Kisah SuSu IbU |
Kisah SuSu IbU |
May 1 2009, 12:42 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
Masyaallah, Subhanallah, Allahuakhbarr !!!
Tak terfikir dan tak tau pun kita selama ni kan .. . . . .buat renungan bersama . . . Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca ! Citer dia camni ..... Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan! -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
May 1 2009, 12:47 AM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 439 Sertai: 8-April 09 Daripada: Taman Equine/keramat/pchong No. Ahli: 855 |
subhanallah...
-------------------- |
|
|
May 6 2009, 01:52 PM
Kiriman
#3
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 439 Sertai: 18-November 08 Daripada: Petaling Jaya, Selangor No. Ahli: 269 |
Ada terbaca, atau mungkin terdengar yang bayi lelaki lebih kuat menyusu berbanding bayi perempuan, mungkin ini lah antara sebabnya.
|
|
|
May 6 2009, 02:25 PM
Kiriman
#4
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 418 Sertai: 12-July 08 No. Ahli: 5 |
betul ke??
wallahua'lam.. -------------------- www.tupperclick.com
Simply good living solutions! |
|
|
May 6 2009, 07:53 PM
Kiriman
#5
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Ic...Subhanallah
Betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t -------------------- |
|
|
Dec 18 2013, 02:58 PM
Kiriman
#6
|
|
Percubaan Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 6 Sertai: 18-December 13 No. Ahli: 2,487 |
hmm no komen la...
|
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 10:51 PM |