IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> Berapa ramai Lelaki boleh jadi IMAM?
wanmus
kiriman Sep 9 2008, 03:06 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



Iktibar untuk sumer
In short: Ajarlah anak2 lelaki anda menjadi imam dan jangan lupa ajar jugak cara sembelih ayam

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" "Sibuk suruh kita handal memasak, dia bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita kita.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama,selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takutmbacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! Betul tak kaum lelaki semua? kita juga perlu berubah..Kepada yang dah teror, alhamdulillah,kepada yang belum tu, sama2lah kita belajar. Wallahualam.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
ijamidayu
kiriman Sep 12 2008, 09:44 AM
Kiriman #2


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 56
Sertai: 10-September 08
No. Ahli: 23



Aku setuju.. Perkara nie perlu dididik sejak dr kecil lagi..

Maka, yg dah terlajak leh jer belajar dari yg pandai.. "Jangan Malu Bertanya"..

Betul tak? smile.gif Pada aku, jika xbuat bila lagi kita nak rapatkan kasih sayang suami isteri..

Pada aku la, tak kisah rock atau tak.. Ustaz akhil pun rock jugak.. smile.gif

"pikir-pikirkan, selamat beramal"


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
titaniumhijau
kiriman Sep 12 2008, 10:29 AM
Kiriman #3


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 15
Sertai: 12-September 08
No. Ahli: 25



Sepatutnay boleh. Janji tau apa yang kene ada sebelum jadi imam.

So, kalau lelaki boleh jadi Imam. Perempuan kene wat apa plak??
Go to the top of the page
 
+Quote Post
Razif
kiriman Sep 12 2008, 02:50 PM
Kiriman #4


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14



Jadi belajarlah kita dari asas-asasnya...


10 syarat jadi imam


SOALAN: Bolehkah ustaz jelaskan syarat-syarat menjadi imam.

JAWAPAN: Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :
1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Massud, "Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh."

Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.

Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.

Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran.

Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.

Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.

Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:

i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.

ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.

iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.

Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.

Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.

Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.

Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.

Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.

Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.

Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
wanmus
kiriman Sep 18 2008, 06:51 PM
Kiriman #5


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



terima kasih razif kerana berkongsi..alhamdulillah..palingkurang kita sedar yang pentingnya jaga apa yang kita tahu sekarang ni..sebab apa yang nabi sebut, di akhir zaman semua ilmu akan ditarik balik...maksudnya ilmu yang benar akan berkurangan dan maka keluarlah ilmu2 yang direka2 dan dicipta mungkin untuk menyedapkan hati zaman sekarang ni..tapi sudah pasti ianya bertentangan ngan ajaran sebenar..semoga kita belajar ilmu2 selagi nyawa dikandung badan..Insyallah


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
CekDet
kiriman Sep 28 2008, 11:52 PM
Kiriman #6


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 150
Sertai: 9-September 08
Daripada: www.SyedHafidz.com
No. Ahli: 21



Malunya kalau lelaki tak boleh jadi imam...
smile.gif hilang mahkota kelakian...

InsyaAllah perkara ni akan saya titik beratkan pada anak2 nanti...


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
bakteria
kiriman Nov 19 2008, 10:48 AM
Kiriman #7


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 159
Sertai: 18-November 08
No. Ahli: 273



bukan senang untuk menjadi imam...dan bukan susah untuk menjadi imam....masalahnya org kita skrg ni fatihah pn tk fasih...cmna nk jd imam...umur 40thn tapi fatihah tk fasih...40thn tk cukup ke nak blajar fatihah???


--------------------
Good 2 View Nice 2 Imagine

Go to the top of the page
 
+Quote Post
munger
kiriman Nov 19 2008, 11:02 AM
Kiriman #8


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: not at my desk
No. Ahli: 271



QUOTE (bakteria @ Nov 19 2008, 10:48 AM) *
bukan senang untuk menjadi imam...dan bukan susah untuk menjadi imam....masalahnya org kita skrg ni fatihah pn tk fasih...cmna nk jd imam...umur 40thn tapi fatihah tk fasih...40thn tk cukup ke nak blajar fatihah???

tuh la..klu tgk ape yg razif bgtau..dari 1-5 rasanya xbyk kot laki2 yg ade mslh tuh lbh2 lagi no.1..tp klu masuk je no.6..hurmm..korg phm2 kn sendiri la ye..


--------------------
budak2 men kotak..men kotak tepi sungai..oi bahaya tuh

Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 27th April 2024 - 06:48 AM