TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA, LUAH DENGAN BERADAB |
TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA, LUAH DENGAN BERADAB |
Dec 27 2008, 08:31 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 184 Sertai: 18-November 08 Daripada: klang No. Ahli: 264 |
Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab. Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan perigi cari timba, tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan. Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.
Apa bila timbul perasaan atau desakan mencari pasangan, gunakanlah adab-adab yang baik termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, cara penyampaian ayng baik, suasana persekitaran dan penampilan diri menarik. Contohnya, jika anda suka dengan teman sepejabat, tidak perlu terlalu terbuka sehingga orang yang disukai rasa terkejut dan menggelabah. Elakkan perangai mabuk cinta seperti perbuatan merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cinta anda. Ataupun dia sanggup datang ke rumah lelaki itu demi menunjukkan dia benar-benar sukakannya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. Oleh itu jangan terlalu mengharap. Dr. Robiah menyatakan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. Anggaplah ianya normal. Bersabarlah, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. Orang yang jenis pemalu dan lembut tidak kira lelaki ataupun perempuan yang tidak berani bersemuka boleh minta pihak ketiga untuk mencantumkan dua hati. Cumanya orang ketiga itu hendaklah orang yang boleh dipercayai, pegang amanah, berwibawa, ikhlas dan bukannya secara rasuah. Cara menggunakan SMS dan surat layang pun boleh digunakan untuk menyampaikan maksud hatinya. SMS merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan rahsia. Cumanya perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan supaya wanita itu tidak menampakkan mabuk cinta dan imej peribadi murahan. Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya. Terdapat 3 jenis cinta iaitu: 1. Cinta nafsu. Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal. 2. Cinta nak guna Llelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya. 3. Cinta ikhlas Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa. JANGAN TERLALU MENUNJUK Dr Ridzuan Noor, pakar terapi aura dan pengasas Aura Harmoni berpendapat sebelum meluahkan perasaan cintanya, wanita perlu lihat pihak lelaki itu. Tidak salah jika wanita memulakan langkahnya memikat lelaki yang disukai kerana ada orang yang tidak tahu dirinya diminati atau tidak berani mengemukakan perasaannya. Bagi saya, wanita boleh menyatakan perasaannya tetapi tidaklah sehingga dirinya nampak murahan. Kita masih berpegang kepada budaya ketimuran iaitu wanita punya sikap malu dan lemah lembut. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri. Tidak semestinya wanita perlu mulakan bicara cinta agar lelaki itu tahu perasaan yang bersarang di hatinya. Sebaliknya wanita boleh menggunakan pendekatan seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. Apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. Wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. Secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. Mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu. Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. Jika ada jodoh, tidak kemana, ujar Dr Ridzuan. Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya. Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT. SUMBER- respekss. blogspot. com Ape pendapat korang ??? |
|
|
Dec 27 2008, 12:31 PM
Kiriman
#2
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
pendapat saya..betul jugak tu..kalau kita suke kat seseorang..luahkan la dengan beradab..tak kira la lelaki dan perempuan..kadang2 perempuan ni malu nak ckp yg dia suke kat seseorang lelaki tu. segan kot.mane la tahu kot tak diterima.tapi..lelaki ni plak..kadang2 tak tahu malu ckp yang dia suke kat pompuan tu. dengan cara yang tak betul..buat perempuan tu rase menyampah.elok2 'cinta mu untuk ku' terus jadi 'cinta mu tidak ingin oleh ku'..
walau ape2 pon..kita kena la beradab..org melayu trekenal dengan adab sopannya..kalau dengan cara yang betul. mane la tahu kot kita ni diterima..kalau baru mula nak bercinta tu..pilihlah cinta yang ikhlas..bukan cinta yang lain2 tu..tak boleh kekal.. aku pilih cinta ikhlas...insyallah kekal...yeeeehaaaaaa...... |
|
|
Dec 30 2008, 08:28 AM
Kiriman
#3
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 184 Sertai: 18-November 08 Daripada: klang No. Ahli: 264 |
|
|
|
Dec 30 2008, 09:06 AM
Kiriman
#4
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
saya setuju dgn artikel ni, zaman skng dah tak sesuai istilah 'perigi cari timba' sbb lelaki dan perempuan sama2 berkerjaya, sama2 boleh buat apa saja, lelaki pandai masak.. urus rumah tangga, perempuan pon ramai yg jadi boss, hobi lelaki pompuan sama sakng ni.. rock climbing.. etc...
