Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Isu Semasa _ Harga minyak dunia turun

Posted by: taukey Sep 19 2008, 03:04 PM

kita semua tahu harga minyak dunia dah berada di bawah USD 100 setong. Apa pendapat anda? Dulu semasa pilihanraya permatang pauh, harga minyak turun kita terus dikejutkan dengan penurunan harga minyak di Malaysia. Alasan yang diberikan adalah benda yang baik sebegini harus dipercepatkan. sekarang harga minyak dah turun USD100 kenapakah harga tak turun dipercepatkan. jom berdebat

Posted by: exinco Sep 19 2008, 09:23 PM

seperti kebiasaan apa juga yang naik sukar untuk turun. naik cepat tapi turun lambat. malah kebanyakan barangan tak turun harga

Posted by: Geekspro Sep 20 2008, 07:23 AM

Naik laju je bila nak turun kan balik kena buat kajian la itu la ini la...mcm2...Hampeh tol

Posted by: ainasara Sep 20 2008, 09:18 AM

QUOTE (Geekspro @ Sep 20 2008, 07:23 AM) *
Naik laju je bila nak turun kan balik kena buat kajian la itu la ini la...mcm2...Hampeh tol


Ni lah krjn kita skang, depa lebih pentingkan diri masing2 drp kepentingan rakyat.. mereka tidak ikhlas utk membantu rakyat.. lebih pentingkan kroni.

Krjn sakng sudah tidak releven, perlu ditukar segera dgn krjn Pakatan Rakyat.. tapi bila? blink.gif

Posted by: taukey Sep 21 2008, 11:38 AM

jika kita lihat sekarang aku ada terbaca dalam satu surat khabar yang bertanya kepada perdana menteri kita mengenai penurunan minyak. bilakah harga minyak di malaysia akan turun? jawapan pak lah mudah. "wait lah". kenapa perlu wait sedangkan dulu alasannya adalah kalau demi utk kesenangan rakyat akan dibuat cepat. rasanya bagai dia tak cakap tak serupa bikin. aku harap-harap la harga minyak turun sebelum hari raya. kalau dapat ingin juga merasa harga minyak dibawah harga Rm2.00

Posted by: hexagold Sep 21 2008, 11:48 AM

QUOTE (taukey @ Sep 21 2008, 11:38 AM) *
jika kita lihat sekarang aku ada terbaca dalam satu surat khabar yang bertanya kepada perdana menteri kita mengenai penurunan minyak. bilakah harga minyak di malaysia akan turun? jawapan pak lah mudah. "wait lah". kenapa perlu wait sedangkan dulu alasannya adalah kalau demi utk kesenangan rakyat akan dibuat cepat. rasanya bagai dia tak cakap tak serupa bikin. aku harap-harap la harga minyak turun sebelum hari raya. kalau dapat ingin juga merasa harga minyak dibawah harga Rm2.00


Rasanya dalam keqadaan sekarang ni memang mustahil nak turun bawah RM2.00 kerana sejarah lampau menyaksikan harga minyak bila dah naik takkan turun seperti harga asal. Dengan erti kata lain, dah naik takkan turun. Tetapi saya ada baca mengenai kenaikan harga barang adalah salah satu tanda kiamat kecil. Selain dari kerajaan yang tak bertanggungjawab, kenaikan harga barang juga adalah di sebabkan fitrah alam.

Posted by: taukey Sep 21 2008, 04:39 PM

uiyooo ko biar benar beb. bahaya tu dah kalau ada bunyi dunia nak kiamat ni. takut aku mendengarnya. hahaha. mustahil ke harga turun ke bawah Rm2. mungkin jugak la. selalu sangat merasa dan bukti dari pengalaman yang lepas tu sebabnya. kita lihat sahaja nanti hujung bulan ni dan pengumuman harga minyak. jangan setakat turun 15 sen jer. kena turun byk seikit baru ada lega sikit.

Posted by: abdfatah Sep 21 2008, 11:31 PM

entah ler dengan harga minyak nih. macam yoyo pulak jadinya. kejap naik kejap turun. dari kenaikan tiada keturunan tiada keuntungan yang mantap. biasa laa kalo turun pun turun untuk kerajaan sikit. turun untuk rakyat sikit. sedikit aje laa yang boleh pengguna dapat... kalo minyak turun sekalipun harga barangan keperluan harian tetap akan naik macam biasa biarpun kenaikan harga minyak ataupun keturunan harga minyak....

Posted by: wanmus Sep 22 2008, 12:53 AM

kalau korang jadi perdana menteri malaysia lh, apa yang korang akan buat untuk selesaikan masalah ni? yerlah kita kekadang lebih suka salahkan dan menjatuhkan orang dari memperbaiki dan membetulkan keadaan atau orang..aku pun kekadang gituh jugak smile.gif tapi aku rasa mindset ni perlu sangat2 kita ubah dari sekarang..kalau kekal cmni sampai anak cucu cicit pun, perkara sama akan tetap berlaku..susah jugak sebenarnya jadi PM ni ye..lagi2 kalau masalah bertimbun2 macam sekarang ni

Posted by: Otaipr Sep 22 2008, 11:59 AM

Paklah Zzzzz

Posted by: ijamidayu Sep 22 2008, 12:51 PM

Thats why.. Bukan semua org mampu untk jadi pemimpin.. Pikir erk.. Setiap org akan jadi pemimpin bila sampai masanya..

