IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Sains Al Quran Mengatasi Sains Manusia
Aliahzakaria
kiriman Oct 1 2011, 09:36 PM
Kiriman #1


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 8
Sertai: 1-December 10
Daripada: Kuantan
No. Ahli: 2,172



Assalamualaikum

Setelah mengetahui bagaimana asal kejadian kita dan keajaiban yang berlaku dalam proses ini.Mudah-mudahan kita diberi petunjuk dan hidayah serta mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.Ramai dikalangan yang terpelajar memeluk agama Islam setelah memahami fakta kejadian manusia ini hanya terdapat dari kitab suci Al Quran sahaja.

Embriologi adalah satu pengkhususan sains yang mengkaji pembentukan embrio didalam rahim ibu.Selama berpuluh-puluh tahun pakar-pakar Embriologi menganggap tulang dan daging manusia terbentuk pada masa yang sama ketika didalam rahim ibu.Kebanyakkan ahli-ahli sains yang samada atheis(tidak percaya Tuhan) ataupun beragama kristian menyangkal akan ayat-ayat Al Quran sebagai bercanggah dengan penemuan sains mereka.Lalu mereka mencipta teori sistem mereka sendiri bersandarkan akal fikiran.Allah SWT telah mengelapkan hati-hati mereka daripada rahmatnyaNya dan mereka beranggapan bahawa tidak mungkin Al Quran berkata benar.Pada mereka Al Quran hanya lah khayalan dan karangan Muhamad. Allah SWT tidak akan membiarkan kemusrikan ini berlanjutan dengan teori-teori songsang yang tidak bersandarkan firmaNya.

Aristotle pengasas ilmu Embriologi manusia sedar bahawa embrio ayam dihasilkan melalui beberapa peringkat dalam kajianya tentang telur ayam pada kurun ke 4 sebelum masihi.Namun dia tidak dapat memberi penerangan tentang tahap-tahap ini.Tiada seorang pun dalam sejarah ilmu embriologi pernah memberi penerangan jelas tentang ilmu Embriologi sehinggalah kurun ke 20 masihi.

Sejak tahun 1940 Prof Streeder yang berkhidmat di institut Embriologi Carnegie Washington mencadangkan satu sistem untuk mengklasifikasikan tahap-tahap pembentukan manusia.Sistemnya mengatur embrio manusia menjadi 23 tahap berasaskan rupa dan perbezaanya.Sistem pengkelasan Canegie telah digunakan diseluruh dunia (termasuk para doktor2 Islam yang di Malaysia).Alang kah sombong,dungu dan sesatnya manusia sehingga tidak mengenal penciptanya sendiri???

Sehinggalah tahun 1970an dimana sistem yang lebih baik dicadangkan oleh Dr Roman Nurali dari institut Carnegie yang kini berpusat di San Diego,California.Kajian-Kajian teliti Dr Roman berkenaan Al Quran dan hadis selama 4 tahun telah mendedahkan sistem untuk mengkelaskan embrio manusia yang paling menakjubkan kerana didapati Al Quran yang telah dicatatkan pada kurun ke 7 masihi telah berjaya menerangkan dengan jelas sesuatu bukti yang begitu saintifik walaupun sains moden hanya mengetahuinya baru-baru ini.

Al Quran telah memberikan penerangan yang begitu jelas sekali tentang tahap-tahap embriologi sebelum manusia sendiri menyentuh berkenaan bab-bab tersebut. Aspek terpenting yang dirujuk didalam Al Quran ialah tahap-tahap pembentukan manusia didalam rahim ibu .Bagaimana tulang –tulang dibentuk dan kemudianya daging pula akan dibentuk dan akhir sekali ialah keajaiban daging mambalut tulang-tulang tersebut didalam rahim. SUBHANALLAH....

Penemuan ini telah berjaya menutup mulut ramai pengkritik-pengkritik Al Quran(orang kafir) yang selama ini lantang menidakkan ayat-ayat suci yang di imani lebih 1.2 billion umat Islam seluruh dunia.Allah tidak akan membiarkan kalamNya dihina oleh manusia-manusia yang tidak kenal diuntung.

Bagaimana perkara ini terbukti?
Akhirnya ia terbukti apabila hasil dari kemajuan teknologi dalam kajian microskopik yang terkini oleh New Technological Developments mendedahkan bahawa kata-kata dalam Al Quran adalah benar sebenar-benarnya.Pemeriksaan microskopik telah menunjukkan bahawa pembentukan bayi didalam rahim ibu berlaku menepati tahap –tahap seperti yang difirman didalam surah Al-Mukminuun

Firman Allah dalam surah Al-mukminuun ayat 12-14
“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal)dari tanah” “kemudian kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh”,”kemudian kami ciptakan air benih itu sebuku darah beku lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi daging kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging .Setelah sempurna kejadian itu kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaanya”. MAKA NYATALAH KELEBIHAN & KETINGGIAN ALLAH SEBAIK-BAIK PENCIPTA

Menurut Prof Keith Moore,pengarang buku yang terlaris dipasaran The Human Development tentang tahap pertama adalah yang dinamakan “hadaq” ayat yang dipetik dari surah at Thariq ayat 6 “Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (kedalam rahim)”

Sebutan bahasa arab “hadaq”ini merujuk kepada pengeluaran cecair yang berlaku semasa pemancutan dari lelaki dan tahap ovulasi dari wanita.Pengeluaran lelaki yang dipanggil mani mengandungi sel sperma dan pengeluaran wanita pula yang dipanggil cecair funicular yang mengandungi ovum.Ini adalah tahap pengsenyawaan yang dipanggil “nuftah” atau lebih dikenali dengan nama zygote yang dirujuk didalam Al Quran sebagai nuftah. Dan ia akan melalui proses pembahagian sementara ia melalui uterus .Ini lah tahap nuftah sementara ia melalui proses pembahagian sel.

Jelaslah sewaktu proses pengsenyawaan bermula setitik mani bercantum dengan sebuah ovum intuk membentuk embrio satu sel atau lebih dikenali dengan nama zygote.Pada tahap ini ciri-ciri biologi individu baru itu telahpun dipilih. Ini bermaksud Al Quran telah menerangkan secara teliti tentang 6 tahap embriologi manusia ,sesuatu yang sains hanya temui dan mengesahkannya dikurun ke 20 masihi.SEDANGKAN AL QURAN TELAH MENCATATKAN FAKTA INI SEJAK 1430 TAHUN LALU

Komen Prof Keith Moore
Hanya sedikit yang diketahui tentang pengkelasan dan pengolongan embrio manusia sehinggalah kurun ke 20 masihi dan diatas sebab ini deskripsi tentang embrio manusia yang terkandung dalam Al Quran TIDAK BOLEH diasaskan atas pengetahuan saintifik kurun ke 7 masihi.SATU-SATUNYA konklusi yang munasabah yang boleh dibuat dari nya ialah diskripsi ini telah diberikan kepada Muhammad dari Tuhan kata Prof Keith Moore dalam satu sidang akhbarnya.

Disusun Oleh
AliahZ

Sumber rujukan
The Human Developments- Prof keith Moore adalah antara saintis anatomi dan embriologi yang terkemuka di dunia dan juga pengarang buku yang bertajuk The developing human yang diterjemah dalam 8 bahasa.Buku itu dianggap sebagai rujukan saintifik yang sah dan dipilih oleh juri khas di Amerika Syarikat sebagai buku yang terlaris dipasaran.
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 28th March 2024 - 04:27 PM