IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Isu bertudung, Tidak perlu bimbang belajar di Eropah
WebZone-_-Attack
kiriman Nov 3 2008, 12:25 PM
Kiriman #1


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,951
Sertai: 19-September 08
Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l
No. Ahli: 51



Isu bertudung - Tidak perlu bimbang belajar di Eropah
oleh WAHID HASHIM - Bahagian Akhir


UNIVERSIDAD Eurpea De Madrid di Sepanyol adalah salah sebuah universiti milik Laureate.
PELAJAR Malaysia - khususnya perempuan Islam - tidak perlu bimbang dipaksa menanggalkan tudung - apabila diterima masuk ke universiti di Eropah.

Kejadian itu tidak berlaku di Eropah sekarang.

Walau isu itu pernah menimbulkan kebimbangan - sepertimana yang pernah berlaku di Turki dan Perancis, namun hal seperti itu tidak menggambarkan benua Eropah secara umum.

``Apa yang berlaku di Turki langsung tidak menggambarkan Eropah,'' kata Presiden Universidad Europea De Madrid (UEM), Miguel Carmelo.

Pada sidang akhbar di universiti itu baru-baru ini, Carmelo berkata, di Sepanyol, kelompok penduduk beragama Islam bukan sedikit jumlahnya dan masyarakat agama lain sudah berasimilasi dengan kewujudan mereka.

Malah, tambah beliau, Sepanyol memang menerima hakikat sejarah bahawa negara itu mempunyai banyak tarikan sejarah seperti runtuhan dan peninggalan bangunan Islam silam.

Universidad Europea De Madrid adalah salah sebuah daripada 18 buah universiti di bawah Laureate Education Inc.

Sebanyak 10 daripada 18 buah universiti itu terletak di Eropah.

Universiti-universiti berkenaan ialah Business and Information Technology School (Jerman), Ecole Centrale d'electronique (Perancis), Ecole Superieure du Commerce Exterieur (Perancis), Cyprus College (Cyprus), Glion Institute of Higher Education (Switzerland), Institute for Executive Development (Spain), Institut Francais de Gestion (Perancis), Les Roches Swiss Hotel Associaton School of Hotel Management (Switzerland), Les Roches Marbella (Sepanyol) dan Universidad Europea de Madrid (Sepanyol).

Universiti di Timur Tengah ialah di Istanbul Bilgi University, Turki.

Di Amerika Tengah: Universidad del valle de Mexico (Mexico), Universidad Interamericana de Costa Rica (Costa Rica), Universidad Latinoamericana de Ciencia y Tecnologia (Panama) dan Universidad Tecnologca Centroamericana (Honduras).

Di Utara dan Selatan Amerika:

Academia de Idiomas y Estudios Profesionales (Chile), Universidad de Las Americas (Chile), Universidad Nacional Andres Bello (Chile), Universidad Peruana de CienciasAplicadas (Peru), Universidade Anhembi Morumbi (Brazil) dan Universidad Provada del Norte (Peru).

Di Asia: Les Roches Jin Jiang International Hotel Management School (China).

Carmelo berkata, UEM mempunyai pendekatan yang cukup bersifat antarabangsa dan terbuka.

Ujar beliau, formula keterbukaan yang digunakan oleh Laureate Education membolehkan beberapa universitinya di serata dunia menarik minat ramai pelajar.

Beliau memberikan contoh universidad del Valle de Mexico sahaja mempunyai pelajar sehingga 100,000 orang walau statusnya sebagai universiti swasta.


MIGUEL CARMELO
Begitu juga tiga buah universiti di Chile menampung seramai 60,000 pelajar sementara 20,000 (Costa Rica) dan 75,000 (Brazil).

Katanya, universiti awam di Sepanyol mula kehilangan pelajar muda kerana faktor demografi, dan pada masa yang sama populariti universiti swasta seperti UEM mula mendapat tempat, walaupun kos pengajiannya jauh lebih tinggi daripada universiti awam di Sepanyol, kata Carmelo.

Apakah faktor yang menyumbang kepada minat penduduk di Sepanyol memilih universiti swasta?

Keterbukaan kepada program mobiliti, menggiatkan program yang menarik golongan bekerja serta penawaran program menarik dan kreatif adalah faktor yang mendorong kepada minat tersebut.

Kata carmelo, di Eropah minat golongan bekerja melanjutkan pelajaran dimanfaatkan sepenuhnya, berbanding golongan elit, teknikal dan vokasional, serta golongan yang mengikuti kursus bersijil atau bukan ijazah.

Beliau melihat kekuatan yang ada pada sesebuah universiti ialah kampus penginapan, kemampuan menampung massa (critical mass), penampilan, pengurusan dan perhubungan dengan masyarakat setempat.

Banda raya Madrid dan pasukan bolasepaknya Real Madrid memang bersinonim.

Universiti berkenaan dan pengurusan Real Madrid melalui pengurusan dan kelabnya turut menjalin kerjasama dalam pembangunan program sains sukan sehingga ke peringkat ijazah, khususnya dalam pengurusan pembangunan sukan.

Ditanya sama ada pihak berkusa pendidikan tinggi di Sepanyol melaksanakan sistem ranking bagi institusi tinggi swasta, katanya perkata itu bukan sahaja tdak dilakukan di Spanyol, tetapi juga di seluruh Eropah.


--------------------

~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~
~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~
~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~
~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 27th April 2024 - 02:26 PM