Tidak faham bahasa |
Tidak faham bahasa |
Sep 1 2009, 12:53 AM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. "Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!" Cerita 2 "Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?" "Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!" Cerita 3 Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar. Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang! Pelajar : Terima kasih cikgu. Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ? Pelajar : Balik ke rumah!! Cerita 4 Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu... "Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis. "Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara. "Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!"Tengking si ibu. "Nak sarapan!" balas si anak pendek. |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 03:56 AM |