Jadi, bila nak jadi PM.. Perlu la sediakan mental dan ilmu di dada.. Bukan sahaja pandai bercakap, tetapi pandai dalam menangani masalah semasa negara..

Jadi, PM tue perlulahadil dan saksama. Bukan tidoq jer sepanjang persidangan.. Maka?

Memang sedap salahkan org. Tapi jika perkara sebegini terus berlaku dan terus berlaku? Apa akan jadi? Silap2 cucu pun kita xder dah..

Depa jer yg dok beranak pinak. Ha?!!

Betui dak? Jadi?!! Terus dipersalhkan diri sendiri lah erk?!

http://firstfullearn.com ikir-pikirkan , renung-renungkan.. Selamat beramal.. Sedikit quoto utk post nie..

"Org yang memutuskan sesuatu dengan tergesa-gesa.
Tidak dikatakan sebagai org yg adil.
Org yg bijaksana hendaklah memerksa dengan teliti mana yg benar dan mana yg salah"

Posted by: Otaipr Sep 22 2008, 03:17 PM

macam biasalah ... walaupun harga minyak turun sekali pun ke parasa 50 dollar sekali pun

QUOTE
paklah dengan sharil tetap TIDUR

Posted by: jasmanjunid Sep 22 2008, 04:42 PM

Salam hormat,
Seronok lihat polik masa kini. Banyak seninya, banyak ragamnya. Tapi apa yang pasti camner harga minyak naik pun, masih ramai yang berlumba-lumba nak beli kereta baru kononnya kena beli sebab tiket bas naik harga. Ringkasnya, ramai yang masih mampu beli kereta walaupun harga minyak kereta naik. Tu yang tak rugi dema naikkan harga minyak tu.
Me kaceh

Posted by: Otaipr Sep 22 2008, 04:59 PM

sejak minyak naik,,, jualan kereta ada mengalami menyusutan sikit, jualan motorsikal sudah nampak penambahan .... nahas jalan raya pun meningkat

Posted by: taukey Sep 23 2008, 09:00 PM

masalah minyak ni lebih berkaitan kepada pengurusan kewangan. Ilmu kena cukup dan pemahaman kita hendaklah ada dari segi ilmu ekonomi dan kewangan. Kalau kita dahulu harga RM berbanding USD 1.00 adalah RM3.82 dan sekarang adalah Rm3.40. Itu ada penurunan dalam Rm0.40 bermakna kita punya ekonomi sepatutnya mempunyai peningkatan. tetapi apa yang dapat saya lihat semua sama dan tiada perbezaan yang ketara

Posted by: webzomAttack Sep 24 2008, 12:56 AM

Intro~Orang kaya cakap,kalau rate minyak naik banyak mana pun diorang still tak pening kepala,sebab diorang memang banyak duit,peduli apa diorang,. Tapi bagi kita yang kerja makan gaji,memang lemah nak fikirkan tentang kenaikan harga minyak ni.

turun-turun gak, bila rega barang nak turun? Minyak menjadi sumber utama untuk rakyat Malaysia. Ia merupakan keperluan seharian.Saya rasa inilah yang rakyat mahukan…harga minyak turun.Sebenarnya harga minyak turun disebabkan sebilangan harga pasaran barang yang turun (menurut sumber RTM).
Tak boleh ke turun 50 cent ? wink.gif nanti aku jadi p~m la

masih menunggu penurunan 2 benda:

1. harga barangan
2. inflasi


Posted by: taukey Sep 24 2008, 08:04 PM

minyak turun 10 sen sahaja sekarang. Dari Rm2.55 ke Rm2.45. saya bukanlah pakar ekonomi dan sebagainya. cuma apa yang saya berharap pihak kerajaan lebih telus dalam pengiraan sahaja. maksud saya telus disini adalah kenapa hanya RM0.10. Apakah elemen yang dilihat oleh mereka utk menurunkan harga minyak. Ini aku rasa jalan terbaik dan aku pasti juga masih akan ada orang akan menyangkal pengiraan berkenaan. pendapat kawan-kawan sekalian?

Posted by: rajakamil Sep 25 2008, 01:27 AM

erm...bila cakap nak turun depa cakap kita akan kaji semula dan kaji semula, rege minyak xjugak turun-turun, kalau cakap harga minyak naik...erm xpayah nak kaji sangat pon xpe...naikkan aje....xtau le bila harga minyak nak turun... sama-sama la pegi keje nek beskal yea..huhu xpon nek moto jela..
kereta letak dalam umah wat perhiasan...kalau xmampu nak tampung kos minyak la...kadang-kadang mmg xmunasabah dgn kos untuk tanggung harga minyak nek kereta...

