IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Reply to this topicStart new topic
> Kisah Tuan Puteri
padaiyappaİ
kiriman Dec 22 2008, 05:28 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



Tersebutlah satu kisah di zaman silam, sezaman dengan Zaman Kesultanan
Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh daripada Negeri Melaka &
mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di
bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah. Sultan Azlan amat risau,
akan keselamatan Negeri beliau akan serangan Negeri Melaka terhadap negeri
Kemdoyong. Baginda risau, risau serisau-risaunya. Baginda tidakmempunyai
bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka.

Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh. Akan tetapi,
Baginda
mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan, Muka bujur sirih, bibir bak
delima merkah, memang terpikat semua lelaki memandang, termasuklah lelaki
yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda.

Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu
dengan mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan.
Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri baginda. Berita tentang
pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka , Siam dan
Sulawesi .

Maka pertandingan itu pun bermula, ramai rakyat tempatan yang bertanding,
tidak kurang pula dengan peserta daripada negara luar. Ada juga peserta
daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu turut
bertanding.

Ketika mereka siap sedia, tiba2 seorang tua datang membisikkan sesuatu
kepada semua peserta secara bergilir-gilir. Dan tiba2 kesemua peserta
menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri yang
cantik
rupawan itu.

Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh temenggung untk menyiasat
akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri. Temenggung pun menyiasat, &
ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan.

Temenggung : Ampun Tuanku beribu ribu ampun

Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu.

Temenggung : Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku
mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku.

Sultan : Apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.

Temenggung : Orang tua itu telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa puteri
tuanku adalah . . . . . . . . . . . . .

Sultan : Adalah apa ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? Puteri Bunian?.. Puteri Gunung
Ledang?..Putri Buluh Betong?... .CAKAP TEMENGGUNG CAKAP! ! ! ! ! ! ! !

Temenggung: Lebih dahsyat Tuanku... ... (Jawap Temenggung
terketar-keter).
anakanda Tuanku adalah... ... ... ... .. ...

Temenggung : PUTERI UMNO tuanku .. . . . . . .


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Dec 22 2008, 08:02 PM
Kiriman #2


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



cite ni aku bagi 5 bintang 24.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 20th April 2024 - 04:32 AM