since then saya mula fikir yang islam is the best religion even sampai mati pun dihukum dgn cara yang terbaik.



berbaik kepada topic, kenapa kena solat, saya berpendapat macam ni. fitrah manusia apabila mendapat sesuatu yang baik akan berasa seronok. contoh, cam budak2 bila dpt chocolate / toy / barang2 yang digemari, diorang akan rasa seronok. kalau student plak, bila dpt pertolongan dr lecturer untuk tambah 5 markah nak kasi pass exam, student tu mesti lega tak terkira. sebagai tanda terima kasih diorang akan lakukan sesuatu. kalau student, at least dia senyum dan lega. kadang2 tu send email kat lecturer, kadang2 tu syorkan pulak kawan2 yang nak amek subject tu amek dgn lecturer tu. kadang2 tu puji lecturer tu.... dan inilah fitrah manusia, sentiasa rasa berterima kasih. sama la jgk konsep kita dgn tuhan iaitu berterima kasih....



sebab nak berterima kasih kepada Allah, nabi muhammad saw ajar kita bagaimana kita nak berterima kasih kepada Allah. ye la, kita dapat nikmat banyak.... boleh sedut udara, boleh makan, boleh gelak, boleh chatting, etc.... cuba bayangkan kita lemas dalam kolam, suasana gelap. kita makin lama, makin tenggelam. tiba2 ada somthing yang menelamatkan kita. mesti kita rasa lega & sgt bersyukur kat penelamat tu. sebut pasal lemas ni teringat saya macam mana yusuf islam jadi muslim. hidup dia seronok, kaya, senang, glamour, ada perempuan etc. tp kesenangan tu tak membawa dia kepada kebaikan. makin lama makin teruk. dadah la etc. so pada satu hari dia lemas, dan berdoa, oh tuhan selamatkan la aku dari lemas. then secara ajaibnya ombak mula tolak dia ke pantai. dan terus hidup. since then dia berasa amat syukur & ingin berterima kasih kepada tuhan tp dia tak tahu macam mana nak berbakti kepada tuhan, discover itu dan ini, finally dia kata islam adalah agama yang sebenar. cuba kita bayangkan kita di dalam keadaan lemas yusuf islam kemudian diselamatkan.... bertapa besarnya bantuan tuhan.... sebab itu kita kena solat sebagai tanda syukur kerana segala pemberian dia.... saya percaya awak seorang yang cantik dari segi rupa dan attitude. tentunya Allah yang menjadikan awak sebegitu.



tapi paling penting kenapa kita kena solat adalah untuk mendekatkan kita dgn tuhan. sekali lg kita amek contoh kehidupan yusuf islam sebelum keislaman dia. dia hidup senang, happy gembira etc.... tp lama2 kegembiraan tu, sebab tak kawal, dia dah mula menjejaskan kehidupan. masalah mula timbul. islam bukan la menghalang seseorang tu bergembira & berseronok tapi ada batas. sebab kalau terlampau seronok problem akan datang macam kisah yusuf islam tu. from situ, kita dah nampak Allah sayangkan kita dan Dia tak nak kita bermasalah. bukan tujuan apa, tapi demi kebaikan kita jgk....



saya mengakui memang ramai susah nak bersolat. dalam kajian saya, saya dapati mereka yang tak mahu solat sebab diorang tak faham tujuan solat. kenapa saya ckp macam tu? sebab saya satu masa dulu pun rasa macam tu. seperti saya kata, solat ni untuk bersyukur dan mendekatkan diri dgn tuhan. tapi ramai yang tak faham kenapa dia tak rasa dekat pun dengan tuhan even dia solat? jawapannya kerana kita tidak faham bacaan kita...



apa yang penting kena kita faham ialah bacaan al fatihah....



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

mula2 kita puji allah. sudah tentunya allah tu pemurah & mengasihani sebab itu kita memuji dia. contoh kasih sayang allah terlampau besar... dia juga berkuasa.... sebab dia berkuasa dari dialah kita minta pertolongan. maka kita meminta dia membawak kepada jalan yang lurus. katakanlah tiba2 awak terfikir kristian tu agama yang betul. betapa besarnya cabaran kalau kita diletakkan dalam situasi tu. sebab saya sendiri pernah terjadi macam tu.... cuba kita renungkan betul2 ayat tu.. bertapa sayangnya Alllah kepada kita....

dalam kajian saya dalam agama, saya pernah baca bible.. kata dalamnya tak sama langsung dgn quran. ada yang berbunyi ketuhahan ada yang berbunyi seperti cerita karut, ada seperti cerita sejarah ada pula cerita lucah. tade yang sma dgn quran yang sentiasa memberi peringatan kepada manusia.

sebenarnya solat ni tak susah. cuma ikut 13 rukun pun dah cukup. tp insyaAllah, kalau kita boleh buat 13 rukun tak menjadi keberatan kepada kita untuk buat yang sunat. apa2 pun saya nak mintak maaf kalau email ni singgungkan perasaan etc. bukan saya nak bertindak sebagai alim, tapi saya sayangkan agama saya dan saya nak berkongsi bagaimana saya mula menghargai islam dan saya taknak melihat orang2 kita rugi, rugi kerana kita dilahirkan sebagai orang islam tp tidak bercirikannya. kalaulah kita dilahirkan sebagai non-muslim, hidup plak dgn propanganda US kata islam itu agama syaitan. susah kita nak dpt hidayah. tapi hidayah allah dimana2... tak hairanlah islam jadi agama terpantas berkembang kat dunia. sedangkan bekas paderi yusuf estes pun peluk islam, inikan pula orang biasa..... semua manusia ada dosa, dan insyaAllah kita cuba kurangkan. sikit demi skit. janji Allah, Dialah maha Pemurah lagi maha Pengasihani....

mohon maaf jika tersalah bahasa... wassalam....









Aku kagum manusia yg karang artikel kat atas tu, sngguh menyentuh jiwa ku









--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bizonedrop
kiriman Apr 15 2009, 01:29 AM
Kiriman #10


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 8-April 09
Daripada: Taman Equine/keramat/pchong
No. Ahli: 855



semoga aku terus diberi HIDAYAH pagi2 ni...


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 15 2009, 02:59 AM
Kiriman #11


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



QUOTE (bizonedrop @ Apr 15 2009, 01:29 AM) *
semoga aku terus diberi HIDAYAH pagi2 ni...


Amin..........


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post
eskep
kiriman Apr 15 2009, 09:33 AM
Kiriman #12


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 439
Sertai: 18-November 08
Daripada: Petaling Jaya, Selangor
No. Ahli: 269



QUOTE (WebZone-_-Attack @ Apr 15 2009, 01:25 AM) *

Aku kagum manusia yg karang artikel kat atas tu, sngguh menyentuh jiwa ku

TQ kerana kongsi. Alhamdulillah..., semoga ini semua sedikit sebanyak dapat menyedarkan diri kita.
Go to the top of the page
 
+Quote Post
WebZone-_-Attack
kiriman Apr 16 2009, 02:20 AM
Kiriman #13


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



QUOTE (eskep @ Apr 15 2009, 09:33 AM) *
TQ kerana kongsi. Alhamdulillah..., semoga ini semua sedikit sebanyak dapat menyedarkan diri kita.


yea....Sesuatu yang harus dikongsi, dan patut direnungkan


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 08:40 PM