pandai-pandai menguruskan kewangan yea wahai sahabat semua

Posted by: wanmus Sep 25 2008, 07:15 AM

tulah sekarang najib dah jadi menteri kewangan..aku harap pemikiran ekonomi najib ni lebih bagus dari pak lah..tapi macamana kita nak wat harga minyak turun dan harga lain yang naik jugak turun? contohnya makanan dan barang komoditi lain..susah kan?hmmm..harap adalah otak ekonomi macam Dr M dulu..yang berjaya menyelamatkan negara kita dari kekacauan ekonomi dunia sekarang ni.kenapa kita nak ikut sangat ekonomi negara barat..sepatutnya kita ada sistem ekonomi kita sendiri..barulah boleh maju

Posted by: rajakamil Sep 25 2008, 08:04 AM

itu lah yang masalahnya, kalau harga minyak turun skali pon belum tentu harga barang lain yang nek sebelum ni akan diturunkan, mungkin ade la yang peniaga-peniaga yang berhati mulia lagi berbudi pekerti untuk menurun harga, dan semestinya ramai juga yang akan still mengambil kesempatan dan menggunkan harga lama....mesti kena buat pantauan jgk la untuk memastikan bila harga minyak turun harga barang yang berkaitan pon turun

Posted by: taukey Sep 26 2008, 06:12 PM

harga barangan selalunya susah sikit nak turun. memang ada perkaitan dengan ekonomi gak ni. naik gaji harga barang pun semakin naik. seolah tiada apa apa yang baik berlaku. aku rasa penguatkuasaan hendaklah dijalankan dengan lebih efektif lagi. Proses seludup menyeludup juga mampu menaikkan kadar inflasi secara tak lansung. Adakah terjejas nya ekonomi dan kenaikan mendadak harga minayk dunia hari tu akibat kejatuhan AIG dah Lehman Brothers?>

Posted by: rajakamil Sep 26 2008, 06:52 PM

tak payah tunggu gaji nek... dapat bonus pon diorang dah ambek kesempatan...memang pantang tgk org senang, mesti ade yang amek kesempatan... kenapa ek agaknya jadi camtu??

betol ke gaji kakitangan kerjaan jauh lebih murah bayaran berbanding negara len cam singapore ke...kalau boleh berila link2 yang menyokong fakta anda tue...baru yakin cket

Posted by: CekDet Sep 26 2008, 10:35 PM

Tukar kerajaan?
Awak nak ke tukar kerajaan?
kalau tukar kerajaan boleh selesai ke masalah minyak?
Saya nak tanya awk..musti awak ada reason kan nape nak tukar kerajaan...
smile.gif

QUOTE (ainasara @ Sep 20 2008, 09:18 AM) *
Ni lah krjn kita skang, depa lebih pentingkan diri masing2 drp kepentingan rakyat.. mereka tidak ikhlas utk membantu rakyat.. lebih pentingkan kroni.

Krjn sakng sudah tidak releven, perlu ditukar segera dgn krjn Pakatan Rakyat.. tapi bila? blink.gif


Posted by: CekDet Sep 26 2008, 10:45 PM

Penurunan harga minyak ni berpunca daripada persepsi terhadap kemungkinan Israel membatalkan perang kat Iran..
Kalau dorang ni jadi perang, pengeluaran minyak dunia akan terencat sebnyak 20%
memang akan berikan effect yang sangat besar pada dunia...dan mungkin harga minyak dijangka akan meningkat sehingga USD 200 setong..
Masa tu, mungkin harga minyak kat malaysia ni boleh cedah RM 3.50 seliter...hehehe
tpi, alhamdulillah la perang ni tak jadi wat seketika...

Dalam konteks negara kita, kalau kerajaan yang ada sekang betul2 bertanggungjawb, dah tentu dorang akan kurangkan harga minyak untuk kurang beban rakyat..
kalau tak turun gak, dorang yang kena turun!
ho! ho! ho!
tongue.gif

QUOTE (taukey @ Sep 19 2008, 03:04 PM) *
kita semua tahu harga minyak dunia dah berada di bawah USD 100 setong. Apa pendapat anda? Dulu semasa pilihanraya permatang pauh, harga minyak turun kita terus dikejutkan dengan penurunan harga minyak di Malaysia. Alasan yang diberikan adalah benda yang baik sebegini harus dipercepatkan. sekarang harga minyak dah turun USD100 kenapakah harga tak turun dipercepatkan. jom berdebat


Posted by: CekDet Sep 26 2008, 10:48 PM

Kenaikan harga barang adalah salah satu tanda kiamat?
boleh bagi dalil naqli tak (hadith nabi dsb) utk menyokong hujah awak ni?
Coz saya tak pernah dngar lagi...smile.gif

QUOTE (hexagold @ Sep 21 2008, 11:48 AM) *
Rasanya dalam keqadaan sekarang ni memang mustahil nak turun bawah RM2.00 kerana sejarah lampau menyaksikan harga minyak bila dah naik takkan turun seperti harga asal. Dengan erti kata lain, dah naik takkan turun. Tetapi saya ada baca mengenai kenaikan harga barang adalah salah satu tanda kiamat kecil. Selain dari kerajaan yang tak bertanggungjawab, kenaikan harga barang juga adalah di sebabkan fitrah alam.


Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)