Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Politik _ Rakyat makin yakin masa BN sudah tamat

Posted by: Padaiyappa Jan 19 2009, 11:53 AM

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - Kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu membuktika bahawa keyakinan rakyat bahawa masa Barisan Nasional (BN) sudah hampir tamat semakin menjadi keyakinan umum atau popular belief yang tidak boleh ditahan-tahan lagi, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Rakyat makin yakin masa BN sudah tamat. Dalam pilihan raya umum 1999 dahulu, slogan "dulu Umno, sekarang PAS" telah menjadi keyakinan umum.

"Bagaimanapun, pada masa itu, tidak ada tokoh atau pemimpin Umno yang turut sama meyakinkan perkara itu kepada rakyat. Hari ini, kita dapati seorang demi seorang tokoh atau pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang membantu membentuk keyakinan umum itu dengan kenyataan-kenyataan mereka," katanya.

Sebagai contoh, katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sering membuat kenyataan yang membangkitkan perkara itu.

"(Presiden Gerakan, Tan Sri) Dr Koh Tsu Koon pernah menyatakan Umno adalah parti yang angkuh," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menyifatkan pilihan raya kecil Kuala Terenganu itu juga membuktikan penolakan terhadap BN semakin menjadi trend pemikiran rakyat.

"PR menang di lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, selepas itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kini dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pula.

"Hattrick kemenangan pilihan raya kali ini bukan lagi satu perkara yang kebetulan berlaku atau semata-mata membayangkan kemungkinan penolakan total terhadap BN, ia sudah menjadi satu trend di kalangan rakyat," katanya.

Beliau menyokong kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) telah mencipta perubahan besar.

Salahuddin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pemimpin dan petugas parti-parti di dalam PR, bloggers yang diketuai Raja Petra Kamarudin dan semua pihak yang berkerja keras membantu PAS mencapai kemenangan selesa dalam pilihan raya kecil itu._

sumber - http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18921&Itemid=1

note - ini adalah petanda kedua yang rakyat menolak BE END, tapi BE END masih tak sedar sedar lagi ... rakyat pentingkan perhatian dalam kehidupan mereka,,, bukannya mosun cup,,, bukannya bangunan besar ... bukannya harga toll yang mahal ..... (tapi exco selangor selalu suka toyota camry rolleye0012.gif )

Posted by: mat.g Jan 19 2009, 12:25 PM

DS Najib rasa malu dan frust sebenarnya... drop his waterface sbb dia dipertanggungjawab mengepalai BN utk menang di KT, tp sebaliknya kalah w/pun telah ditopup dgn undi2 pos sekali pon.. dan banyak duit rakyat/negara yg dimanipulasi oleh Krjn BN dicurah semata2 utk kekal menang di KT ni tetapi gagal dan sia2.

Komen DR N "Kita kalah takpe sebab ini menunjukkan dasar demokrasi dinegara kita masih utuh, dan kita menerima secara positif isyarat rakyat kpd kita.."
Komen mat.g "ni ayat cover line yg kali ke 17 ratus kali.. kat Permatang Pauh dulu pon ayat sama.."

Komen Tun DR.M "BN kalah sebab faktor calon yg tidak bagus, pengundi bukan sokong Pas tetapi tak tahu nak pilih siapa jadi depa pon pangkah Pas.."
Komen mat.g "abih tu pasai depa tak pangkah jer calon parti Bebas tu.. atau buat undi rosak/talyah undi langsung.."

Komen DS AR "BN kalah kerana pengundi luar seramai 3000 tidak balik mengundi, kalo depa2 ni balik mengundi pasti BN menang..."
Komen mat.g "kalau depa ni balik mau tambah lagik 3000 majoriti kpd PAS..hehe.."

ok sekian dulu ulasan drp Penganalisa Politik CAKAP.Net... peace!! icon_rolleyes.gif

Posted by: Padaiyappa Jan 19 2009, 12:30 PM

hari tu orang orang BN confident bebenor YAKIN dapat menang kat KT, di sebabkan terlalu yakin ... inilah akibatnya

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)