lelaki pon ramai yg lebih pemalu drp perempuan, mcm ada minat pada seseorg atau suka sama suka tetapi si lelaki malu nak luahkan... jadi why not perempuan yg luahkan perasaan.. so setel leh tutup kes. spt artikel ni cakap, leh guna media yg mudah dan praktikal spt SMS dan guna pihak ketiga yg boleh dipercayai.. so kpd perempuan2 diluar sana.. anda kena ingat 'perigi' dan 'timba' ada yg perempuan dan lelaki sakng ini... -------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Dec 30 2008, 09:29 AM
Kiriman
#5
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 123 Sertai: 11-November 08 Daripada: putrajaya No. Ahli: 209 |
saya setuju dgn artikel ni, zaman skng dah tak sesuai istilah 'perigi cari timba' sbb lelaki dan perempuan sama2 berkerjaya, sama2 boleh buat apa saja, lelaki pandai masak.. urus rumah tangga, perempuan pon ramai yg jadi boss, hobi lelaki pompuan sama sakng ni.. rock climbing.. etc... lelaki pon ramai yg lebih pemalu drp perempuan, mcm ada minat pada seseorg atau suka sama suka tetapi si lelaki malu nak luahkan... jadi why not perempuan yg luahkan perasaan.. so setel leh tutup kes. spt artikel ni cakap, leh guna media yg mudah dan praktikal spt SMS dan guna pihak ketiga yg boleh dipercayai.. so kpd perempuan2 diluar sana.. anda kena ingat 'perigi' dan 'timba' ada yg perempuan dan lelaki sakng ini... eemmm... kena tambah topik mencari jodoh niee... hehehhehehe.... -------------------- biey ~~~anda mampu mengubahnya~~ |
|
|
Jan 4 2009, 06:08 PM
Kiriman
#6
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Aku setuju ngan artikel ni
Skang kan ramai ANDARTU...so jangan la malu nak luahkan perasaan Mungkin lelaki tu pun minat tp disebabkan kurang 'gentle man' so maybe dia malu nak luahkan So kena la salah sorang mulakan dulu -------------------- |
|
|
Jan 9 2009, 10:32 AM
Kiriman
#7
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 184 Sertai: 18-November 08 Daripada: klang No. Ahli: 264 |
Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya. Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT. lelaki macam nie...memang ada.. tapinya susah nak cari la..... |
|
|
Jan 9 2009, 10:47 AM
Kiriman
#8
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
lelaki macam nie...memang ada.. tapinya susah nak cari la..... nape, missnariza tgh cari2 ka? -------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Jan 9 2009, 11:16 AM
Kiriman
#9
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 184 Sertai: 18-November 08 Daripada: klang No. Ahli: 264 |
|
|
|
Jan 9 2009, 11:23 AM
Kiriman
#10
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
mmm...tgh tercari2 la... Cisqo kan ada ni... dia pon tgh cari gak... -------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Jan 9 2009, 11:56 AM
Kiriman
#11
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
|
|
|
Jan 9 2009, 11:59 AM
Kiriman
#12
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 184 Sertai: 18-November 08 Daripada: klang No. Ahli: 264 |
|
|
|
Jan 9 2009, 12:05 PM
Kiriman
#13
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
ala....buat2 je tersedak tu.... malu2 kucing kot... Cisqo nak tapi malu2 tu... apa kata miss yg mulakan dulu seperti fokus dlm topik kita ni kan.... hehe -------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Jan 9 2009, 12:06 PM
Kiriman
#14
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 184 Sertai: 18-November 08 Daripada: klang No. Ahli: 264 |
|
|
|
Jan 9 2009, 12:08 PM
Kiriman
#15
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 184 Sertai: 18-November 08 Daripada: klang No. Ahli: 264 |
|
|
|
Jan 9 2009, 12:39 PM
Kiriman
#16
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
|
|
|
Jan 9 2009, 12:40 PM
Kiriman
#17
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
|
|
|
Jan 9 2009, 12:54 PM
Kiriman
#18
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 184 Sertai: 18-November 08 Daripada: klang No. Ahli: 264 |
|
|
|
Jan 9 2009, 12:57 PM
Kiriman
#19
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
|
|
|
Jan 9 2009, 01:15 PM
Kiriman
#20
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 184 Sertai: 18-November 08 Daripada: klang No. Ahli: 264 |
|
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 04:28 PM |